Baru-baru nie,Cik Nur jenjalan kat Space U8..Niat utama ke sana nak cari bawal plain yang murah..
Memang murah pun..Rm 5 sehelai..Kalau beli online pun harga boleh dapat rm 5 sehelai jugak..Tapi, nanti ada tambahan rm untuk caj pos kan..hihihi....
Dah penat memilih tudung bawal yang ada bermacam warna tue,Cik Nur singgah solat sebentar.Kalau datang ke Space U8 nie,Cik Nur memang suka solat kat sini.Surau kat dalam Space U8 nie memang cantik & selesa sangat.Selesai ambil Wudhu,Cik Nur pun cari telekung di ampaian yang disediakan.
Ternampak telekung yang berwarna kat situ.Cik Nur rasa macam nak pakai telekung tue.Cik Nur pun ambil la yang berwarna hitam..Selalu memang pakai telekung putih je..Pertama kali memakai telekung tue,rasa selesa pula.Telekung nie besar,labuh dan rasa sejuk je..
Hati Cik Nur nie mulalah nak pergi cari telekung yang macam nie.Sejak akhir-akhir nie memang ramai yang memakai telekung berwarna nie kan.Telekung Lycra kalau tak silap Cik Nur.
Apabila hati dah berbunga-bunga nak membeli telekung Lycra berwarna nie,Cik Nur pun meng'Google' la tentang telekung nie..Wahhh...memang ada macam-macam warna..Cantik-cantik pula tue.Niat di hati memang nak beli dah..Tapi...........Cik Nur terfikir seketika,boleh ke memakai telekung berwarna ketika solat...Cik Nur pun meng'Google' la lagi tentang kemusykilan Cik Nur nie..
*
*
*
*
*
*
*
*
''Mengenai soalan telekung pula,
sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni
dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam
tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam
juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam
solat.
Haram
jika mahu menunjuk-nunjuk
Penggunaan telekung adalah
sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat
kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh
lelaki dalam solat.
Pada asalnya telekung adalah
berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari
ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.
Hukum asalnya adalah harus
menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan
mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak
serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang
perlu ditegur di sini.
Apakah tujuan si pemakai
telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain
maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak
dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak
ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.
Kalau pemakainya ikhlas dan
tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka
sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.
Dalam solat berjemaah kita
hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian
walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka
dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.
Kepada wanita yang memakai
telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang
lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya
tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada
tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan
kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan
sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu. "
koleksinya sangat indah dan menarik ya :)
ReplyDeletecantik telekung tu cik nur.. kain lycra selesa dipakai.. berapa harga sepasang telekung tu cik nur?
ReplyDeleteselesa & labuh...kalau solat tak perlu risau andainya kaki terselak ke apa kan..hihihi..
DeleteNur beli nie rm 50 je Aiza...Nur beli dekat Giant Kota Damansara..Yang ada kedai2 kecik kat tepi2 tue.. :-)
p.s: baru perasan blog cik nur berwajah baru.. cantik template baru ni.. :D
ReplyDeletetrima kasih...cantik ke...Nur tak pandai sngt bab2 edit blog nie...hihi...
DeleteAkak memang minat telekung lycra bewarna ni..cantik kan..
ReplyDeletebetul tue...memang cantik... :-)
Deleteyg penting kan niat kita tyu ikhlas utk beribdat bukan sebab lain !
ReplyDeleteye...itulah yang paling utama..niat beribadah kerana Allah.. :-)
Deletesaya suka putih , suci jer nampak ketika solatkan,
ReplyDeletemmg telekung lycra nie cantik mcm2 wrn ada...
yg penting niat kita diterima olehnya...insyaallah
in shaa Allah :-)
Deletekalau solat kat rumah, nak tunjuk kat sape? hehe :p yg best nya telekung bewarna ni tak jarang. Skang ni famaous lycra la. Tapi sy beli cotton viscose, selesa sejuk je :)
ReplyDeletehihi...a'ah tak jarang...labuh & selesa :-)
DeleteKalau warnanya gelap ok kot Nur... sebab kalau yang warnanya cerah skit tu... ermm... kadang2 tu.. sampaikan tali bra pun boleh nampak kesannya tengok dari luar... idah ada juga satu.. tapi tak berani nak pakai kat luar... pakai kat rumah jer...
ReplyDeletea'ah kan...klu warna terang tue ragu2 juga nak pakai...sebab tue Nur beli warna yang gelap..hihihi..
Deletecantiknyer telekung tue...kunjungan pg jumaat
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah sini..salam jumaat juga :-)
ReplyDelete