Jom Ikut

Jan 6, 2014

Alahai Nasib Si Lembu

Assalamualaikum






KULIM -Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang,Lunas dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini,” kata Chin.-Kosmo 05/01/2014

Macam-macam orang buat zaman sekarang nie.Nasib la Si Lembu.Kesian di sumbat dok dalam tue ramai-ramai (eh,betul ke penggunaan ayat ramai-ramai nie..hihihi)


14 comments:

  1. Kesian binatang tu...kejam sungguh..:( :(

    ReplyDelete
  2. Hish, apa la manusia ni, mmg dah mcm otakmkat lutut kan mencuri lembu, lepastu menyeksa pulak si badan empunya lembu. Kesian lembu2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesian...4 ekor disumbat lam tue..huhuhu

      Delete
  3. kesian lembu tu, mcm mana ya
    sampai 4 ekor boleh masuk dlm kereta ..
    pening2

    ReplyDelete
  4. Dasyat betui sipenyamun ni....kuat depa angkt lembu tu.

    ReplyDelete
  5. ingatkan time nak raya haji ja byk kes lembu dicuri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal kak :-)
      zmn sekarang dah tak kira..asal sempat je.huhuhu

      Delete
  6. kasihan lembu tu cik nur.. orang yang bunat tu memang tak berperikemanusiaan langsung.. terseksa lembu terpaksa bersesak kat dalam tu..

    ReplyDelete
  7. Iskhh... kesiannya lembu tu.. nasib bernyawa lagi... :)

    Ce kita peruk orang tu kat dalam boot keta tu hmmm baru dia tau...

    ReplyDelete
  8. tue la pasal..kesian sungguh kat lembu2 tue..nasib baik sempat diselamatkan :-)

    ReplyDelete

TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^

Popular Posts