Jom Ikut

Aug 23, 2014

Ceritera C.I.N.T.A...7 Syawal...

Assalamualaikum







Alhamdulillah.......

7 Syawal yang lalu sekuntum bunga telah di intai oleh seekor kumbang..hihihi...

03/08/2014 hari  Ahad bersamaan 7 Syawal,Cik Nur telah dirisik oleh seseorang. ^-^

Seminggu sebelum raya tue Encik A ada menyatakan hasrat dia untuk merisik Cik Nur.Kata encik A lagi keluarganya nak datang beraya & merisik sekali.Setelah kedua pihak bersetuju,7 syawal menjadi pilihan untuk majlis merisik.


Lebih kurang jam 2.30 petang,rombongan keluarga Encik A pun sampai di rumah Cik Nur ^-^

Pak Usu adik kepada arwah mak telah menjadi wakil bagi pihak perempuan ^-^





Berbual antara keluarga encik A & keluarga Cik Nur ^-^


\



















Keluarga encik A = "si bunga dah ada yang punya ke,kalau belum kami nak memetik''

Keluarga Cik Nur = ''bunga kami belum ada yang punya,kalau betul-betul berkenan,boleh lah dipetik''


Bunga...Kumbang...Bunga...Kumbang...
Nak berpantun masing-masing tak pakar,sudahnya asyik bunga dan kumbang je lah ayat-ayat klasik yang keluar..sudahnya masing-masing ketawa gembira,lucu pun ada kot..hehehehe...Cik Nur kat dalam bilik tue menahan ketawa je lah..kang kalau Cik Nur gelak terbahak-bahak,dengar bakal mak mertua lari pulak mak mertua bersama rombongannya nanti..hehehe...















Pak Usu menerima cincin risik dari keluarga encik A..Pak Usu memberikan cincin risik tue pada kakak Cik Nur dan kemudian di berikan pada Cik Nur ^-^












Bergambar bersama bakal ibu mertua & keluarga encik A...In Shaa Allah ^-^










































Bersama dengan makcik,sepupu & anak buah Cik Nur ^-^






























Bergambar beramai-ramai sebelum rombongan raya & risik encik A pulang ^-^












Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan baik dan lancar.Terima kasih pada keluarga encik A kerana sudi datang.Terima kasih juga pada kakak,pakcik & makcik Cik Nur yang banyak membantu..


Encik A,terima kasih kerana awak sudi merisik saya.Terima Kasih kerana awak menyayangi saya seikhlas dan seadanya.Terima Kasih atas hadiah hari raya yang paling bermakna buat diri saya ini.

In Shaa Allah,akan ke langkah yang seterusnya selepas ini.Doakan Cik Nur ye ^-^


2 comments:

  1. Tahniah cik nur...semoga berkekalan hingga jinjang pelamin.. :)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts