Jom Ikut

Jun 30, 2014

Jodoh Pasti Bertemu..hihihi...

Assalamualaikum


Alhamdulillah,hari nie dah masuk hari kedua berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia..Mesti semalam semuanya seronok kan.Iye la,dapat berbuka bersama-sama dengan keluarga.Puasa pertama jatuh pada hari cuti,Ahad..Biasanya waktu bulan ramadhan la masa bersahur & berbuka puasa kita dapat berkumpul bersama keluarga.Kalau tak masing-masing sibuk dengan urusan dan kerja masing-masing.

Cik Nur pun semalam dapatlah berbuka bersama dengan kakak,abang ipar dan anak-anak buah.Tiap-tiap tahun memang kami berenam je la yang ada kat umah nie.hihi.

Walaupun jauh di sudut hati ini,terlalu rindukan arwah mak & arwah abah..Rindu nak bersahur & berbuka puasa bersama mereka.Tapi,nak buat camne kan,bukan takdir Cik Nur nak rasai suasana tue lagi..Semoga mak & abah tenang di sana.In Shaa Allah :-)

Petang semalam Cik Nur pergi ke bazaar ramadhan.Sebelum pergi tue dah ingatkan diri sendiri dah supaya jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi.Harapan apa plak tue???Harapannya ialah Jangan nak berharap sangat yang makanan wajib yang kamu mesti beli tue dah ada di jual ye..Biasanya hari pertama tak ramai lagi yang menjual kat bazaar kan..

Bila Cik Nur sampai kat bazaar tue,memang betul la.Makcik & kakak yang jual juadah kegemaran Cik Nur tue takde lagi.Setiap tahun memang beli juadah favourite nie kat mereka.Memang ingat dah dalam cip kepala nie wajah-wajah mereka..hik..hik..Tapi,semalam belum rezeki..huhuhu...takpelah,hari lain ada lagi kan.. belum jodoh kita untuk bertemu wahai kuih..*pujuk hati sendiri..huk..huk*





Cik Nur waktu berbuka memang tak makan nasi.Makan kuih-muih dan makanan yang goreng-goreng je.
Sahur baru makan nasi.Tiap kali berbuka puasa Cik Nur mesti nak makan kuih-kuih nie,dan biasanya kuih-kuih nie waktu bulan ramadhan je la yang senang nak jumpa.Kalau hari biasa susah sikit..

4 jenis kuih wajib ada dalam menu berbuka puasa Cik Nur :-)

*
*
*
*
*
*
*
*





Petang nie nak pergi bazaar lagi.Mane tau kalau makcik & kakak tue dah berniaga kan..Kalau takde jugak,kena cari mereka nie kat FB,IG,Twitter...nak tanya ''makcik,akak,kenapa dah tak meniaga kuih lagi..kat mane saya nak cari kuih yang sedap lagi...'' ^-^

Kalau betul la dah tak berniaga,maknanya Cik Nur kena try and error la dari gerai ke gerai nak cari  kuih-kuih di atas nie yang mana sedap dan memenuhi citarasa tekak Cik Nur nie..

*** wahai kuih,harap kita berjodoh..wish me luck ye ^-^


16 comments:

  1. Salam ramadhan dan selamat berpuasa Nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan & selamat berpuasa juga kak :-)

      Delete
  2. saya pun rindu nak berbuka puasa dan bersahur bersama arwah mak...rindu rendang tok dia.. x sabar tggu raya nak pi ziarah kubur mak..hmm...semoga mereka tenang di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu kan...iye,semoga mereka tenang di sana..amin.. :-)

      Delete
  3. semoga sampai hajat cik nur ... selamat menjalani ibadah puasa .

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. 4 jenis kuih yang cik nur letak gambar tue..hik..hik..

      Delete
  5. Haha... kelakar ciknur ni.... dengan kuih pun kemain cintan cintun ye.... Sha berbuka dengan suami je... tak sempat nak makan kuih... bazar jauh... sedeyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...
      xpe klu x dapat pergi bazaar...janji dapat berbuka dengan suami tersayang..itu pun dah cukup selera nak makan.. ^-^

      Delete
  6. kuih apa yg dicari tu..:)

    akak anak beranak pulak jenis tak makan kuih muih..terus makan nasi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih cara berlauk,popiah basah,roti jala & pulut serunding kak...
      klu tak dapat makan kuih-kuih nie x lengkap rasanya..hihi...

      Delete
  7. 'menyentuh jiwa' bila tengok kuih-muih tu semasa sedang puasa ni:)

    ReplyDelete
  8. makin mahal harga makanan kat bazar.
    beli lauk seplastik kecik dah rm30.

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts