Jom Ikut

May 27, 2014

Ajal 3 Hari Sebelum Nikah

Assalamualaikum

Pagi-pagi nie Cik Nur dah rasa sedih sangat-sangat.Tadi terbaca berita tentang kematian anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya semalam.

Yang menambahkan lagi kesedihan di hati Cik Nur nie ialah sepatutnya arwah akan mendirikan rumahtangga pada hujung minggu ini.

Al-Fatihah buat arwah...




Bagan Serai: “Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan.”

Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.
 

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya. 

Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.

“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.

“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini,” katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya. 
“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.

“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.

sumber berita : Berita Harian

14 comments:

  1. Takziah kepada ahli keluarga Lan Koperal.Semoga dia ditempatkan ditempat orang yang beriman.Harap tunang dia kuat.

    ReplyDelete
  2. Sedih sangat.. salam takziah buat keluarga dan al-fatihah buat mangsa..

    ReplyDelete
  3. Memang sedih bila baca ni... dekat2 kenduri, begini plak jadinya... Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  4. semoga arwah di tempatkan pada golongan hamba-hambaNya yg beriman..
    semoga tunangnya tabah dan redha hadapi dugaan yg berat ini...

    ReplyDelete
  5. sedih baca cerita ni tp ajal maut di tangan Allah, nur....
    thanks singgah blog saya...berbalas kunjungan & follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tue..Allah Maha Mengetahui..
      tq sebab sudi singgah sini ^-^

      Delete
  6. sedihnya mendengar kisah nie..jodoh ajal dan maut semua di tangan tuhan..sebaik kita merancang Allah yang akan menentukan..Dapat Lya rasakan betapa kesedihan yang di tempuhi tunangnya.

    ReplyDelete
  7. Sedih sangat bace kisah macam ni.
    Tapi, geram pada penjenayah tu. Tangkap cepat & hukum gantung sampai mati bagi pengajaran kat sume penjenayah lain!

    ReplyDelete
  8. Semoga rohnya di tempatkan yg terbaik di sisi Allah Taala...Amin

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts