Jom Ikut

Jul 22, 2014

Rindu...Rindu..Rindu Sangat

Assalamualaikum

Hai semua.Diharap kawan-kawan sihat-sihat belaka hendaknya.

Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.Sedih pula rasanya..

Raya pun dah makin dekat.Mesti uollsss sibuk buat persiapan raya kan..

Cik Nur dah siap semua dah.Minggu lepas dah beli baju kurung siap 2 pasang.Nak cari baju nie pun satu hal,bila dah berkenan dengan yang nie saiz pulak takde.Berkenan dengan yang tue,warnanya pulak takde stok..Agaknya memang pembuat baju-baju nie tak buat baju saiz XS nie banyak-banyak sikit ye...grrrrrrr

Makin raya nak dekat hati Cik Nur rasa makin terusik.Memang satu perasaan nie setiap tahun dia akan duduk dalam hati Cik Nur.Nak elak pun tak boleh.Perasaan apa tue ye Cik Nur?????


Perasaan R.I.N.D.U...................................................................................


R.I.N.D.U
*
*
*
*
*
*
*


Rindu nak kacau mak masa dia menjahit langsir guna mesin jahit Singer yang pakai kayuh kaki tue...

Rindu nak pergi kedai ikut mak beli barang-barang nak masak...

Rindu nak pergi beli baju sama-sama dengan mak...

Rindu nak buat biskut raya  tiap-tiap malam 10 hari sebelum raya dengan mak..

Rindu biskut Dam mak yang sedap tue...

Rindu rendang,nasi impit,kuah kacang mak yang super sedap...

Rindu nak jerit mak kat dapur nak bagitau ''mak,pakcik kat tv nie cakap lusa raya''

Rindu nak salam mak...

Rindu nak peluk mak...

Rindu nak cakap ''Mak Selamat Hari Raya,nak duit raya"



googles


***************************************************************************************************************

Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku

Rindu aku sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku.......




Dulu semalam pergi membersihkan pusara arwah mak.Semoga mak ditempatkan pada golongan hamba-hambaNya yang beriman..Tak lupa juga pada mangsa-mangsa MH17 & juga pada rakyat Palestin.

-Al-Fatihah-







6 comments:

  1. Al Fatihah,, jangan sedih-sedih ye ...

    ReplyDelete
  2. semoga arwah mak cik nur ditempatkan dikalangan golongan yg beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..in shaa Allah..terima kasih :-)

      Delete
  3. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga KA...semoga beraya dengan gembira di samping keluarga :-)

      Delete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts