Jom Ikut

Nov 13, 2013

Berdua Lebih Baik

Haa jangan salah andaian ye bila tengok tajuk entry nie,berdua lebih baik. Berdua lebih baik bukan bermaksud  yang Cik Nur nie dah ada teman pengganti ye.huhuhu..Cik Nur nak cerita hari ahad punya kisah.Malam sabtu tue BFF Cik Nur sms ajak teman dia pergi kenduri kawen.Ahad tengahari tue lam kul 12.15 kitaorang dah gerak pergi kenduri tue.Kenduri tue dekat je.BFF Cik Nur kata dia sangat lapar,tue yang pergi awal tue..hihihi..

Lepas makan,(kami tak tunggu pengantin pun) dah tak tau nak pergi mana. Nak balik rumah macam awal lagi.So,Izan ajak la pergi jenjalan.Nak jenjalan pun tak tau nak kemana.. Adoiiii..At last Izan drive je kereta dia.Dah separuh perjalanan tue Izan kata jomlah kita pergi Putrajaya.Cik Nur ikut je.

Bila sampai Putrajaya dah pukul 2 lebih.Kitaorang decide nak singgah Masjid Putra nak solat Zohor.Dan inilah kali pertama Cik Nur sampai sini.(kesian kan, orang lain dah banyak kali datang sini).Masuk dalam masjid nie tenang je rasa.Pelancong asing pun ramai kat sini.






Lepas solat,kitaorang pun jenjalan la kawasan berhampiran masjid tue. Jenjalan situ kejap je,sebab cuaca tak mengizinkan.Hari nak hujan.










































Kitaorang buat keputusan nak pergi tengok wayang.Tengok wayang bukan kat Alamanda.Kalau tengok kat situ mesti ramai orang.On d way nak balik tue,kitaorang singgah la Space U8. Biasanya kalau kitaorang nak tengok movie datang sini je.Sebabnya kat sini orang tak ramai sangat.Pastu tak payah nak beratur panjang beli tiket.Dalam panggung pun kadang-kadang boleh kira berapa ramai je penonton.






Tengok cerita Carrie.Cik Nur rasa cerita Carrie nie tak best sangat la,tak power sangat.Tapi tak tahulah pendapat orang lain yang tengok cerita nie kan.





Sampai umah dah malam.Tengok orang kat umah tengah  makan ayam KFC.Cik Nur pun tumpang la sekaki..hik..hik..Sedap la ayam Crazy Crunch nie..



2 comments:

  1. Wahhh..cerita Carrie tuu..teringin nak pi tengok..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cpt-cpt g tengok..salam perkenalan dik :-)

      Delete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts