Jom Ikut

Mar 31, 2014

JF Crew...Main Futsal Sesuka Hati Jer..

Assalamualaikum

JF Crew..Apa tue..JF Crew?? Tak pernah dengar pun..Tak tahu pun..hihihi..JF Crew tue sebenarnya nama gabungan untuk family group Cik Nur..J tue membawa maksud Jasmin (nama arwah atuk kami)..
F tue pula,maksudnya Family..Apabila sepupu sepapat dapat idea mereka gabungkan J & F jadilah JF Crew...

Baru-baru nie,dalam sejarah hidup Cik Nur,Cik Nur main futsal tau.Seumur hidup tak pernah main futsal pun. Al-maklumlah,Cik Nur nie penakut bola sebenar-benarnya..hihihi..

Nak dijadikan cerita,sepupu sepapat Cik Nur la yang rancang nak main futsal nie ramai-ramai.Nak cukupkan  geng katanya,Cik Nur pun main la sekali.Tapi kami bukan main beriya-iya sangat pun..




Memandangkan ini program pertama JF Crew,kami bermain futsal nie secara sesuka hati jer..hik..hik..
Tiada siapa yang menang ataupun kalah.

Penat jugak main futsal nie ye.Walaupun Cik Nur takdelah selalu dapat sepak bola tue pun..Tapi disebabkan berlari ke sana ke mari..Tue yang penat..huhuhu..Walaupun penat tapi seronok.. :-)






Yang berbaju biru seluar pendek hitam tue, Pak Usu Cik Nur..Memang hebat main futsal.Bola tue macam melekat je kat kaki dia.Walaupun umur Pak Usu tue dah 50-an tapi memang tenaga bermain futsal tue, memang dashyat la..hihi...Ye la,orang dah biasa main bola kan.Masa muda-muda dulu bersusun piala bola sepak yang Pak Usu dapat..Cayalah Pak Usu...


Dah penat-penat main futsal tue,dah membakar lemak konon-kononnya...Kemudian kami pergi pula ke......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Makan...Apa lagi...Hahahaha...Salah konsep nie..





Cik Nur + Sepupu + Anak Buah + Pak Usu + Pak Uda = JF Crew


Sebenarnya ramai lagi ahli keluarga Cik Nur yang lain.Tapi masing-masing ada urusan yang tak dapat di elakkan..Lain kali kita kumpulkan semuanya ye.. :-)

10 comments:

  1. Makan tu bukan aper Nur untuk menjana semula tenaga yang hilang dan juga menambah kembali lelemak yang telah pecah bersepai... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelemak yg telah pecah bersepai...hihihi...pastu tambah semula lelemak berkilo2...haha

      Delete
  2. wah.. bagus aktiviti begini cik nur.. dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.. aiza tak pernah lagi mencuba main futsal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur pun first time main futsal..penat gak la..huhuhu...

      Delete
  3. seronoknyer bersama keluarga mcm ni... KA bab2 futsal mmg faillah hehehe

    ReplyDelete
  4. mmg seronok dpt berkumpul ramai2...Nur pun x reti main...bnyk sepak angin je dari sepak bola...hihihi...

    ReplyDelete
  5. Menarik sungguh aktiviti macam ni...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. x terror mana pun...bnyk sepak angin dr sepak bola...hihihi...

      Delete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts