Jom Ikut

Dec 31, 2013

Selamat Tinggal Dua Ribu Tiga Belas

Assalamualaikum





2013 dah menghampiri ke penghujungnya.Hari berganti hari,bulan berganti bulan.Dan kini tahun pula mengambil tempatnya untuk di ganti..2014...Ya, kita akan memasuki ke tahun baru 2014.

Diriku memang berharap sangat agar tahun 2013 cepat berlalu pergi.Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang perjalanan ini.Permulaan tahunnya di mana aku telah membuat satu keputusan yang agak besar dalam hidup.Aku telah membuka pintu hati ini pada seseorang yang telah lama ingin mengenali diri ku lebih dari teman biasa.Melihatkan kesungguhannya yang mencuba untuk kali kedua itu,membuatkan aku menerimanya dengan hati yang ikhlas.Bukan aku memilih,tapi hanya berhati-hati kerana takut kecewa untuk sekian kalinya.Setelah menerimanya,syukur Alhamdulillah kerana perhubungan kami berjalan dengan baik atas izinNya.

Tahun 2013 juga,untuk pertama kalinya ulangtahun kelahiran aku disambut dengan seseorang yang istimewa di hati.Bukan hadiah ataupun sambutan hari jadi yang aku inginkan.Cukuplah ada seseorang disisi yang menemani.Hadiah menyaksikan Konsert Gegar 5 Legenda di Istana Budaya adalah yang paling bermakna sekali.

Namun begitu,kita hambaNya hanya mampu merancang.Semuanya Allah yang menentukan.Langit tak selalunya cerah.Diri aku diuji lagi.Kali ini ujian yang agak berat sekali. Entry Masanya Belum Tiba menceritakan segalanya.

Cinta Tak Semestinya Memiliki,itulah yang terjadi.Berita yang aku perolehi di penghujung tahun ini amatlah terkesan di hati.

Di saat-saat aku menghadapi ujian yang paling hebat ini,aku bersyukur kerana masih ada  seorang sahabat yang sentiasa menemani di sisi.Terima kasih sahabatku Izan

Kesihatan diri sepanjang tahun ini amat baik.Syukur Alhamdulillah,Allah melindungi dan manjauhkan diri ini dari segala penyakit.

Rezeki yang diberi juga amatlah aku syukuri.Walaupun impian dan cita-cita dalam mencari kerjaya yang lebih baik masih belum dikecapi,namun aku tetap gembira akan rezeki yang aku perolehi.

Rindu pada kedua orang tua ku amatlah menebal di hati.Semoga arwah abah dan arwah mak di tempatkan di golongan orang-orang yang beriman.Ya Allah,ampunilah segala dosa-dosa ibu bapa ku..

Tutup dan lupakanlah semua yang telah terjadi.Bukalah lembaran hidup yang baru.Semoga perjalanan tahun Dua Ribu Empat Belas ini memberikan sinar baru dalam dalam hidup ku.



Dua ribu tiga belas
Tahun yang penuh dengan ceritanya sendiri
Suka,duka,tawa mahupun tangis silih berganti
Jalan ceritanya yang aku sendiri tak pasti akan terjadi

Saat ujian menimpa diri
Hebat sungguh bebanannya di hati
Ku rasakan tidak mampu untuk bangkit kembali

Namun ku bersyukur
Masih ada yang menemani di sisi
Keluarga,kawan-kawan mahupun sahabat
Tidak pernah sama sekali menjauh pergi

Dan akhirnya aku mampu hadapi kenyataan ini
Yang terjadi telah pun terjadi
Takkan mungkin berpatah kembali

Diberi kesihatan yang baik sepanjang tahun ini
Adalah satu anugerah buat diri ini
Nyawa yang masih dipinjamkan olehNya
Amatlah hambaMu ini hargai
Aku masih punyai masa untuk perbaiki diri lagi

Rezeki yang dikurniai Illahi
Aku terima dengan ikhlas hati
Walaupun keinginan,impian dan cita-cita masih belum dikecapi
Tapi aku yakin bahawa Janji Allah Itu Pasti

Yang Indah jadikanlah kenangan
Yang Duka jadikanlah peringatan
Yang Terjadi buatlah sebagai pengalaman
Yang Sedih haruslah dilupakan
Yang Pahit semestinya perlu dibuang

Biarkan semuanya pergi
Pergi seiring dengan tahun yang akan berganti
Ku mohon agar kehadiran dua ribu empat belas ini
Ada sinar baru dalam titian hidup ini...

-In Shaa Allah-









Dec 26, 2013

Pedihnya

Assalamualaikum





Tolong!!!...tolong!!!..tolong!!!....Hari nie Cik Nur kat opis sangat-sangat rasa tak selesa.Muka Cik Nur nie pedih yang amat.Nie semua gara-gara semalam mandi tak hingat dunia kat PD.
Konon-kononnya kulit tue tebal la sangat kan,mandi laut tak pakai sunblock.

Haa,ambik ko Cik Nur.Muka merah macam udang kena bakar.Pastu pedih tahap maksima.
wuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....








Ada apa-apa petua tak untuk Cik Nur kurangkan rasa pedih kat muka nie...sob..sobs..sobs













Dec 23, 2013

Bila Mereka Dah Makin Besar

Assalamualaikum





Mereka semua anak buah Cik Nur.Tiga orang yang takde dalam gambar kat atas tue.
Masing-masing dah makin membesar.Terasa diri Cik Nur nie makin tua ..Eh,bukan tua  tapi makin dewasa...kih..kih..kih..

Cik Nur ada tujuh anak buah semuanya.Anak abang long ada dua orang.Anak kak ngah pun dua orang.Anak kakak yang serumah ngan Cik Nur nie je ada tiga orang.Itu je lah kot anak-anak buah Cik Nur.Rasanya lepas nie takde tambahan dah..hihihihihi.


Anak buah paling besar sekali umur 20 tahun.Besar dah kan.Mana taknya masa umur Cik Nur sembilan tahun dah ada dua orang anak buah.Yang lain-lain tue umur  diaorang lapan belas,
lima belas,dua belas,lapan dan tiga tahun.Cik Nur nie sebenarnya anak bongsu.Anak-anak buah tak panggil makcik dia nie maksu ataupun ucu.Diaorang panggil Cik Nur je.

Masa Cik Nur mula-mula ada anak buah dulu,rasa janggal la jugak.Tanya kat mak -"mak kenapa kena bahasakan Nur nie Cik Nur kat diaorang berdua nie?kenapa tak panggil kakak je.''- Mak pun terangkan lah sebab apa kena bahasakan diri nie Cik Nur.Dah lama-lama tue baru Cik Nur biasa. hihihi..


Cepat betul masa berlalu.Masing-masing dah makin membesar.Bukan setakat membesar,
lebih tinggi dari Cik Nur pun ada.huhuhu..

Anak-anak buahku,Cik Nur sayang korang semua.Cik Nur harap korang bertujuh akan berjaya dalam pelajaran,hidup dan jadi anak-anak yang terbaik.In Shaa Allah


Mintak maaf ye kalau Cik Nur kadang-kadang marah korang,cubit korang.Marah tue tandanya sayang,betul tak..jangan marah haaaa...hihihi







                                                                                      
                                                                                 



Dec 19, 2013

UMIE SUE 1st Giveaway

Assalamualaikum

Cik Nur sebenarnya nak join contest -UMIE SUE 1st Giveawaynie.Temanya ialah AnakMengemas Rumah.Tapi Cik Nur belum ada anak lagi.Kalau ada anak buah je boleh join kan Umie Sue.hihi..


Cik Nur selalunya akan mengemas rumah bila cuti hari Sabtu dan Ahad je.Hari lain,kakak Cik Nur yang buat.Anak buah Cik Nur,Mia nie memang suka kacau Cik Nur mengemas.Dia suka sorokkan penyapu.Bila Cik Nur tak perasan je,dia akan bawak lari penyapu tue.Pastu dia akan sorokkan kat belakang pintu.Dah la kat rumah nie banyak pintu,dah jadi satu kerja Cik Nur nak pergi satu pintu ke satu pintu nak cari penyapu.huhuhu...

Mia nie macam tau-tau je yang Cik Nur nie kadang-kadang malas nak menyapu rumah kan.hahaha..Apa kata lepas nie Mia sorok tempat lain pulak.Tempat yang Cik Nur takkan jumpa penyapu tue.Nanti boleh la Cik Nur cakap kat mama Mia yang penyapu tak jumpa,tak payah Cik Nur menyapu...hik.hik.hik




Nadhira Damia,cepat besar ye.Nanti boleh tolong Cik Nur mengemas rumah. :-)


Dec 18, 2013

Ohhhh Ketupat Palas

Assalamualaikum semua..





Pagi nie breakfast roti canai sardin.Tengah sedap dok makan tue,tetiba teringat plak kat Si Ketupat Palas.Argghhh nak ketupat palas,nak ketupat palas............ketupat palas...........

Ahad lepas Cik Nur pergi pasar pagi yang ada dekat ngan rumah tue,jalan punya jalan tetiba ternampak Ketupat Palas yang dah lama ku idamkan...Terus pergi gerai tue,beli dua ikat.Satu ikat dua hinggit.Beli rendang daging sekali dua hinggit.hik..hik..

Sampai je kat rumah,terus makan.Iyelah,dari hari raya Aidilfitri yang lalu Cik Nur mengidam nak makan Ketupat Palas nie.Tapi,hajat tak kesampaian sebab pergi beraya rumah orang pun tak jumpa ngan Si Ketupat Palas nie...huhuhu..

Cik Nur agak frust sebenarnya..Sebab? Sebab Ketupat Palas yang Cik Nur beli nie tak berapa nak best,tak sedap la senang cerita..wuaaaaaaa....sedih sangatttt...Rasa tawar je.Tak rasa lemak,tak rasa masin pun..Rendang daging pun sama..sobs..sobs..

Cik Nur,jangan putus asa.Ahad akan datang nie pergi lagi pasar pagi.Ada satu gerai lagi yang jual Ketupat Palas.Mana tau gerai yang satu nie Ketupat Palas dia sedap..Belum cuba belum tau kan..hik.hik..


 google


Kak Ngah Cik Nur cakap kalau nak makan Ketupat Palas nie selalu,kena kahwin ngan orang Kelantan. Oooo ye ke??? Kena cari bakal suami yang orang Kelantan la nie...hihihihihi...

Dec 16, 2013

Cinta Tak Semestinya Memiliki

Assalamualaikum semua..




Bertemu,berkenalan,berkawan dan bercinta tak semestinya berakhir dengan pertunangan mahupun perkahwinan.

"Kita merancang,Allah juga merancang..Tetapi,percayalah bahawa perancangan Allah itu lebih baik dari  segala-galanya.

"Apabila kita redha akan sesuatu yang telah mengecewakan hati kita,maka percayalah Allah akan  menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka''

"Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang  tepat,kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu"

"Allah beri apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu.Maka ikhlaskanlah Hati untuk kita menerima,Allah  tak izinkan,bermakna Allah tak redha kan? Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang terbaik unuk kamu"







Untuk kamu Mr 'F', Selamat Bertunang...Semoga Kamu bahagia di samping Insan yang Kamu pilih.Saya memohon maaf andainya saya pernah buat salah dan silap pada Kamu.Saya juga dah memaafkan semua kesalahan,kesilapan dan juga janji-janji Kamu pada Saya sebelum ini.Kita hanya mampu merancang,tapi Allah yang Menentukan.

Cik Nur,selepas dari hari nie tak mau sedih-sedih lagi ok.Apepun hidup perlu diteruskan selagi Allah meminjamkan nyawa untuk kamu untuk terus hidup di dunia ini.

Doakan Cik Nur ye...-In Shaa Allah-


Dec 13, 2013

Ular..

Assalamualaikum semua.

Cik Nur nak cerita tentang Ular.Bukan pasal Cik Nur terjumpa ular atau mimpi ular tau.Nie nak review sikit tentang filem Ular yang tengah ditayangkan kat panggung tue.Cik Nur dah pergi tengok.



Cik Nur cerita sikit ye tentang cerita Ular nie :

Ular berkisar percutian impian beberapa sekumpulan pengunjung termasuklah Myra(Lisa Surihani) wartawan kontroversi yang telah diturunkan pangkat ditugaskan membuat liputan ditemani jurukameranya, Remy(Yusri) ke Pulau Batik Panjang.

Keadaan bertukar menjadi misteri apabila seorang demi seorang pengunjung yang memenangi hadiah percutian tersebut hilang. Semuanya bermula dari kesilapan dua pengunjung iaitu JC dan Boy apabila mereka berdua telah memadamkan suis pagar elektrik kerana ingin masuk ke dalam hutan.

Keadaan menjadi huru hara apabila ribuan ular telah dapat melepasi pagar sekeliling resort itu dan mula memburu  mangsa.Seorang demi seorang mula hilang.Dan akhirnya....Siapa ye agak-agak yang tinggal??hihi..

Cik Nur tak boleh la nak cerita semua nanti pengarah filem nie marah pulak.Nak tahu kesudahan cerita nie tengok kat panggung ye.




Pendapat Cik Nur la kan,cerita Ular nie kalau diikutkan agak best.Tapi permulaan dari cerita nie yang tak berapa nak seronok.Hampir separuh dari cerita nie melibatkan unsur-unsur SX sikit.Filem nie pun 18 tahun ke atas je yang boleh tengok.

Rasanya,kalau part-part yang SX tue takde,lagi seronok kot.Tapi dalam cerita nie part yang Cik Nur rasa best part Lisa Surihani.Lisa berlakon memang best.Baby tue pun pandai berlakon.Kesian sangat Cik Nur tengok baby nie.Dibawa berlakon di dalam hutan,terowong.Tempat yang basah,kotor.Baby nie comel sangat.Ohh baby,kalau Cik Nur belum tentu izinkan anak sendiri berlakon camnie..huhuhu..Baby memang terbaikkk.




Kalau jalan cerita nie tiada unsur SX mesti lagi ramai yang datang tengok.Kan musim cuti sekolah nie.Nasib baik Cik Nur tak ajak anak-anak buah pergi tengok.Kalau tidak,mesti diaorang hampa sebab tak dapat tengok.Diaorang ada jugak ura-ura suruh bawak diaorang tengok cerita ular nie.Sebab cerita ular nie kan filem yang pertama Malaysia buat..Selalunya kita tengok filem omputih je,Anaconda.

Lain orang lain pendapatnya kan.So,tengok sendiri baru tahu..hihihi..







Dec 11, 2013

Sebelas..Dua Belas..Tiga Belas



Assalamualaikum semua.

Pagi-pagi lagi Cik Nur dah update blog.Selalunya petang baru ada  kerajinan nak update kan.Tapi hari nie terlebih rajin sikit.Sebelas..Dua Belas..Tiga Belas..Apa tue? Haa tue tarikh hari nie.Best kan hari nie punya tarikh.Cer sebut sekali lagi - 11/12/13...

Lepas nie dah tak jumpa tau tarikh yang best macam nie.Makanya hari nie ramai la yang akan mengabdikan tarikh nie menjadi sesuatu yang boleh dijadikan kenangan terindah masing-masing. Cik Nur pun rasa seronok hari nie.Sebab apa? Ada kenangan yang nak diabdikan ke hari nie?Ohh tidak. Hari nie kan Hari Keputeraan Sultan Selangor yang ke-68.Makanya Selangor cuti la hari nie.Cik Nur pun cuti..Orang-orang negeri lain kerja rajin-rajin tau.hahahaha..





Memang bagus sangat la tarikh hari nie kalau nak buat apa-apa majlis.Bertunang ke bernikah ke,semua boleh.Macam Che Ta artis meletoppss tue.Che Ta bakal bernikah hari nie.Wah,akhirnya Zain Saidin yang menjadi pilihan hati Che Ta.





Pereka Fesyen terkenal Malaysia,Jovian Mandagie tue pun bakal bernikah hari ini dengan anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Isamail Sabri Yaakob yang juga kakak kepada Dafi.




Semoga semua urusan mereka yang buat majlis hari ini berjalan lancar ye.

Cik Nur pun ada urusan hari nie.Nak siap-siap la :-)


Dec 6, 2013

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM



Salam Jumaat semua..Jom join contest dari blogger HASRUL HASSAN nie.Soal menang atau  tidak,tue belakang kira..Cik Nur dah join contest nie.Kalau menang Alhamdulillah,kalau tak menang pun takpe..
Jom...Jom...Jom Heboh...Heboh..Eh,bukan Jom Heboh la,tapi Jom...Jom...Jom Kita Join...hik..hik..hik..





Nak join klik je sini : http://www.hasrulhassan.com/2013/12/random-giveaway-rm50-tunai.html

Dec 5, 2013

Ayat-Ayat Maut Seorang Perempuan !!!



Cik Nur nak kongsi satu artikel yang Cik Nur baca pagi nie..Artikel nie Cik Nur baca di page FB..Tentang ayat-ayat yang selalu kita orang perempuan nie ucapkan.Rasa macam betul je apa yang artikel nie tulis tentang kita kan..hihihihi... 

Ok jom kita baca sama-sama :-)

Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnya tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.

Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya..hik.hik.hik..

Dec 3, 2013

Man Burger Kukus Lava



Hai semua.Hari nie Cik Nur nak story bab makanan lagi.Jangan bosan tau..Makanan yang sedap haruslah dikongsi dan diwar-warkan.Tak gitu..hihihi..

Semua orang suka makan burger kan.Di Malaysia nie,pelbagai jenis burger yang ada.Kalau dulu sebut je nak makan burger,mesti ingat Mc Donalds.Bila malam-malam kat rumah rasa lapar,mesti keluar depan jalan nak beli Burger Ramly.Tu dulu..Sekarang nie banyak kiosk burger & macam-macam jenis burger dah ada.Dari burger biasa,burger bakar sampailah ke burger kukus.Nak yang mana? Tepuk perut tanya nak makan apa..hikhikhik..


Selalunya Burger Bakar je yang popular kan.Hari nie Cik Nur nak cerita tentang Burger Kukus pulak.Burger kukus nie memang best tau.Daging dan rotinya  lembut la sesangat. Kalau makan guna pisau & garfu,tak payah risau la kalau pisau & garfu tue tercampak ke meja orang sebelah kan..Sos burger kat sini memang melimpah-limpah.Tue yang besttt.. Yang paling menariknya, kat sini menunya semua ada nama manja masing-masing tau yang diambil dari cerita Kartun Spongebob. 


Suasana disini pun best.Lepak-lepak sambil makan burger kukus kan.Wahhhhh...sangat seronok...Konsep kedai nie - pergi ke kaunter,tengok menu, dan order.Kemudian bayar. Ambil resit bayaran dan staff di situ akan bagi 1 nombor giliran.Kemudian pilihlah nak duduk meja mana.Lepas tue duduk la sampai anda dengar nombor giliran anda dipanggil.Bila nombor dah dipanggil,pergi kedepan dekat dengan kaunter tue untuk ambil makanan yang dah diorder tadi.Kemudian balik semula ke meja,dan tunggu apa lagi.........Makan la...hihihihi

Antara menu yang Cik Nur order :
                                                   



                                                      








 


Makanan dah dapat,Cik Nur tak pandang kiri kanan dah..hihihi




Lepas makan,perut pun dah kenyang,hati pun senang..hahahaha..Harga makanan kat sini pun ok sesangat.



Di mana lokasinya???? Man Burger Kukus Lava nie ada 2 cawangan tau.Nak tahu lebih info tengok sini ye. 

web -  Man Burger Kukus Lava
 fb    -  Man Burger Kukus Lava

Dec 2, 2013

13 Tahun Serasi Bersama

Hai semua.Pagi-pagi lagi dah hujan kan.Sehujan hati ini.Ceeewaaahhh.

Cik Nur nak story pasal kejadian minggu lepas.Khamis lepas,Cik Nur dan kawan-kawan pergi sambut birthday kawan Cik Nur,Izan.Sebenarnya tak rancang pun.Tapi sehari sebelum tue,kawan Cik Nur-Sheeda (nie pun salah seorang kawan baik Cik Nur tau) yang ajak jumpa.Dah alang-alang nak jumpa tue,Sheeda pun sponsor la kek untuk birthday Izan.





Sedap kek nie tau.Bertambah sedap sebab ada orang sponsor..hik..hik..



Izan,Selamat Hari Lahir..Semoga awak sentiasa sihat,bahagia & gembira selalu.




Dah  lebih 13 tahun kita berempat berkawan kan.Semoga persahabatan kita kekal selamanya,hingga anak cucu kita (Cik Nur belum ada anak lagi,Sheeda tunggu eh..hihihi)







Dulu kawan sekelas.Sekarang dah jadi suami isteri.Masa dulu tak pernah ada gosip pun tentang diaorang nie.Tup Tup dapat  berita nak kahwin dah.Itu yang dinamakan jodoh..Jodoh kan Rahsia Allah...




Lama dah kita tak borak-borak,makan-makan bersama macam nie kan.Next time kita kumpul satu group kita yang ada 11 orang tue..hihihi...





Bergambar dulu sebelum balik.



  

Nie je gambar makanan yang sempat Cik Nur snap..hihihi..


Nak tau tak kitaorang makan-makan tue kat mana? Kat sini - Tree Steak House 
Sedap tau makanan kat sini.Dah pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan lagi..
Suasana best,makanan best,layanan pun best.Rugi kalau tak cuba makan kat sini..

Nov 26, 2013

Redhalah..

Redha..Iye Redha..Nur,awak perlu redha dengan semua yang telah berlaku nie..:-(
















Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

Nov 25, 2013

Bowling Space U8 Tutup


Hai semua.Baru petang ada masa nak jengah blog.hihihi..Semalam Cik Nur jenjalan ngan kawan Cik Nur, Izan. Teman dia uruskan sedikit hal kerja dia.Lepas settle je hal kerja dia tue,kitaorang berdua dah tak tahu nak kemana.Fikir punya fikir,last-last kitaorang berdua pun decide la nak join adik Izan dan kawannya. Keluar ramai-ramai lagi best kan.Cadangnya,diaorang nak main bowling. Pergi la ke Space U8.Sampai je kat sana,kitaorang berempat pandang sama sendiri.Bowling kat situ tutup.Laa dah kenapa tetiba tutup.Hari tue jalan-jalan kat situ nampak bowling tue ada lagi.


sumber : Google


Bincang punya bincang kitaorang buat keputusan main bowling di Mega Lanes,Plaza Alam Sentral.
Cik Nur ikut je diaorang.Lagipun Cik Nur tak main pun.Cik Nur tak pandai main bowling.Nak angkat bola bowling tue pun tak larat.huhuhu.Orang baling bola kedepan,kang tak pasal-pasal Cik Nur baling pergi ke belakang pula.Naya je..hihihi..Dapat tengok diaorang main pun dah kira seronok.





































* Cik Nur baru tahu,rupa-rupanya bowling di Space U8 tue memang dah tutup.Baca nie :

To All Our Loyal Members/Customers,
It is with a heavy heart that the management of Shalin's would like to inform all of you that we have ceased operations at Space U8 Mall as of today.

We would like to thank everyone that has shown & given us tremendous support throughout our time there.

For those of you that have your equipment (if any) stored at our lockers/ball storage area/pro shop please collect your equipment as soon as possible.Please go to the Space U8 management office (9-5pm) & tell them that you are there to collect your bowling balls.We have requested the management to allow all our customers to pick up their equipment.

All Bookings until December will be cancelled.We will contact those that have made bookings & all deposits will be refunded.If we happen to miss you/your company please inbox us here & we will attend to you best we can.

If you have any further enquiries please do inbox us & we will attend to it.

Once again, we would like to thank each and everyone of you for all the support & love shown to us during our short stay here. WE Feel very Privileged to have served all of you & we do hope that you had an enjoyable time bowling here.We hope to see some of you again in the near future,Insyallah.

“There were times of hardship when people forget the courage they need to keep fighting; and survive. But I think as long as we have something to believe in; to keep close in our hearts, courage will never truly leave us. We only have to reach deep in our heart to find it.” 
― Sakura


Sincerely,
Shalin Zulkifli & Team





Popular Posts