Nampak sedap tak kek kat atas tue...Cik Nur buat minggu lepas.Dah lama rasanya tak membaking Penyakit 'M' menjadi-jadi.hik..hik..Cik Nur suka makan kek.Tak kiralah kek apa pun..Semua Cik Nur ngappp....Rasanya semua dah tahu kot resepi nak buat kek coklat macam kat atas nie.Cuma yang kadang-kadang berbeza sedikit tentang bahan yang digunakan untuk membuatnya je..
Cik Nur sebenarnya nak kongsi satu resepi kek coklat yang simple sangat.Simple tapi sedap.Kalau Cik Nur buat kek,mesti guna resepi nie.Resepi nie dapat dari MyResepi.Tetapi Cik Nur ada ubah sedikit ikut citarasa sendiri.Kek nie moist sesangat ^-^
Jom tengok resepinya .........
2 biji Telur
1 cawan Minyak Masak
1 cawan Gula Pasir ( perlu blend halus)
1 cawan Gula Perang (brown sugar)
1 kotak susu coklat Dutch Lady
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
sedikit / hujung sudu soda bikarbonat (kalau banyak sangat,nanti kek jadi pahit)
***4 bahan di atas ini perlu di ayak dahulu dan dicampur bersama kedalam satu bekas
Nie cawan yang Cik Nur guna untuk sukatan
Yang nie sudu yang Cik Nur guna untuk sukatan..Nie sudu KFC tue je
Cara-caranya ............
Pukul telur hingga kembang (guna handmixer)
Masukkan gula halus,dan pukul lagi (guna handmixer)
Masukkan gula perang,dan pukul lagi (guna handmixer)
Kemudian,masukkan minyak masak -(mula mengacau guna senduk,tak perlu dah guna handmixer)
Kemudian,masukkan bahan-bahan ayak tadi.Masukkan secara sedikit demi sedikit dan di selang selikan dengan memasukkan susu coklat tadi sedikit demi sedikit juga (sambil masukkan,sambil tue terus kacau perlahan-lahan)
Masukkan esen vanilla
Gaul rata hingga semua bahan sebati
Sapukan sedikit minyak di keliling loyang,dan alas kertas minyak pada loyang
Masukkan adunan yang dah siap tadi ke dalam loyang
Sebelum itu,panaskan pengukus terlebih dahulu lebih kurang 15 minit
Selepas itu bolehlah masukkan loyang adunan ke dalam pengukus
Kukus selama 1 jam dengan api yang sederhana ( api jangan besar sangat,nanti kek akan merekah )
Biarkan kek sejuk,barulah keluarkan dari loyang dan bolehlah mula menghias kek
Kalau kek nie ada topping lagi sedap kan ^-^
Resepi topping kek.........
Serbuk koko
Susu pekat manis
Minyak masak
Coklat urai
Cara-caranya.........
Masukkan minyak,serbuk koko dan susu ke dalam periuk,dengan api paling kecil panaskan sampai bancuhan tadi nampak mencair sedikit.Yang nie kena pandai-pandai adjust la.Nak manis lebihkan susu.
Kalau nak nampak topping tue cair dan berkilat lebihkan minyak sedikit.
Dah siap bancuhan topping tadi bolehlah di tuang rata ke atas kek yang dah sejuk tadi.Ikut suka hati nak letak topping nie kat seluruh kek ke,nak letak kat atas kek je ke.Tak kisah.Lepas letak topping,boleh juga hiaskan dengan coklat urai,ceri atau apa-apa saja ^-^
Nie antara koleksi gambar kek yang Cik Nur buat ^-^
wahhhhh...sedapnyerrrrr...! Lg2x kek coklat-my mom minat no dgn kek coklat... kena try ni..! thnx ye nur =D
ReplyDeleteboleh la buatkan tuk mak nnti ^-^
ReplyDeleteFiza ambil yer resipi nie.. mmg npk senang.. barang pun dah ada..
ReplyDeleteambil la :-)
DeleteNur pun dapat resepi nie dari Myresepi..yang penting kek nie mudah nak buat..hihi
mmg sedap kek nie..
ReplyDeletesaya pun suka buat,resepinya mudah je..
nampak pun terliur dah tu..hihi
memang mudah kan..hihi..
DeleteNur kalau kek yang susah2 tue x pandai nak buatnya :-)
wahhh sedapnya.. terus rasa nak buat...
ReplyDeletebuat jgn tak buat..hihi
DeleteYa Allah Cik Nur.. Meleleh tengok. Yumyum.. hihi. Nak try buat jugak nanti. Penyakit M jugak ni. hihihi.
ReplyDeletenie kek paling mudah nak buat...naknya klu penyakit M sering melanda..hihi
Deletewow kek memang sedap tambah pulak kek coklat. paling saya suka kek batik hahaha
ReplyDeletekek batik mmg sedap ^-^
DeleteWah nmpk sedap kek coklat...nyum2
ReplyDeletenyum..nyum...hihi...
Delete