Jom Ikut

Jul 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita kan.Alhamdulillah kita masih lagi di beri peluang olehNya untuk merasai ibadah puasa pada tahun ini.

Cik Nur bersyukur sebab dapat menjalani ibadah puasa ini dengan baik.Semoga ibadah kita ini diterima oleh Yang Maha Esa.In Shaa Allah :-)

Dah ada yang bercuti ke hari nie..dah ada yang balik kampung..atau dah sampai pun kat kampung..Cik Nur masih bekerja lagi.Esok pun kerja.Iyelah,Cik Nur kan solo,belum ada family sendiri.Kiranya setiap kali raya takdelah sibuk sangat buat persiapan.Persiapan pun yang biasa-biasa je.Kampung pun takde nak balik. Apepun raya tetap raya kan..hik..hik ^-^

Di kesempatan ini,Cik Nur nak mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua kawan-kawan blogger
Cik Nur. Tak lupa juga pada semua yang sudi singgah dan sudi baca blog Cik Nur yang tak seberapa nie.(saya budak baru belajar)...Segala kesilapan dalam penulisan,tersalah kata harap di maafkan ye.
Kosong kosong tau ^-^...






Pada yang bercuti,selamat bercuti.Pada yang balik kampung,semoga semuanya selamat pergi dan pulang. Pada yang bekerja dan tak dapat cuti raya tue,selamat bekerja la ye.Tahun nie kena kerja,tahun depan mesti dapat cuti kan..Cik Nur cuti seminggu tau..hik..hik ^-^


Ehhh lupa pulak..Sebenarnya Cik Nur nak kongsikan satu berita gembira..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Cik Nur up gambar je dulu.Nanti lepas raya Cik Nur story mory okayyy... ^-^

Jul 22, 2014

Rindu...Rindu..Rindu Sangat

Assalamualaikum

Hai semua.Diharap kawan-kawan sihat-sihat belaka hendaknya.

Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.Sedih pula rasanya..

Raya pun dah makin dekat.Mesti uollsss sibuk buat persiapan raya kan..

Cik Nur dah siap semua dah.Minggu lepas dah beli baju kurung siap 2 pasang.Nak cari baju nie pun satu hal,bila dah berkenan dengan yang nie saiz pulak takde.Berkenan dengan yang tue,warnanya pulak takde stok..Agaknya memang pembuat baju-baju nie tak buat baju saiz XS nie banyak-banyak sikit ye...grrrrrrr

Makin raya nak dekat hati Cik Nur rasa makin terusik.Memang satu perasaan nie setiap tahun dia akan duduk dalam hati Cik Nur.Nak elak pun tak boleh.Perasaan apa tue ye Cik Nur?????


Perasaan R.I.N.D.U...................................................................................


R.I.N.D.U
*
*
*
*
*
*
*


Rindu nak kacau mak masa dia menjahit langsir guna mesin jahit Singer yang pakai kayuh kaki tue...

Rindu nak pergi kedai ikut mak beli barang-barang nak masak...

Rindu nak pergi beli baju sama-sama dengan mak...

Rindu nak buat biskut raya  tiap-tiap malam 10 hari sebelum raya dengan mak..

Rindu biskut Dam mak yang sedap tue...

Rindu rendang,nasi impit,kuah kacang mak yang super sedap...

Rindu nak jerit mak kat dapur nak bagitau ''mak,pakcik kat tv nie cakap lusa raya''

Rindu nak salam mak...

Rindu nak peluk mak...

Rindu nak cakap ''Mak Selamat Hari Raya,nak duit raya"



googles


***************************************************************************************************************

Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku

Rindu aku sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku.......




Dulu semalam pergi membersihkan pusara arwah mak.Semoga mak ditempatkan pada golongan hamba-hambaNya yang beriman..Tak lupa juga pada mangsa-mangsa MH17 & juga pada rakyat Palestin.

-Al-Fatihah-







Jul 16, 2014

Kad Raya & Brooch Dari Blogger Dik'An

Assalamualaikum

Hai semua.Di harap kawan-kawan Cik Nur semuanya sihat-sihat belaka ye.Tapi.....Cik Nur nie je hah yang tak berapa nak sihat baru-baru nie.Gusi Cik Nur bengkak.Betul-betul kat gigi geraham bongsu tue.Adoiiiiii sakit sangat rasanya.Dugaan betul masa tue.Lebih-lebih lagi waktu nak makan berbuka dan bersahur.Nak mengunyah tue,sakitnya Allah saja yang tahu..

Alhamdulillah,hari nie dah rasa semakin baik. :-)


Ohhh ye,Cik Nur tadi dapat satu surat tau.Bila tengok dekat setem tue dari Perak.Macam kad raya..
Tapi.........siapa pula yang bagi ye.Bukak je sampul tue,ada kad raya dengan brooch..Baca pada kad tue...Rupa-rupanya datang dari blogger Dik'An ^-^







Hadiah sempena  top komentor jun ...


Terima Kasih Dik'An..
Terima kasih daun keladi,lain kali bagi lagi..hik..hik.. ^-^

Jul 9, 2014

Apa Nak Buat Kalau Terjumpa Ex..............

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah 11 hari kita semua berpuasa kan. :-)

Hari nie dah hari ke 3 bekerja dalam minggu nie.Masalah Cik Nur tentang topup yang hilang hari ahad lepas masih lagi belum dapat jawapan.Dekat Maxis dah report..Maybank pun dah report.Katanya ambil masa 3-5 hari bekerja.Kalau sampai hujung minggu nie tiada jawapan,maknanya anggap je lah Cik Nur sedekah topup tue.. huk.huk..Dugaan bulan puasa..Takpelah mesti ada hikmahnya kan ^-^

Dugaan pasal topup tue satu hal.Ada satu perkara lagi yang menimpa Cik Nur pada hari yang sama minggu lepas...

Ceritanya begini...........................................................................................................................................












Kejadian di bazaar ramadhan.......................................................................................................................












Di gerai kuih kegemaran..............................................................................................................................












Sedang membeli kuih kegemaran iaitu kuih cara berlauk bersama kakak...............................................












Membayar harga kuih sebanyak RM 6.......................................................................................................












Selesai membeli,pusing ke belakang nak beredar dari gerai tu.................................................................












Terserempak dengan bekas di gerai yang sama ........................................................................................












Dia bersama dengan isterinya.....................................................................................................................












Jantung dan nadi bagai terhenti berdegup seketika................................................................................












Perasaan ketika itu......................................................................................................................................












Bukannya sedih megenangkan perpisahan yang telah terjadi...................................................................












Tapi rasa sakit hati atas perbuatannya pada diri ini..................................................................................












Raya yang ke 26 hari pada tahun lepas awak membuat keputusan itu..................................................












Puasa tahun ini kita ditakdirkan terjumpa setelah perpisahan itu............................................................












Namun begitu, bersyukur atas apa yang telah terjadi..........................................................................












Kerana Allah masih menyayangi diri saya hambaNya ini.........................................................................












Entry Masanya Belum Tiba masih lagi segar di ingatan dan hati ini............................................................













Iye benar,jodoh itu rahsia Allah................................................................................................................














Saya terima semua yang telah terjadi.....................................................................................................












Tetapi....................................................................................................................................................








.................................................................................................................................................................




Berikan saya masa dan waktu untuk benar-benar memaafkan awak seikhlas-ikhlasnya nya dari hati ini....









Alhamdulillah,diri ini sudah pulih sepenuhnya dari kekecewaan itu.Sahabat dan keluargalah yang sentiasa di sisi selama ini menemani.

Awak sudah pun bahagia..Saya juga layak untuk mencari kebahagiaan diri Saya juga...








Jul 7, 2014

Mana Kamu Pergi

Assalamualaikum

Salam hari Isnin kawan-kawan.
Alhamdulillah,hari nie dah masuk hari yang ke-9 kita umat islam berpuasa.

Cik Nur nak cerita nie,hari nie Cik Nur rasa sedih sangat-sangat.Rasa nak nanges pun ada.Sebenarnya dalam hati dah nanges pun..cuma airmata je yang belum keluar kat kelopak mata nie..sobs..sobs..:-(







Ceritanya macam nie,pagi semalam lepas subuh tue Cik Nur pun buka la lappy.Niat di hati nak bayar bil.Lepas selesai bayar online tue,Cik Nur ingat nak topup sekali la prepaid phone Cik Nur.Ye la,
walaupun kredit ada lagi tapi dah nak expired.Terpaksa la topup baru juga kan..

Selalunya memang takde masalah pun.Sekejap je lepas tue kredit akan terus masuk.
Tapi......................... kali nie takde pula.Ermmm takpelah,Cik Nur pun bersangka baik je la..Kejap lagi kot..Kejap lagi masuk la kredit nie..

Tunggu punya tunggu,sampai ke petang tak masuk-masuk juga kredit Cik Nur tue.Hati dah mula gelisah nie.Kalau topup 5 ringgit je,Cik Nur tak la kisah sangat kan.Tapi nie Rm 30..bagi Cik Nur banyak tue jumlahnya.Lepas la untuk pengunaan sebulan internet mobile Cik Nur.

Cik Nur pun telefon la maxis buat aduan.Beriya-iya Cik Nur bercerita kat orang Maxis tue.Saya dah check semuanya betul,no phone saya..Transaction pun dah successful bla...bla..bla...Bersungguh-sungguh Cik Nur bercerita..huhuhu...

Iye Cik,kami akan semak masalah Cik nie.Hal nie ambil masa 3 hingga 5 hari waktu bekerja ye.Harap Cik dapat bersabar ye....3 hingga 5 hari????Mana la kamu pergi nie wahai kredit 30 ku sayang.....
wuaaaaaaaaaaaaaaa :-(

sabar Cik Nur,bulan puasa nie...sobs..sobs..

Jul 3, 2014

" Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014"

Assalamualaikum

Hari nie penyakit rajin Cik Nur dah datang..Cik Nur  nak join segmen lagi.Kali nie dari blogger Cik Akak

Cik Nur join segmen Cik Akak ye..hik..hik.. ^-^



 Klik banner ye kalau nak join ^-^
Tarikh tutup 11 Julai 2014

Giveaway teka wajah eda by blogger euruka seven

Assalamualaikum

Alhamdulillah,hari nie dah masuk hari ke-5 kita umat Islam berpuasa.Pagi nie Cik Nur rasa mengantuk sikit.Penyakit 'M' pun mula menyerang.Malas nak buat keje..hik..hik..Kalau dah penyakit 'M' nie datang menyerang,jalan paling baik nak rawat ialah berblogwalking sekejap. ^-^

Tengah dok ber BW nie,terjumpa la blogger lain join GA dari blogger eda..Eda nie blogger baru tau.Yang bestnya GA dia nie main teka-teka.Cik Nur memang suka join GA yang suruh kita teka-teka.Rasa macam tercabar je nak meneka kan..hik..hik..

Nak tau teka apa???

*******************Teka nie ****************






Teka yang mana satu ialah eda di antara wajah berempat di dalam gambar dibawah nie ^-^




Jawapan Cik Nur ialah

No-4


Betul atau tidak jawapannya tue kena tunggulah sampai GA nie tamat.GA nie bermula dari 
21 Jun hingga 31 Julai 2014.

********Hadiah yang ditawarkan********

Tablet nova 2 + Leather nova X1
voucher emas tajaan LUMIERE RM 500 X1
voucher emas tajaan TOMEI RM 200 X1
voucher ems tajaan GOLDHEART RM 200 X1
Voucher ems tjaan MY DIAMOND RM100 X1
gift voucher AEON RM20 X 2
gift voucher AEON RM10 X 1

Nak join????

Jul 1, 2014

Dapat Keychain ^-^

Assalamualaikum..

Hari nie Cik Nur dapat hadiah dari blogger nazirah :-).. Awal bulan May yang lalu Cik Nur ada join contest Keychain MiniGA #7 nie..Alhamdulillah blog Cik Nur menang melalui pilihan 'Cik Random'..hihi...





Comel kan ^-^

Terima kasih Nazirah bagi keychain monkey yang comel nie..Banyak kali Nazirah minta maaf pada Cik Nur sebab tak dapat nak pos hadiah nie cepat..Takpe,Cik Nur faham situasi Nazirah waktu tue..Mana nak pergi kelas lagi..tengah sarat mengandung lagi.. :-)

Ohh ye,Cik Nur nak ucapkan juga tahniah pada Nazirah sebab dah selamat melahirkan baby..Wahh raya nie dapat beraya bersama ahli keluarga baru..mesti seronok kan ^-^

Popular Posts