Jom Ikut

Apr 30, 2014

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum


Bekojo la kito sekuek nyo...berusoho la kito sekueknyo...bekojo...bekojo...dapek duit tambah kayo..lalala




google





Ha tengok tajuk entry dan lirik lagu yang Cik Nur nyanyi tue mesti dah tau kan pasal apa..Iye,betul..Hari pekerja.Tentang kita semua yang sedang dan masih bekerja.Tak kiralah apa jua karier masing-masing kan.Yang penting pekerjaan yang kita ceburi tue,biarlah yang halal dan diberkati Allah..Sebabnya rezeki dari pekerjaan tue lah yang menampung perjalanan kehidupan kita dan keluarga..Betul ke tidak...Betul ke tidak...betul lah kan apa yang Cik Nur cakapkan nie..hik..hik.. :-)


Sebenarnya Cik Nur hampir 12 tahun dah bekerja.Lepas SPM,terus je bekerja.Ada dapat tawaran belajar,tapi disebabkan masalah yang tak dapat nak dielakkan, makanya Cik Nur pun tak pergi lah menyambung pelajaran.Takpelah,bukan rezeki Cik Nur..


Pekerjaan pertama dalam hidup Cik Nur ialah bekerja sebagai pembantu klinik.Teringat lagi masa hari pertama kerja kat situ.Takut-takut je muka.Rasa nak nangis pun ada..Kalau patient sekali ramai datang,
mulalah rasa cuak,gelabah tak tentu pasal.Mulalah rasa nak terkucil pun ada...Terus hilang semua tunjuk ajar kakak yang mengajar Cik Nur tue..Padahal tugas Cik Nur daftarkan nama pesakit je pun...hahaha..


Dari bekerja sebagai pembantu klinik,Cik Nur tukar pulak kerja sebagai kerani atau nama bestnya ialah 'clerk' hihihi...Sampai lah sekarang nie. ^-^


Pertama kali dapat duit gaji tue,wahhh rasa seronok sesangat..Mulalah dalam otak tue dok pikir nak beli itu,nak beli ini...nak macam-macam la..Tapi....tidak lah dapat nak beli semuanya..Duit gaji pun takde lah banyak mana..Cik Nur tetap bersyukur dengan rezekiNya.:-) Tetapi,Cik Nur rasa sedih sikit sebab hanya arwah abah je yang dapat merasa duit gaji Cik Nur..Arwah mak tak sempat...:-(


Bercerita bab alam pekerjaan nie,sebenarnya apa jua bidang kerja kita tue mesti ada kesusahan dan halangannya kan.Kena marah dengan bos,nak kejar dateline,report ini nak buat,report yang itu nak cepat.. ermmmm macam-macam lagi lah...rasa stress,rasa bengang semua pun ada.Mulalah terkeluar dari mulut kata-kata sebegini " time sekolah lagi best...rindunya zaman sekolah...a'ahhhh kalau diberi pilihan,nak aje aku sekolah balik''...hihihi...Apepun diri kita sendiri yang mesti pandai hadapi situasi semua tue.Waktu kerja,kita kerja.Waktu cuti apalagi kita cuti la...hihi...Sebab tue 1 Mei kita diberi cuti Hari Pekerja..Yeayyyy....cuti...



google

Kepada semua yang bekerja,Cik Nur ucapkan Selamat Hari Pekerja.Sama-samalah kita bekerja seikhlas hati..Dan Cik Nur doakan agar kita semua dimurahkan rezeki olehNya..In Shaa Allah...


"Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi''



Apr 25, 2014

Segmen First Anniversary Blog Asha Lya

Assalamualaikum

Di petang Jumaat dalam keadaan Cik Nur yang tak berapa nak sihat nie ,jom kita join GA dari blogger Asha Lya nie.

Segmen nie bermula dari 25/04/2014  hingga 05/05/2014.Jom kita semua join beramai-ramai...Boleh menambah kenalan juga kan.. ^-^

Klik banner untuk join okey.. ^-^

Akhirnya..Mengalah...Terpaksa...

Assalamualaikum

Setelah hampir 3 hari Cik Nur bertahan,buat macam tiada apa-apa..Buat rileks aje,akhirnya.................... Cik Nur tewas juga..Terpaksa akur dan mengalah jua..sobs..sobs..sobs...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Sakit kepala yang teramat sangat.Biasanya kalau sakit kepala tue,Cik Nur makan panadol actifast tue selalunya akan ok.Tapi kali nie.......ermmmmmm.....tak berkesan pulak...akhirnya ke klinik la jawabnya..


Pn.Doktor : iye,awak sakit ape

Nur : saya sakit kepala la doktor.pastu saya sakit tekak..rasa macam nak demam pun ade.. 

Pn.Doktor : dah berapa hari awak sakit nie..

Nur : dah dekat 3 hari..ngeee...^-^

Pn.Doktor : ok saya check tekanan & darah awak ye..ok nganga mulut..tekak awak merah sangat nie..

Pn.Doktor : ermm...awak datang sini drive sendiri ke

Nur : x la doktor,saya datang ngan kawan

Pn.Doktor : cik abang ke

Nur : senyum aje.. (dalam otak terpikir,eh..eh..kenapa doktor nie tanya camtu..)

Pn.Doktor : nie kalau awak drive tadi dah lame awak boleh eksiden tau..tekanan awak tinggi..kenapa malam nie baru nak datang jumpa saya.lain kali rasa sakit datang sini terus..ke awak nie takut jumpa saya..

Nur : errrrrr....ye ke doktor..

Pn.Doktor : saya bagi awak ubat yang kuat sikit.ubat nie kalau awak makan awak akan tidur.tapi jangan risau,esoknya awak akan bangun.

Nur : (dalam otak duk pikir...eh..eh..doktor nie gurau-gurau pulak...hihihi...)

Pn.Doktor : pasni,awak ajak cik abang awak tue pergi makan lepas tue baru awak boleh makan ubat..

Nur : mata terkebil-kebil sambil mengangguk paham...senyum...cakap terima kasih & assalamualaikum doktor...            

Pn.Doktor kat klinik nie memang peramah..Suka bergurau pun ye...Caj kat sini pun tak mahal sangat..hihi..

Cik Nur pergi ke klinik nie pun sebab Cik Nur perlu sihat..Sebab hujung minggu nie Cik Nur ada reunion geng sekolah masa tingkatan 3 dulu..Dah bayar dah pun..Rugi la kalau tak pergi kan.Lagipun dah lama tak jumpa dengan mereka tue..hihi...

Malam nie tak dapat la berbadminton...wuaaaaa sedihnya.... :-(





Apr 21, 2014

Geng Badminton

Assalamualaikum

Selamat petang Isnin semua.Cepat betul masa berlalu kan.Pejam celik pejam celik dah masuk minggu baru.Hari isnin je mulalah penyakit 'M' pun datang melanda.Dah seronok cuti hujung minggu..ngee ^-^

Cerita tentang hujung minggu nie,selalunya macam-macam aktiviti yang kita boleh buat.Nak nya kalau ramai kengkawan.Panjang la langkahnya.hihihi..

Sekarang nie setiap Jumaat malam,Cik Nur ada aktiviti baru tau.Nak kata baru tue tak la jugak.Aktiviti nie Cik Nur buat dari hujung tahun 2013 lagi.***Aktiviti Bermain Badminton***

Ye la kan,kita dah penat bekerja dari Isnin hingga Jumaat.Makanya waktu hujung minggu macam nie lah kita boleh buat aktiviti bermain badminton.Masa nie lah kita boleh hilangkan segala tekanan yang ada tau.Stress kerja,kena marah dengan bos,dan macam-macam lagilah..hik.hik..

Masa pertama kali nak buat akitiviti nie payah jugak.Faham-faham la,dah lama meninggalkan aktiviti nie. Last main badminton pun waktu sekolah dulu.Nak cari momentum tue semula agak susah..Malam lepas main badminton tue sakit-sakit satu badan.Agaknya tulang-tulang Cik Nur tue terkejut kot........
hahaha..Tapi sekarang nie bila dah selalu bermain,dah rasa ok dah.Tak rasa sakit lagi dah.





Pertama kali datang sini,Cik Nur malu jugak.Court badminton kat sini besar.Ade lebih 20 court kalau tak silap.Bila Cik Nur tengok ramainya orang mula lah dok fikir,alamak macam mana nak main nie,dah la tak reti sangat,kang tetiba shuttlecocks tue terbaling kat court orang sebelah ke,raket tercampak ke,aduhhh kan malu tue.

Tue semua reaksi kali pertama je,lepas tue dah tak heran dah.Main je sesuka hati.Lagipun Cik Nur dan kengkawan bukannya nak main badminton nie untuk masuk pertandingan ke apa,kitaorang main hanya suka-suka je.Kadang-kadang tengah kitaorang dok main tue,tetiba shuttlecocks orang sebelah masuk kat court kitaorang,maknanya Cik Nur tak payah la nak segan-segan sangat kan.Ada la orang lain yang main macam Cik Nur jugak.Pergi ke court jiran sebelah..hahahaha..






Tengah bermain pun boleh bergelak ketawa,buat lawak...hahaha..dasyat..hihihi...




Yang nie,tengah tunggu shuttlecocks tak turun-turun.Takkan tersangkut kot.Kalau kat halaman rumah tue biasalah kan.Tersangkut kat atas bumbung..hahaha...




Yang nie memang acara wajib.Lepas main badminton,ramai-ramai menuju ke kedai makan.Dah banyak tenaga yang dikeluarkan masa main badminton tue,maknanya kita perlu 'topup' semula tenaga yang hilang tue..hahaha...





Memang seronok bermain badminton nie ramai-ramai.Biasanya kitaorang main badminton nie 2 jam.
1 jam caj Rm 22.Kiranya ok la kan,boleh kongsi-kongsi bayar.Ye tak..hihihi...


***Sesiapa yang nak bermain badminton tue tercari-cari court badminton yang best,kemudahan yang lengkap dan selesa boleh la datang kat sini ye...klik sini Tropicana Badminton

Apr 16, 2014

Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru

Assalamualaikum

Nasib baik Cik Nur sempat lagi untuk join segmen dari saudara hasrulhassan nie. Hari ini adalah tarikh tutup penyertaan untuk segmen Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru tau :-)





Sedikit cerita tentang Blog Kisah Nur nie... ^_^

Nama Blog : Kisah Nur

URL Blog : http://nurpunyebelog84.blogspot.com/

Nama Empunya Blog : Nur Aizah ( Cik Nur)

Umur Empunya Blog : 30 Tahun

Usia Blog  : 6 Bulan

Bilangan Followers : 26 Followers

Tentang Blog :
 Hanya blog biasa..Bercerita tentang perjalanan hidup insan yang bernama Nur Aizah.
Dicoretkan pada blog agar semua kisah perjalanan hidup dapat di jadikan sebagai kenangan di masa akan datang..Biasalah kita manusia,selalu sahaja lupa.Untuk mengelakkan dari lupa,semua perkara kita coretkan pada blog..Kalau lupa je,buka blog...hihihi...


Jom kawan-kawan,kita join segmen nie.Boleh la kita menambah kenalan ;-)


Apr 15, 2014

Tolong Jangan Hina Mereka

Assalamualaikum

Eiiiiiiiiii bodoh betul la,bangang betul la...Cepatlah sikit,time-time nie lah nak lalu kat sini..Aduhhhh,aku pakai perfume mahal-mahal nie,dia lalu plak kat sini..Kerja setakat camnie,nak pandang-pandang aku pulak.Dah kutip tue,blahh la cepat..Dah la busuk.......................................

Ermmmmmmmmmmmmmmmmmmm.............................

Cik Nur tak tahu nak cakap apa,apabila terdengar kata-kata sebegini.Kenapa anda perlu bercakap begitu..Saya,anda dan orang-orang lain pun lalu di situ,berada di tempat yang sama dengan anda berdiri.Perlu ke anda berkata sebegitu???

Dari apa yang Cik Nur tulis kat atas tue rasanya dah dapat teka kot....

Kisah tentang........................................................................................

*
*
*
*
*
*
*
*


Google


Kisah tentang lori & pemungut sampah...

Setiap hari lori sampah akan lalu di kawasan rumah,tempat kerja atau dimana-mana sahaja disekeliling kita kan.Kenapa lori tue mesti lalu disitu,mengapa lalu setiap hari???? Semestinya untuk mengangkut sampah-sampah yang ada..Siapa pulak yang buat sampah??? Kitalah..Manusia...Yang setiap hari membuang begitu banyak sampah.

Pernah tak terfikir,andainya tiada siapa pun yang inginkan pekerjaan memungut sampah nie,bagaimana dengan sampah-sampah yang kita buang tadi??? Siapa yang nak kutip,siapa yang nak tolong buang??

Kita nak rumah dan persekitaran kita bersih,bebas dari sampah dan bau busuk..Dan selalunya kita akan buang sampah ke dalam tong sampah di luar rumah.Pastu kita dah tak payah fikir dah  kemana sampah tue akan dibawa dan siapa yang akan memungutnya untuk kita kan..

Sebab tue lah,kita patut ada rasa hormat pada orang-orang yang bekerja memungut dan membawa lori sampah nie.Mereka juga ada hati & perasaan.Mereka bekerja untuk mencari rezeki.Ingat mereka tue suka ke kerja macam tue..Dengan bau,kotor lagi..Kita tak tahu kenapa mereka memilih pekerjaan sebegini.Semuanya ada sebab masing-masing.

Kalau terserempak dengan lori mengangkut sampah nie,tak perlulah sampai nak memaki hamun mereka.Dah tugas mereka lalu dan berhenti di situ untuk memungut sampah.Lagi satu,kalau pekerja pemungut sampah tue pandang-pandang,mungkin pada hari itu anda lawa sangat dari hari-hari biasa,mungkin baju yang anda pakai tue cantik.Tak rugi pun kalau mereka tue pandang anda.Tapi,kalau sampai tahap usik atau pegang-pegang tue,memang melampaulah kan.Itu boleh di ambil tindakan.Tapi kalau setakat pandang je,buat biasa sudah...



Google


**** Lagi satu sikap kita apabila membuang sampah..Buanglah dengan cara yang betul.Mana yang boleh di kitar semula tue,kita asingkan dan buang di tempat yang sepatutnya.Dan sampah yang lain tue hendaklah kita masukkan di dalam plastik sampah..Diikat kemas barulah dibuang ke dalam tong sampah. Bukan kita main buang macam dalam gambar kat atas nie..Kasihan pada pekerja pemungut sampah tue nanti...



Google



**** Peringatan untuk diri sendiri juga,kalau lori sampah lalu di depan awak,walau busuk macam mana sekalipun,tahan la sikit..Ingat Nur,jangan cakap yang bukan-bukan di depan pekerja pemungut sampah.
Mereka ada hati & perasaan juga..Jangan jadi macam Orang yang tadi tue.... ;-)





Apr 7, 2014

Memakai Telekung Berwarna

Assalamualaikum


Baru-baru nie,Cik Nur jenjalan kat Space U8..Niat utama ke sana nak cari bawal plain yang murah..
Memang murah pun..Rm 5 sehelai..Kalau beli online pun harga boleh dapat rm 5 sehelai jugak..Tapi, nanti ada tambahan rm untuk caj pos kan..hihihi....

Dah penat memilih tudung bawal yang ada bermacam warna tue,Cik Nur singgah solat sebentar.Kalau datang ke Space U8 nie,Cik Nur memang suka solat kat sini.Surau kat dalam Space U8 nie memang cantik & selesa sangat.Selesai ambil Wudhu,Cik Nur pun cari telekung di ampaian yang disediakan.
Ternampak telekung yang berwarna kat situ.Cik Nur rasa macam nak pakai telekung tue.Cik Nur pun ambil la yang berwarna hitam..Selalu memang pakai telekung putih je..Pertama kali memakai telekung tue,rasa selesa pula.Telekung nie besar,labuh dan rasa sejuk je..

Hati Cik Nur nie mulalah nak pergi cari telekung yang macam nie.Sejak akhir-akhir nie memang ramai yang memakai telekung berwarna nie kan.Telekung Lycra kalau tak silap Cik Nur.

Apabila hati dah berbunga-bunga nak membeli telekung Lycra berwarna nie,Cik Nur pun meng'Google' la tentang telekung nie..Wahhh...memang ada macam-macam warna..Cantik-cantik pula tue.Niat di hati memang nak beli dah..Tapi...........Cik Nur terfikir seketika,boleh ke memakai telekung berwarna ketika solat...Cik Nur pun meng'Google' la lagi tentang kemusykilan Cik Nur nie..

*
*
*
*
*
*
*
*

''Mengenai soalan telekung pula, sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam solat.

Haram jika mahu menunjuk-nunjuk

Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.

Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.

Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.

Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.

Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.

Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.

Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu. "







Cik Nur dah beli telekung berwarna nie..Cik Nur akan pakai tukar-tukar dengan telekung putih yang memang sedia ada di rumah nie.. :-)



Popular Posts