Jom Ikut

Apr 21, 2014

Geng Badminton

Assalamualaikum

Selamat petang Isnin semua.Cepat betul masa berlalu kan.Pejam celik pejam celik dah masuk minggu baru.Hari isnin je mulalah penyakit 'M' pun datang melanda.Dah seronok cuti hujung minggu..ngee ^-^

Cerita tentang hujung minggu nie,selalunya macam-macam aktiviti yang kita boleh buat.Nak nya kalau ramai kengkawan.Panjang la langkahnya.hihihi..

Sekarang nie setiap Jumaat malam,Cik Nur ada aktiviti baru tau.Nak kata baru tue tak la jugak.Aktiviti nie Cik Nur buat dari hujung tahun 2013 lagi.***Aktiviti Bermain Badminton***

Ye la kan,kita dah penat bekerja dari Isnin hingga Jumaat.Makanya waktu hujung minggu macam nie lah kita boleh buat aktiviti bermain badminton.Masa nie lah kita boleh hilangkan segala tekanan yang ada tau.Stress kerja,kena marah dengan bos,dan macam-macam lagilah..hik.hik..

Masa pertama kali nak buat akitiviti nie payah jugak.Faham-faham la,dah lama meninggalkan aktiviti nie. Last main badminton pun waktu sekolah dulu.Nak cari momentum tue semula agak susah..Malam lepas main badminton tue sakit-sakit satu badan.Agaknya tulang-tulang Cik Nur tue terkejut kot........
hahaha..Tapi sekarang nie bila dah selalu bermain,dah rasa ok dah.Tak rasa sakit lagi dah.





Pertama kali datang sini,Cik Nur malu jugak.Court badminton kat sini besar.Ade lebih 20 court kalau tak silap.Bila Cik Nur tengok ramainya orang mula lah dok fikir,alamak macam mana nak main nie,dah la tak reti sangat,kang tetiba shuttlecocks tue terbaling kat court orang sebelah ke,raket tercampak ke,aduhhh kan malu tue.

Tue semua reaksi kali pertama je,lepas tue dah tak heran dah.Main je sesuka hati.Lagipun Cik Nur dan kengkawan bukannya nak main badminton nie untuk masuk pertandingan ke apa,kitaorang main hanya suka-suka je.Kadang-kadang tengah kitaorang dok main tue,tetiba shuttlecocks orang sebelah masuk kat court kitaorang,maknanya Cik Nur tak payah la nak segan-segan sangat kan.Ada la orang lain yang main macam Cik Nur jugak.Pergi ke court jiran sebelah..hahahaha..






Tengah bermain pun boleh bergelak ketawa,buat lawak...hahaha..dasyat..hihihi...




Yang nie,tengah tunggu shuttlecocks tak turun-turun.Takkan tersangkut kot.Kalau kat halaman rumah tue biasalah kan.Tersangkut kat atas bumbung..hahaha...




Yang nie memang acara wajib.Lepas main badminton,ramai-ramai menuju ke kedai makan.Dah banyak tenaga yang dikeluarkan masa main badminton tue,maknanya kita perlu 'topup' semula tenaga yang hilang tue..hahaha...





Memang seronok bermain badminton nie ramai-ramai.Biasanya kitaorang main badminton nie 2 jam.
1 jam caj Rm 22.Kiranya ok la kan,boleh kongsi-kongsi bayar.Ye tak..hihihi...


***Sesiapa yang nak bermain badminton tue tercari-cari court badminton yang best,kemudahan yang lengkap dan selesa boleh la datang kat sini ye...klik sini Tropicana Badminton

18 comments:

  1. seronoknyer... KA pun suka badminton ni tapi bermusim hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. main beramai2 mmg seronok..hihihi...

      Delete
  2. bersukan yer nur bagus tue..jg kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersukan sambil menghilangkan stress kerja..hihi..

      Delete
  3. salam perkenalan nur..lya singgah trus follow cne.tq sudi menyinggah blog lya..best kan kalau dapat kuarkan peluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm kenal juga lya..trima kasih sudi singgah sini...memang best,ramai2 kan..berjogging mcm lya,Nur belum buat lagi..next time..hihi...

      Delete
  4. nanti boleh la nak ajak freindly yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh...boleh...tp klu geng Arz terror sngt,Nur tarik diri la..hihi...

      Delete
  5. kat sg. buloh ey.. patut la court tu mcm pernah tgk jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tsb sg.buloh..hihi...
      selalu main kat sini ke..nnti bleh main same2.. :-)

      Delete
  6. Seronok main kalau ada geng...kak sarah kalau hari cuti..lepak kt rmh ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur main badminton nie pun sebab kwn2 yg ajak kak..klu nak harap nur sorang2 mmg duk umah je la..hihi...

      Delete
  7. seronok main badminton ... dulu time single mingle tiap-tiap petang main badminton juga, boleh slim ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke...hihihi...skang nie pun boleh main badminton ngan family...lg best kot..hihi

      Delete
  8. Seronokknyaaa...dah tua2 ni mesti pancit saya nak main badminton hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nur mula2 dulu pun sakit2 satu badan...tapi bila setiap minggu main badminton nie,dah ok dah...hihi...

      Delete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts