Jom Ikut

Feb 25, 2014

Selamat Ulangtahun Mak

Assalamualaikum

Nur sayangkan dia...Terlalu rindukan dia..Hari-hari yang dilalui sepi tanpa dia..Tiada lagi tempat untuk mengadu..Tiada lagi tempat untuk Nur bermanja..Mahupun tempat untuk bersandar bahu..Tiada peluang untuk berkongsi kisah sedih dan gembira bersama-sama..Tiada peluang juga untuk dia melihat Nur membesar dan dewasa...

Tiada siapapun yang boleh menggantikan tempat dia di dunia ini...Dialah yang terbaik dan anugerah terindah yang Allah pinjamkan untuk Nur..Walaupun untuk seketika..Dialah yang melahirkan Nur,
memberi susunya pada Nur,membesarkan dan menjaga Nur sebaik yang mungkin..

Disaat diri Nur baru mencapai usia yang ke-15 tahun,dia pergi meninggalkan Nur untuk selama-lamanya.Disaat diri ini baru mengenal erti dunia,dia pergi tanpa kembali lagi..Perginya tiada ganti..Nur sayangkan dia.. Tetapi,Allah lebih menyayangi dia..

Mak,maafkan diri anakmu ini kerana tiada peluang dan kesempatan untuk menyambut Hari Ulangtahun Kelahiranmu..Tak sempat untuk memberi mak hadiah mahupun kek dengan duit gaji pertama Nur bekerja..Tak sempat untuk meraikan ulangtahun mak walaupun sekali..Walaupun sebenarnya jauh disudut hati ini yang Nur pernah menyimpan hajat untuk memberikan hadiah ulangtahun yang paling bermakna untuk mak,apabila Nur dah tamat sekolah,dan dah bekerja.Nur tak sempat mak... :-(


Setiap kali tibanya tarikh 25 Februari...Hati ini pasti berasa sayu dan sedih..Perasaan rindu ini hanya Allah saja yang tahu.

Mak,hanya doa yang mampu anakmu kirimkan..Semoga mak tenang disana dan ditempatkan digolongan hamba-hambaNya yang beriman.Ya Allah,ampunilah segala dosa-dosa ibuku..   Tempatkanlah dia di Syurga..Amin..

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-72 mak.


Al-Fatihah...






arwah mak yang berbaju & bertudung merah tue...




12 comments:

  1. terasa sebak aiza membaca entri cik nur ni.. al-fatihah.. semoga roh mak cik nur dicucuri rhmat oleh Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.. ayah aiza pun dah 19 tahun meninggal dunia.. sesekali bila teringatkan ayah terasa sebak..

      Delete
  2. al-fatihah. semoga roh bersama dgn orang2 beriman dan tenang disana

    ReplyDelete
  3. amin,,,semoga ditmptkan gol org yg beriman ..

    ReplyDelete
  4. faham perasaan Nur sbb auntie jugak telah lama kehilangan emak..

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah
    bufday mak saya pun bulan 2 juga...
    27hb 02...semoga ditempatkan di dlm golongan org2 beriman

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts