Jom Ikut

Feb 25, 2014

Selamat Ulangtahun Mak

Assalamualaikum

Nur sayangkan dia...Terlalu rindukan dia..Hari-hari yang dilalui sepi tanpa dia..Tiada lagi tempat untuk mengadu..Tiada lagi tempat untuk Nur bermanja..Mahupun tempat untuk bersandar bahu..Tiada peluang untuk berkongsi kisah sedih dan gembira bersama-sama..Tiada peluang juga untuk dia melihat Nur membesar dan dewasa...

Tiada siapapun yang boleh menggantikan tempat dia di dunia ini...Dialah yang terbaik dan anugerah terindah yang Allah pinjamkan untuk Nur..Walaupun untuk seketika..Dialah yang melahirkan Nur,
memberi susunya pada Nur,membesarkan dan menjaga Nur sebaik yang mungkin..

Disaat diri Nur baru mencapai usia yang ke-15 tahun,dia pergi meninggalkan Nur untuk selama-lamanya.Disaat diri ini baru mengenal erti dunia,dia pergi tanpa kembali lagi..Perginya tiada ganti..Nur sayangkan dia.. Tetapi,Allah lebih menyayangi dia..

Mak,maafkan diri anakmu ini kerana tiada peluang dan kesempatan untuk menyambut Hari Ulangtahun Kelahiranmu..Tak sempat untuk memberi mak hadiah mahupun kek dengan duit gaji pertama Nur bekerja..Tak sempat untuk meraikan ulangtahun mak walaupun sekali..Walaupun sebenarnya jauh disudut hati ini yang Nur pernah menyimpan hajat untuk memberikan hadiah ulangtahun yang paling bermakna untuk mak,apabila Nur dah tamat sekolah,dan dah bekerja.Nur tak sempat mak... :-(


Setiap kali tibanya tarikh 25 Februari...Hati ini pasti berasa sayu dan sedih..Perasaan rindu ini hanya Allah saja yang tahu.

Mak,hanya doa yang mampu anakmu kirimkan..Semoga mak tenang disana dan ditempatkan digolongan hamba-hambaNya yang beriman.Ya Allah,ampunilah segala dosa-dosa ibuku..   Tempatkanlah dia di Syurga..Amin..

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-72 mak.


Al-Fatihah...






arwah mak yang berbaju & bertudung merah tue...




Feb 17, 2014

Selamat Ulangtahun Sayang

Assalamualaikum

Selamat Ulangtahun Sayang...Dah macam tajuk lagu Imran Ajmain plak tajuk entry Cik Nur nie..

Bulan Februari nie ramai tau ahli keluarga Cik Nur yang menyambut ulangtahun kelahiran masing-masing. Pakcik,sepupu,kakak sampailah ke anak sedara.Jiran pun ada jugak.hihihi...

Masa zaman kanak-kanak dulu bila tarikh birthday makin dekat mesti kita teruja kan.Mesti asyik terfikir hadiah apa yang kita akan dapat.Kek bentuk apa yang mak ayah kita akan beli untuk kita.Pastu dah berangan-angan nak pakai baju apa masa hari birthday tue..Betul tak..Betul kan.. :-)

Tetapi apabila umur masing-masing dah meningkat,jarang buat majlis sambutan harijadi macam tue lagi dah. Apa yang penting masa ulangtahun kelahiran kita tue,dapat berkumpul ramai-ramai,makan sama-sama, borak-borak.Semua tue pun dah cukup menggembirakan hati.Dapat hadiah atau tidak tue bukanlah isu besar sekarang nie.Dapat berkumpul bersama-sama keluarga  tue dah kira ok dah..

Dan yang paling penting sekali....................................................................





KEK...........

Mestilah ada Kek (Wajib tau)............Barulah ulangtahun kelahiran namanya...Dapat potong kek,dah kira happy tau... :-)
















Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Pak Usu,Kakak,Anak Buah & Sepupu Cik Nur.Semoga Kalian semua sihat sentiasa & dilindungi Allah setiap masa.Amin...

Sebenarnya bulan Februari nie juga,ada seseorang lagi yang ulangtahun kelahirannya jatuh pada 25 Februari nie.Seseorangyang paling bermakna dalam hidup Cik Nur.Yang paling Cik Nur sayang sangat-sangat.Nanti Cik Nur update kat entry lain ye tentang orang yang paling Cik Nur sayang nie....

Feb 13, 2014

Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun

-Hafiz Hamidun-

Jika Cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan..huuu
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa


Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua 
Begitulah takdir


Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita...



Feb 12, 2014

Ya Allah,Tabahkanlah Hati Ibu Ini

Assalamualaikum

Menangis hati Cik Nur membaca berita di bawah ini :-(
Ya Allah,berikanlah ketabahan kepada Ibu ini..





KUALA PILAH – Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bayi pertama yang dikandungnya adalah kembar.

Persiapan sudah dilakukan, bahkan barang keperluan termasuk baju baharu untuk menyambut kelahiran pasangan bayi berkenaan sudah dilakukan.

Namun, kegembiraan seorang ibu muda di sini bertukar menjadi saat menyedihkan apabila seorang daripada bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

Semuanya dikatakan berpunca daripada perkhidmatan sebuah hospital di daerah ini yang didakwa tidak cekap sehingga mengakibatkan Sharifah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, lewat menerima rawatan, sebelum terpaksa menjalani pembedahan secara tergesa-gesa.

Sharifah Kalsum berkata, kejadian bermula kira-kira 2.30 petang 14 Januari lalu apabila dia ke hospital itu selepas terasa sakit hendak bersalin.

“Saya rasa sakit di pinggang dan berlaku kontraksi. Waktu di bilik bersalin, tiada doktor pakar, hanya doktor pelatih sahaja.

“Saya merayu kepada jururawat supaya percepatkan proses kelahiran, tapi doktor memberitahu, pembukaan di pangkal rahim saya ketika itu hanya dua sentimeter menyebabkan saya dimasukkan ke wad biasa," katanya yang kemudian diberikan ubat tahan sakit sebelum terlena.

Menurutnya, keesokan harinya, dia sekali lagi memanggil jururawat kerana berasa seperti mahu bersalin.

“Saya sudah tidak bermaya untuk menahan sakit, tetapi jururawat menjawab dengan kurang sopan, malah seolah-olah memerli saya," katanya.

Sharifah Kalsum berkata, antara jam 6.30 dan 7 petang pada 16 Januari, dia dikejutkan jururawat bertugas untuk melakukan pemeriksaan cardiotopograph atau CTG untuk mengesan kadar degupan jantung bayi.

"Ketika itu, saya mendengar degupan jantung sebelah kanan, manakala sebelah kiri tiada apa-apa reaksi atau bunyi degupan jantung.

“Jururawat itu tidak maklumkan apa-apa sehingga jam 7.30 pagi, seorang doktor memeriksa saya. Ketika doktor periksa sekali lagi kira-kira 15 minit kemudian, degupan jantung bayi kiri sudah tiada menyebabkan doktor meminta saya ke bilik bersalin kira-kira 8.30 pagi," katanya.

Katanya, dalam keadaan panik, seorang doktor meminta pembedahan kecemasan segara dijalankan bagi menyelamatkan bayinya.

Menurutnya, kira-kira 10.05 pagi, bayi pertama yang masih hidup dikeluarkan, namun seorang lagi sudah meninggal dunia ketika dikeluarkan seminit kemudian.

"Bayi pertama berat 2.33 kilogram (kg) manakala yang kedua 2.07 kg. Pada mulanya saya ingat bayi pertama yang dikeluarkan berjaya diselamatkan, namun kira-kira 12 tengah hari, suami memberitahu bayi kami itu juga sudah meninggal dunia," katanya.
Bayinya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Melang selepas solat Asar.

Sementara itu, suami Sharifah Kalsum, Muhd Azmi Hashim, 30, berkata, dia kecewa dengan sikap kakitangan hospital terbabit sehingga menyebabkan nyawa anaknya tidak dapat diselamatkan.

Malah, katanya, dia juga kesal kerana pihak hospital belum menjelaskan punca kematian pasangan kembar itu.

“Saya hanya mahu tahu punca sebenar kematian bayi kembar saya. Itu sahaja,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Melang.

Sinar Harian cuba menghubungi pihak hospital dan salah seorang kakitangannya memberitahu, pihak hospital akan memberi maklum balas berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.


Sumber : SinarHarian


Feb 10, 2014

Mahram, Bukan Muhrim

Assalamualaikum

Ramai yang masih lagi keliru akan perkataan Muhrim dan Mahram kan.Dulu Cik Nur sendiri pun salah sebut tentang dua perkataan nie.Tapi sekarang Cik Nur dah dapat beza antara Muhrim dan Mahram :-)


MUHRIM

Bermaksud orang-orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.Mereka dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan ibadat ini.


MAHRAM

Bermaksud orang-orang yang ada pertalian darah dengan diri kita dan haram dikahwini,seperti adik-beradik,ibu bapa,dan lain-lain.Mahram ini juga adalah orang yang jika kita tersentuh kulit sekalipun,tidak akan terbatal wudhu.


Tetapi.....................................


Kenapa masih ada drama-drama di televisyen salah lagi menggunakan perkataan Muhrim dan Mahram. Masih lagi menyebut Bukan Muhrim.



BUKAN MAHRAM adalah sebutan yang betul





Popular Posts