2013 dah menghampiri ke penghujungnya.Hari berganti hari,bulan berganti bulan.Dan kini tahun pula mengambil tempatnya untuk di ganti..2014...Ya, kita akan memasuki ke tahun baru 2014.
Diriku memang berharap sangat agar tahun 2013 cepat berlalu pergi.Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang perjalanan ini.Permulaan tahunnya di mana aku telah membuat satu keputusan yang agak besar dalam hidup.Aku telah membuka pintu hati ini pada seseorang yang telah lama ingin mengenali diri ku lebih dari teman biasa.Melihatkan kesungguhannya yang mencuba untuk kali kedua itu,membuatkan aku menerimanya dengan hati yang ikhlas.Bukan aku memilih,tapi hanya berhati-hati kerana takut kecewa untuk sekian kalinya.Setelah menerimanya,syukur Alhamdulillah kerana perhubungan kami berjalan dengan baik atas izinNya.
Tahun 2013 juga,untuk pertama kalinya ulangtahun kelahiran aku disambut dengan seseorang yang istimewa di hati.Bukan hadiah ataupun sambutan hari jadi yang aku inginkan.Cukuplah ada seseorang disisi yang menemani.Hadiah menyaksikan Konsert Gegar 5 Legenda di Istana Budaya adalah yang paling bermakna sekali.
Namun begitu,kita hambaNya hanya mampu merancang.Semuanya Allah yang menentukan.Langit tak selalunya cerah.Diri aku diuji lagi.Kali ini ujian yang agak berat sekali. Entry Masanya Belum Tiba menceritakan segalanya.
Cinta Tak Semestinya Memiliki,itulah yang terjadi.Berita yang aku perolehi di penghujung tahun ini amatlah terkesan di hati.
Di saat-saat aku menghadapi ujian yang paling hebat ini,aku bersyukur kerana masih ada seorang sahabat yang sentiasa menemani di sisi.Terima kasih sahabatku Izan
Kesihatan diri sepanjang tahun ini amat baik.Syukur Alhamdulillah,Allah melindungi dan manjauhkan diri ini dari segala penyakit.
Rezeki yang diberi juga amatlah aku syukuri.Walaupun impian dan cita-cita dalam mencari kerjaya yang lebih baik masih belum dikecapi,namun aku tetap gembira akan rezeki yang aku perolehi.
Rindu pada kedua orang tua ku amatlah menebal di hati.Semoga arwah abah dan arwah mak di tempatkan di golongan orang-orang yang beriman.Ya Allah,ampunilah segala dosa-dosa ibu bapa ku..
Tutup dan lupakanlah semua yang telah terjadi.Bukalah lembaran hidup yang baru.Semoga perjalanan tahun Dua Ribu Empat Belas ini memberikan sinar baru dalam dalam hidup ku.
Dua ribu tiga belas
Tahun yang penuh dengan ceritanya sendiri
Suka,duka,tawa mahupun tangis silih berganti
Jalan ceritanya yang aku sendiri tak pasti akan terjadi
Saat ujian menimpa diri
Hebat sungguh bebanannya di hati
Ku rasakan tidak mampu untuk bangkit kembali
Namun ku bersyukur
Masih ada yang menemani di sisi
Keluarga,kawan-kawan mahupun sahabat
Tidak pernah sama sekali menjauh pergi
Dan akhirnya aku mampu hadapi kenyataan ini
Yang terjadi telah pun terjadi
Takkan mungkin berpatah kembali
Diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun ini
Adalah satu anugerah buat diri ini
Nyawa yang masih dipinjamkan olehNya
Amatlah hambaMu ini hargai
Aku masih punyai masa untuk perbaiki diri lagi
Rezeki yang dikurniai Illahi
Aku terima dengan ikhlas hati
Walaupun keinginan,impian dan cita-cita masih belum dikecapi
Tapi aku yakin bahawa Janji Allah Itu Pasti
Yang Indah jadikanlah kenangan
Yang Duka jadikanlah peringatan
Yang Terjadi buatlah sebagai pengalaman
Yang Sedih haruslah dilupakan
Yang Pahit semestinya perlu dibuang
Biarkan semuanya pergi
Pergi seiring dengan tahun yang akan berganti
Ku mohon agar kehadiran dua ribu empat belas ini
Ada sinar baru dalam titian hidup ini...
-In Shaa Allah-
Selamat Tahun Baru Nur...
ReplyDeleteK idah doakan 2014 nanti akan lebih bersinar buat Nur... segalanya dipermudahkan olehNYA.. :D
terima kasih kak..In Shaa Allah :-)
Deletekisah yang lalu usah diingat lagi.. yang lalu jadikan kenangan dan pengalaman yang mematangkan diri kita.. semoga tahun 2014 ini memberikan kebahagian dan keceriaan untuk cik nur.. al-fatihah kepada abah dan mak cik nur.. ayah aiza pun sudah lama meninggal dunia..
ReplyDeleteamin..trima kasih Aiza..In Shaa Allah,mudah-mudahan :-)
Deletesama-sama cik nur.. insya-Allah.. :D
DeleteSalam perkenalan dri kak sarah...selamat tahun baru dan azam yg baru..
ReplyDeletesalam kenal juga kak :-)
Deleteterima kasih..