Jom Ikut

Apr 7, 2014

Memakai Telekung Berwarna

Assalamualaikum


Baru-baru nie,Cik Nur jenjalan kat Space U8..Niat utama ke sana nak cari bawal plain yang murah..
Memang murah pun..Rm 5 sehelai..Kalau beli online pun harga boleh dapat rm 5 sehelai jugak..Tapi, nanti ada tambahan rm untuk caj pos kan..hihihi....

Dah penat memilih tudung bawal yang ada bermacam warna tue,Cik Nur singgah solat sebentar.Kalau datang ke Space U8 nie,Cik Nur memang suka solat kat sini.Surau kat dalam Space U8 nie memang cantik & selesa sangat.Selesai ambil Wudhu,Cik Nur pun cari telekung di ampaian yang disediakan.
Ternampak telekung yang berwarna kat situ.Cik Nur rasa macam nak pakai telekung tue.Cik Nur pun ambil la yang berwarna hitam..Selalu memang pakai telekung putih je..Pertama kali memakai telekung tue,rasa selesa pula.Telekung nie besar,labuh dan rasa sejuk je..

Hati Cik Nur nie mulalah nak pergi cari telekung yang macam nie.Sejak akhir-akhir nie memang ramai yang memakai telekung berwarna nie kan.Telekung Lycra kalau tak silap Cik Nur.

Apabila hati dah berbunga-bunga nak membeli telekung Lycra berwarna nie,Cik Nur pun meng'Google' la tentang telekung nie..Wahhh...memang ada macam-macam warna..Cantik-cantik pula tue.Niat di hati memang nak beli dah..Tapi...........Cik Nur terfikir seketika,boleh ke memakai telekung berwarna ketika solat...Cik Nur pun meng'Google' la lagi tentang kemusykilan Cik Nur nie..

*
*
*
*
*
*
*
*

''Mengenai soalan telekung pula, sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam solat.

Haram jika mahu menunjuk-nunjuk

Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.

Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.

Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.

Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.

Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.

Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.

Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu. "







Cik Nur dah beli telekung berwarna nie..Cik Nur akan pakai tukar-tukar dengan telekung putih yang memang sedia ada di rumah nie.. :-)



18 comments:

  1. koleksinya sangat indah dan menarik ya :)

    ReplyDelete
  2. cantik telekung tu cik nur.. kain lycra selesa dipakai.. berapa harga sepasang telekung tu cik nur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selesa & labuh...kalau solat tak perlu risau andainya kaki terselak ke apa kan..hihihi..
      Nur beli nie rm 50 je Aiza...Nur beli dekat Giant Kota Damansara..Yang ada kedai2 kecik kat tepi2 tue.. :-)

      Delete
  3. p.s: baru perasan blog cik nur berwajah baru.. cantik template baru ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih...cantik ke...Nur tak pandai sngt bab2 edit blog nie...hihi...

      Delete
  4. Akak memang minat telekung lycra bewarna ni..cantik kan..

    ReplyDelete
  5. yg penting kan niat kita tyu ikhlas utk beribdat bukan sebab lain !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...itulah yang paling utama..niat beribadah kerana Allah.. :-)

      Delete
  6. saya suka putih , suci jer nampak ketika solatkan,
    mmg telekung lycra nie cantik mcm2 wrn ada...
    yg penting niat kita diterima olehnya...insyaallah

    ReplyDelete
  7. kalau solat kat rumah, nak tunjuk kat sape? hehe :p yg best nya telekung bewarna ni tak jarang. Skang ni famaous lycra la. Tapi sy beli cotton viscose, selesa sejuk je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...a'ah tak jarang...labuh & selesa :-)

      Delete
  8. Kalau warnanya gelap ok kot Nur... sebab kalau yang warnanya cerah skit tu... ermm... kadang2 tu.. sampaikan tali bra pun boleh nampak kesannya tengok dari luar... idah ada juga satu.. tapi tak berani nak pakai kat luar... pakai kat rumah jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan...klu warna terang tue ragu2 juga nak pakai...sebab tue Nur beli warna yang gelap..hihihi..

      Delete
  9. cantiknyer telekung tue...kunjungan pg jumaat

    ReplyDelete
  10. terima kasih sudi singgah sini..salam jumaat juga :-)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts