Jom Ikut

Jun 16, 2014

Buat Sendiri Jus Roselle

Assalamualaikum

Sekarang nie cuaca panas sangat.Tekak nie terasa perit je.Makan tak lalu,mandi tak basah,tidur tak lena kan..ehhh bukanlah,makan tak lalu,asyik rasa nak minum je kan..Haaa barulah betul..hik..hik..

Minum tue minum jugak,tapi kita kena pastikan air yang kita minum tue,baik untuk kesihatan ataupun tidak. Kalau main belasah je minum semua air,kesannya sakit tekaklah jadinya.

Dengan cuaca yang sangat panas sekarang nie,apa kata kita minum air yang boleh menghilangkan dahaga dan di masa yang sama dapat khasiat untuk badan kita.Air apa ye..haaaa nie dia ....................

*
*
*
*
*
*
*


Air Roselle penghilang dahaga ^-^

Camne??? Nampak terliur tak melihat air nie.nampak sedap kan..di tambah pula beberapa ketulan ais di dalamnya..berpeluh-peluh sejuk ditepian gelas..fuhhhh.....meleleh air liur di buatnya kan..^-^

Air Roselle nie sedap tau.Rasa dia macam anggur pun ada,rasa ribena pun ada.Kat kedai-kedai ada je jual jus Roselle nie.Tapi kalau dah ada pokok Roselle kat luar rumah tue buat apa nak beli jusnya kan. Jadinya,marilah kita membuat jus Roselle sendiri..^-^



Nie lah rupa nya bunga Roselle yang baru di petik dari pokok kat luar halaman rumah Cik Nur ^-^



Cara-cara nak buat jus Roselle :


Mula-mula,rendam sekejap bunga Roselle nie.





Kemudian,pisahkan bunga Roselle dari bijinya.Bijinya ada kat tengah-tengah bunga Roselle tue. Kemudian cuci bersih-bersih bunga Roselle tue..(takut-takut kalau ada serangga kecik-kecik kat dalam bunga nie)



Selepas itu,jerang air dalam periuk.Biar air tue mendidih kejap.Setelah mendidih,masukkan bunga Roselle tue.Masa proses memasak nie lah nanti warna bunga Roselle akan keluar.Air dalam periuk tue nanti akan bertukar warna menjadi merah.




Masak selama 10 minit.Kemudian,biar sejuk sekejap.Dah sejuk sikit,tapis lah air Roselle nie..Dah habis tapis tue,makanya dah siaplah jus Roselle nie.Bolehlah disimpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais .Kuantiti jus Roselle nie bergantung pada banyak mana bunga Roselle yang kita masak.Banyak bunga Roselle,dapatlah banyak jusnya..

Jus Roselle nie Cik Nur tak masak dengan gula sekali tau..Kalau nak masak jus nie siap-siap dengan gula pun boleh je..Tapi,versi Cik Nur kalau nak minum air Roselle nie,baru Cik Nur akan bancuh gula. ^-^


**Air Roselle nie banyak khasiatnya tau.Nak tau khasiatnya boleh la tanya kat Encik 'Google'..hik..hik..**

34 comments:

  1. wah...sedapnya air roselle tu...terliur husna tgk...
    tapi kat umah ni xde halaman...susah nak menanam apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe..boleh beli jus roselle kat pasaraya...pastu balik umah boleh bancuh ngan air..:-)

      Delete
  2. tetiba tingat roselle kt blkg umah opah...ntah da mati agk nyer pokok dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke...kat umah Cik Nur ade sepokok dua je Roselle nie..hihi..

      Delete
  3. selepas rebus, bunga roselle tu jgn buang . blh buat halwa . masam2 manis . sedap tau .

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh buat halwa ye sis..alamak Cik Nur lepas rebus tue terus je buang..x tahu...huhu

      Delete
  4. Dulu.mak tanam Roselle n buat jusnya all by herself. Mmg sedap!

    ReplyDelete
  5. Cik Nur ada tanam pokok roselle sendiri... lagi baik kan buat jus sendiri... musim sekarang ni memang elok sgt minum air camni... asyik kering tekak je...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade la sepokok dua je kat halaman rumah tue..hihi..
      musim pns nie memang rasa dahaga sangat2 kan :-)

      Delete
  6. wah..nampak sedap sangat air Rosselle ni Nur.. akak tak pernah minum lagi.. cuaca panas ni dapat minum mesti best... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak rasanya...masam-masam sikit...rasa macam air ribena..hihi..

      Delete
  7. Buat homemade ni memang bagus. Dapat jimat kos :-)

    ReplyDelete
  8. nampak sedap laa pulak! terliur dah

    ReplyDelete
  9. memang sedap roselle nie... idah dulu pun pernah buat jus juga... tapi skrg nie pokok tu dah KO... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur pun ade sepokok dua je kat umah...nie dah musim panas takut KO gak pokoknya nanti..hihihi..

      Delete
  10. macam air sirap.. tak pernah minum pun.. cuaca panas mmg kena sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tau nie Fiza..rasa macam ribena..masam-masam sikit...

      Delete
  11. kasi air pagi petang... :D insyaallah... idah doakan dia panjang umur yer... hik3x...

    ReplyDelete
  12. sedap air ni...mak penah buat dulu..sy nak buat gak tapi pokoknya dah mati..huhu

    ReplyDelete
  13. baru tau cara pembuatan sirap roselle ni.
    Memang menarik dan penghilang dahaga, kena pula time panas sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang hilang dahaga minum roselle nie ^-^

      Delete
  14. senang kan kan.. plus pokok rozel ni sngt senang nak tumbuh n cepat berbuah..
    lepas tu buah rozel hasil kena jerang tu boleh buat jem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah...rupanya roselle nie macam2 boleh buat...buat halwa,jem pun boleh kan..
      tapi Cik Nur tak pandai buat semua tue lagi..hihi...nanti lain kali mungkin :-)

      Delete
  15. sha tak boleh minum air banyak, sebab sha tak boleh urinated... tapi bila musim panas camni minum air roselle ni tak boleh stop.... lagi sedap dari ribena....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke...klu cmtu jgn minum bnyk2 sngt tau...minum sikit2 je..
      tapi tue lah kan,air roselle nie sedap...kalau sejuk lagi sedap.. :-)

      Delete
  16. Nak tanya, bunga roselle ni putik buah naga ke?? Serius ena teruja tengok bunga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo bukan...
      roselle nie dia ada pokok dia..
      bila pokok nie dah berbunga,bunga dia dah agak matang baru boleh petik bunganya..
      biasanya satu pokok tue banayk jugak la bunganya.. :-)

      Delete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts