Jom Ikut

Dec 13, 2013

Ular..

Assalamualaikum semua.

Cik Nur nak cerita tentang Ular.Bukan pasal Cik Nur terjumpa ular atau mimpi ular tau.Nie nak review sikit tentang filem Ular yang tengah ditayangkan kat panggung tue.Cik Nur dah pergi tengok.



Cik Nur cerita sikit ye tentang cerita Ular nie :

Ular berkisar percutian impian beberapa sekumpulan pengunjung termasuklah Myra(Lisa Surihani) wartawan kontroversi yang telah diturunkan pangkat ditugaskan membuat liputan ditemani jurukameranya, Remy(Yusri) ke Pulau Batik Panjang.

Keadaan bertukar menjadi misteri apabila seorang demi seorang pengunjung yang memenangi hadiah percutian tersebut hilang. Semuanya bermula dari kesilapan dua pengunjung iaitu JC dan Boy apabila mereka berdua telah memadamkan suis pagar elektrik kerana ingin masuk ke dalam hutan.

Keadaan menjadi huru hara apabila ribuan ular telah dapat melepasi pagar sekeliling resort itu dan mula memburu  mangsa.Seorang demi seorang mula hilang.Dan akhirnya....Siapa ye agak-agak yang tinggal??hihi..

Cik Nur tak boleh la nak cerita semua nanti pengarah filem nie marah pulak.Nak tahu kesudahan cerita nie tengok kat panggung ye.




Pendapat Cik Nur la kan,cerita Ular nie kalau diikutkan agak best.Tapi permulaan dari cerita nie yang tak berapa nak seronok.Hampir separuh dari cerita nie melibatkan unsur-unsur SX sikit.Filem nie pun 18 tahun ke atas je yang boleh tengok.

Rasanya,kalau part-part yang SX tue takde,lagi seronok kot.Tapi dalam cerita nie part yang Cik Nur rasa best part Lisa Surihani.Lisa berlakon memang best.Baby tue pun pandai berlakon.Kesian sangat Cik Nur tengok baby nie.Dibawa berlakon di dalam hutan,terowong.Tempat yang basah,kotor.Baby nie comel sangat.Ohh baby,kalau Cik Nur belum tentu izinkan anak sendiri berlakon camnie..huhuhu..Baby memang terbaikkk.




Kalau jalan cerita nie tiada unsur SX mesti lagi ramai yang datang tengok.Kan musim cuti sekolah nie.Nasib baik Cik Nur tak ajak anak-anak buah pergi tengok.Kalau tidak,mesti diaorang hampa sebab tak dapat tengok.Diaorang ada jugak ura-ura suruh bawak diaorang tengok cerita ular nie.Sebab cerita ular nie kan filem yang pertama Malaysia buat..Selalunya kita tengok filem omputih je,Anaconda.

Lain orang lain pendapatnya kan.So,tengok sendiri baru tahu..hihihi..







4 comments:

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts