Jom Ikut

Nov 3, 2013

Masanya Belum Tiba..

Kita hambaNya hanya merancang,tetapi Allah yang menentukan segalanya.Selagi Allah belum mengizinkan,maka takkan terjadilah.Hari nie 3 November 2013,hari Ahad.Jika diizinkan Allah,hari ini adalah hari yang mungkin memberi satu permulaaan kebahagiaan buat diri Cik Nur.Tetapi Allah belum lagi mengizinkannya.Pada tarikh nie,Cik Nur & Mr 'F'(panggilan untuk teman Cik Nur) mungkin akan mengikat tali pertunangan.Secara kasarnya,tarikh inilah yang kami pilih untuk bertunang.

Dari awal bulan Mac lagi kami dah berbincang untuk ke arah nie.Perancangannya,selepas Hari Raya Aidilfitri,barulah kami akan berbincang dengan lebih serius lagi tentang niat kami.
Raya Aidilfitri hari tue,Cik Nur & Mr 'F' dah pun saling mengenali keluarga masing-masing.

Alhamdulillah,penerimaan keluarga kedua pihak semuanya baik-baik saja.Walaupun masa raya tue Mr 'F' tak berapa nak sihat (eksiden masa 2 minggu puasa,syukur Alhamdulillah tak teruk sangat),Cik Nur dapat juga beraya dengan keluarga Mr 'F'.Inilah kali pertama Cik Nur beraya dengan sebuah keluarga yang besar dan ramai.Seronok tau.

Berbalik pada cerita pertunangan kami,Cik Nur serahkan pada Mr 'F'.Keputusan di pihak lelaki kan.Lagipun Mr 'F' belum sembuh sepenuhnya dari eksiden hari tue.Jika Mr 'F' rasa yang tarikh 3 November tue macam tak sempat nak buat apa-apa,Cik Nur tak kisah pun.Tarikh lain pun boleh.Jika tahun nie tak jadi bertunang,tahun depan ada lagi.

Namun begitu,manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.Saat Cik Nur baru ingin merasai sedikit kebahagiaan,diri Cik Nur diuji.Cik Nur tak pernah menyalahkan takdir yang sudah tertulis pada diri ini.Jodoh di tangan Tuhan.Dia yang menentukan segalanya.

Tiba-tiba kasih putus di tengah jalan.Tanpa Cik Nur sangka dan duga,malah tak pernah terfikir pun yang ini akan terjadi.Apapun yang terjadi Cik Nur kena redha.Mungkin Cik Nur bukan pilihan yang terbaik dan sempurna untuk Mr 'F'..Mr 'F' dah berubah hati.Siapalah Cik Nur untuk melawan takdir.Semua yang berlaku nie,akan ada hikmah disebaliknya.

Cik Nur hanya mampu berdoa pada Illahi agar Cik Nur dipertemukan dengan jodoh Cik Nur yang sebenar yang telah tertulis di LUH MAHFUZ..Dan Cik Nur mendoakan Mr 'F' berbahagia di samping Si Dia..


''Bila Allah tidak beri, 
Tidak bermakna Dia benci,
Tapi mungkin ada sesuatu hal,
Yang Dia mahu kita mengerti, 
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya..''


*sedih plak hati bila buka kalendar ke bulan November,nampak kat tarikh 3 Nov tue..dah lama tertulis kat situ..huhu..

3 comments:

  1. ada persamaan dengan kisah yang pernah berlaku kepada diri aiza.. semuanya telah tertulis di azali.. semoga cik nur bertemu dengan pengganti yang lebih baik dari dia..

    ReplyDelete
  2. sabar yaa kak... semoga mendapat kebahagiaan yang hakiki satu hari nanti ^___^ chayok chayok!

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts