Jom Ikut

Nov 22, 2013

Kenapa Asyik Tanya???Jodoh Itu Kan Rahsia Allah.

Hai semua.2-3 hari nie Cik Nur busy kat opis.Hari nie pun busy jugak.Tapi Busy+Sentap........
Sentap??? La,dah kenapa sentap???Ermmm biasalah mulut tempayan kita boleh tutup,tapi mulut orang kita tak mampu nak menutupnya.Melainkan orang tue yang akan tutup sendiri.
Hihihihi...(betul tak??)

Sekarang nie kan dah musim cuti sekolah.Musim-musim nielah ramai yang akan mendirikan Surau ataupun Masjid.Kawasan rumah Cik Nur pun ramai nak buat kenduri kahwin dan tunang nie.Kat rumah pun banyak dapat kad undangan.Tadi kan Cik Nur kata yang Cik Nur sentap sikit kan.Haa sentap pasal nie lah.Pasal bab kahwin nie.Orang lain yang nak kahwin, anak jiran-jiran yang nak kahwin,Cik Nur pula yang kena tempiasnya.Ermmm dah nasib, terima jelah..huhuhu..Adalah mulut-mulut orang yang bertanya.."Nur,bila lagi?'' "Nur,bila nak makan nasi minyak".."Nur...bla....bla..bla..."Agak-agak apa yang Cik Nur patut jawab ek? Cik Nur hanya mampu senyum je.Itu je jawapan yang Cik Nur mampu bagi pada orang-orang yang bertanya tue.

Jodoh Itu Rahsia Allah.Betul tak?..Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana,bila dan masa yang sesuai untuk jodoh hambaNya.Cik Nur redha dengan ketentuanNya.Kita hambaNya hanya mampu merancang,selebihnya Allah yang tentukan.Jodoh Cik Nur lambat bukan sebab Cik Nur terlalu memilih atau nak yang bagus-bagus je.Cik Nur nie pun bukanlah sempurna mana.Tapi itulah,ujian buat Cik Nur kan.Bila kita dah terima 'dia' dalam hati ini seikhlasnya, 
'dia' pula buat hal.Cik Nur tak mampu nak buat apa-apa.Dan peristiwa baru-baru ini yang terjadi pada Cik Nur amat memberi kesan pada diri Cik Nur.Siapa yang tak nak  hidup bahagia dan berkeluarga kan.Apapun -Jodoh Itu Rahsia Allah-






















Picture - FB Koleksi Ayat-Ayat Cinta

Tengah taip entry nie,Encik Poslaju datang hantar bungkusan.Wah cepatnya,semalam bank in hari nie dah dapat.Yeayyy Kangaroo Cik Nur dah sampai.-Bye-




No comments:

Post a Comment

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts