Jom Ikut

Aug 23, 2014

Ceritera C.I.N.T.A...7 Syawal...

Assalamualaikum







Alhamdulillah.......

7 Syawal yang lalu sekuntum bunga telah di intai oleh seekor kumbang..hihihi...

03/08/2014 hari  Ahad bersamaan 7 Syawal,Cik Nur telah dirisik oleh seseorang. ^-^

Seminggu sebelum raya tue Encik A ada menyatakan hasrat dia untuk merisik Cik Nur.Kata encik A lagi keluarganya nak datang beraya & merisik sekali.Setelah kedua pihak bersetuju,7 syawal menjadi pilihan untuk majlis merisik.


Lebih kurang jam 2.30 petang,rombongan keluarga Encik A pun sampai di rumah Cik Nur ^-^

Pak Usu adik kepada arwah mak telah menjadi wakil bagi pihak perempuan ^-^





Berbual antara keluarga encik A & keluarga Cik Nur ^-^


\



















Keluarga encik A = "si bunga dah ada yang punya ke,kalau belum kami nak memetik''

Keluarga Cik Nur = ''bunga kami belum ada yang punya,kalau betul-betul berkenan,boleh lah dipetik''


Bunga...Kumbang...Bunga...Kumbang...
Nak berpantun masing-masing tak pakar,sudahnya asyik bunga dan kumbang je lah ayat-ayat klasik yang keluar..sudahnya masing-masing ketawa gembira,lucu pun ada kot..hehehehe...Cik Nur kat dalam bilik tue menahan ketawa je lah..kang kalau Cik Nur gelak terbahak-bahak,dengar bakal mak mertua lari pulak mak mertua bersama rombongannya nanti..hehehe...















Pak Usu menerima cincin risik dari keluarga encik A..Pak Usu memberikan cincin risik tue pada kakak Cik Nur dan kemudian di berikan pada Cik Nur ^-^












Bergambar bersama bakal ibu mertua & keluarga encik A...In Shaa Allah ^-^










































Bersama dengan makcik,sepupu & anak buah Cik Nur ^-^






























Bergambar beramai-ramai sebelum rombongan raya & risik encik A pulang ^-^












Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan baik dan lancar.Terima kasih pada keluarga encik A kerana sudi datang.Terima kasih juga pada kakak,pakcik & makcik Cik Nur yang banyak membantu..


Encik A,terima kasih kerana awak sudi merisik saya.Terima Kasih kerana awak menyayangi saya seikhlas dan seadanya.Terima Kasih atas hadiah hari raya yang paling bermakna buat diri saya ini.

In Shaa Allah,akan ke langkah yang seterusnya selepas ini.Doakan Cik Nur ye ^-^


Aug 12, 2014

Ceritera Raya 2014...Raya Kan Sebulan....

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua..

Minta ampun,minta maaf..Dah  lama Cik Nur tak update blog.Mesti ramai yang kecewa bila singgah sini takde entry baru yang nak di baca..Mesti uolls hentak-hentak meja kan sebab frust takde entry baru Cik Nur...(perasan sangaattt kamu nie Cik Nur)..hik..hik..

Biasalah lepas raya nie,penyakit 'M' makin menjadi-jadi pulak.Sebenarnya banyak juga cerita yang Cik Nur nak kongsikan dengan semua..Nanti Cik Nur cerita satu persatu ye..Harap jangan jemu nak baca tau ^-^

Raya kali nie Cik Nur rasa gembira lebih sikit sebabnya tahun nie giliran Kak Ngah,kakak Cik Nur beraya dulu di sini sebelum balik ke kampung suaminya..Tahun nie pun giliran semua pakcik,makcik,sepupu sepapat Cik Nur beraya di sini juga.Rumah Cik Nur nie sebenarnya dekat-dekat je ngan rumah pakcik makcik,adik beradik arwah mak.Senang cerita kitaorang semua buat rumah kat atas tanah peninggalan arwah atuk..

Kalau tahun lepas semua balik kampung belah pasangan masing-masing,makanya tahun nie semua beraya di sini dulu ye ^-^




Family Kak Ngah ^-^



Cik Nur & anak sedara ^-^


Dah siap-siap berbaju raya,salam bersalaman,makan bermakanan kemudian Cik Nur dan keluarga Kak Ngah pergilah beraya ke rumah pakcik makcik yang jauhnya 30 langkah je...hihihi...

Aktivitinya...sama je lah..makan dan makan lagi...Menu yang paling best sekali dekat rumah Pak Usu...
Mak Usu memang hebat masak kuah lodeh + sambal tumis ikan bilis..Perghhhhhh terangkat rasanya bila makan..sedap...Gambar makanan tak sempat Cik Nur nak snap.Bila bab makan nie memang dah tak ingat nak capai phone dah.. ^-^


Jom layan gambar ye ^-^




Konon-konon tengah beraya di kampung la nie.Padahal takde kampung sangat pun.Nie tangga rumah pusaka arwah atuk.Pak Usu memang tak nak robohkan rumah atas nie.Biar kenangan katanya ^-^




Bergambar bersama sepupu & anak sedara ^-^




Bersama sepupu Cik Nur.Dulu waktu kecik-kecik selalu main kat tangga nie ^-^



Raya tahun nie juga Cik Nur berkesempatan beraya di rumah Pak Long,abang kepada arwah abah di Perak.Rupa-rupanya Pak Long jatuh motor masa bulan ramadhan hari tue.Tangan kiri dia patah.Kesian Pak Long.Harap Pak Long cepat sembuh ye..







Sarapan dulu sebelum memulakan perjalanan ke Perak ^-^




Jom ke Perak kite kome
 Pertama kali  Cik Nur pakai dress nie..^-^



Selain tue,macam biasalah Cik Nur akan pergi beraya ke rumah kawan-kawan.Kawan-kawan pun akan datang beraya ke rumah Cik Nur..Ada di antara kawan Cik Nur tue datang tahun lepas berdua,tahun nie dah bertiga,ada jugak yang dah berempat..Masing-masing anak dah bertambah ye.Hepi tengok mereka..Cik Nur setakat nie anak tekak ada lah..In Shaa Allah,satu hari nanti ^-^




Kawan baik,Rasheeda datang beraya di rumah Cik Nur ^-^






Izan,kawan baik Cik Nur buat open house di rumah barunya.Tahniah Izan,dah beli rumah sendiri ^-^



Bulan Raya adalah bulan makan ye.Pergi rumah sini makan,pergi rumah sana pun makan.Siang malam asyik makan je kerja Cik Nur nie..hik..hik...Tapi yang sedihnya hingga ke hari ini,ada satu benda yang Cik Nur belum dapat makan lagi sampai hari nie..Kecewa rasanya..huhuhuhu...



K.E.T.U.P.A.T    P.A.L.A.S






Wuaaaaaa....Tak dapat makan ketupat palas...Susahnya nak jumpa ketupat palas nie...Nanti kalau buat open house ada ketupat palas jangan lupa jemput Cik Nur tau..^-^





Jul 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita kan.Alhamdulillah kita masih lagi di beri peluang olehNya untuk merasai ibadah puasa pada tahun ini.

Cik Nur bersyukur sebab dapat menjalani ibadah puasa ini dengan baik.Semoga ibadah kita ini diterima oleh Yang Maha Esa.In Shaa Allah :-)

Dah ada yang bercuti ke hari nie..dah ada yang balik kampung..atau dah sampai pun kat kampung..Cik Nur masih bekerja lagi.Esok pun kerja.Iyelah,Cik Nur kan solo,belum ada family sendiri.Kiranya setiap kali raya takdelah sibuk sangat buat persiapan.Persiapan pun yang biasa-biasa je.Kampung pun takde nak balik. Apepun raya tetap raya kan..hik..hik ^-^

Di kesempatan ini,Cik Nur nak mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua kawan-kawan blogger
Cik Nur. Tak lupa juga pada semua yang sudi singgah dan sudi baca blog Cik Nur yang tak seberapa nie.(saya budak baru belajar)...Segala kesilapan dalam penulisan,tersalah kata harap di maafkan ye.
Kosong kosong tau ^-^...






Pada yang bercuti,selamat bercuti.Pada yang balik kampung,semoga semuanya selamat pergi dan pulang. Pada yang bekerja dan tak dapat cuti raya tue,selamat bekerja la ye.Tahun nie kena kerja,tahun depan mesti dapat cuti kan..Cik Nur cuti seminggu tau..hik..hik ^-^


Ehhh lupa pulak..Sebenarnya Cik Nur nak kongsikan satu berita gembira..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Cik Nur up gambar je dulu.Nanti lepas raya Cik Nur story mory okayyy... ^-^

Jul 22, 2014

Rindu...Rindu..Rindu Sangat

Assalamualaikum

Hai semua.Diharap kawan-kawan sihat-sihat belaka hendaknya.

Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.Sedih pula rasanya..

Raya pun dah makin dekat.Mesti uollsss sibuk buat persiapan raya kan..

Cik Nur dah siap semua dah.Minggu lepas dah beli baju kurung siap 2 pasang.Nak cari baju nie pun satu hal,bila dah berkenan dengan yang nie saiz pulak takde.Berkenan dengan yang tue,warnanya pulak takde stok..Agaknya memang pembuat baju-baju nie tak buat baju saiz XS nie banyak-banyak sikit ye...grrrrrrr

Makin raya nak dekat hati Cik Nur rasa makin terusik.Memang satu perasaan nie setiap tahun dia akan duduk dalam hati Cik Nur.Nak elak pun tak boleh.Perasaan apa tue ye Cik Nur?????


Perasaan R.I.N.D.U...................................................................................


R.I.N.D.U
*
*
*
*
*
*
*


Rindu nak kacau mak masa dia menjahit langsir guna mesin jahit Singer yang pakai kayuh kaki tue...

Rindu nak pergi kedai ikut mak beli barang-barang nak masak...

Rindu nak pergi beli baju sama-sama dengan mak...

Rindu nak buat biskut raya  tiap-tiap malam 10 hari sebelum raya dengan mak..

Rindu biskut Dam mak yang sedap tue...

Rindu rendang,nasi impit,kuah kacang mak yang super sedap...

Rindu nak jerit mak kat dapur nak bagitau ''mak,pakcik kat tv nie cakap lusa raya''

Rindu nak salam mak...

Rindu nak peluk mak...

Rindu nak cakap ''Mak Selamat Hari Raya,nak duit raya"



googles


***************************************************************************************************************

Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku

Rindu aku sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku.......




Dulu semalam pergi membersihkan pusara arwah mak.Semoga mak ditempatkan pada golongan hamba-hambaNya yang beriman..Tak lupa juga pada mangsa-mangsa MH17 & juga pada rakyat Palestin.

-Al-Fatihah-







Jul 16, 2014

Kad Raya & Brooch Dari Blogger Dik'An

Assalamualaikum

Hai semua.Di harap kawan-kawan Cik Nur semuanya sihat-sihat belaka ye.Tapi.....Cik Nur nie je hah yang tak berapa nak sihat baru-baru nie.Gusi Cik Nur bengkak.Betul-betul kat gigi geraham bongsu tue.Adoiiiiii sakit sangat rasanya.Dugaan betul masa tue.Lebih-lebih lagi waktu nak makan berbuka dan bersahur.Nak mengunyah tue,sakitnya Allah saja yang tahu..

Alhamdulillah,hari nie dah rasa semakin baik. :-)


Ohhh ye,Cik Nur tadi dapat satu surat tau.Bila tengok dekat setem tue dari Perak.Macam kad raya..
Tapi.........siapa pula yang bagi ye.Bukak je sampul tue,ada kad raya dengan brooch..Baca pada kad tue...Rupa-rupanya datang dari blogger Dik'An ^-^







Hadiah sempena  top komentor jun ...


Terima Kasih Dik'An..
Terima kasih daun keladi,lain kali bagi lagi..hik..hik.. ^-^

Jul 9, 2014

Apa Nak Buat Kalau Terjumpa Ex..............

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah 11 hari kita semua berpuasa kan. :-)

Hari nie dah hari ke 3 bekerja dalam minggu nie.Masalah Cik Nur tentang topup yang hilang hari ahad lepas masih lagi belum dapat jawapan.Dekat Maxis dah report..Maybank pun dah report.Katanya ambil masa 3-5 hari bekerja.Kalau sampai hujung minggu nie tiada jawapan,maknanya anggap je lah Cik Nur sedekah topup tue.. huk.huk..Dugaan bulan puasa..Takpelah mesti ada hikmahnya kan ^-^

Dugaan pasal topup tue satu hal.Ada satu perkara lagi yang menimpa Cik Nur pada hari yang sama minggu lepas...

Ceritanya begini...........................................................................................................................................












Kejadian di bazaar ramadhan.......................................................................................................................












Di gerai kuih kegemaran..............................................................................................................................












Sedang membeli kuih kegemaran iaitu kuih cara berlauk bersama kakak...............................................












Membayar harga kuih sebanyak RM 6.......................................................................................................












Selesai membeli,pusing ke belakang nak beredar dari gerai tu.................................................................












Terserempak dengan bekas di gerai yang sama ........................................................................................












Dia bersama dengan isterinya.....................................................................................................................












Jantung dan nadi bagai terhenti berdegup seketika................................................................................












Perasaan ketika itu......................................................................................................................................












Bukannya sedih megenangkan perpisahan yang telah terjadi...................................................................












Tapi rasa sakit hati atas perbuatannya pada diri ini..................................................................................












Raya yang ke 26 hari pada tahun lepas awak membuat keputusan itu..................................................












Puasa tahun ini kita ditakdirkan terjumpa setelah perpisahan itu............................................................












Namun begitu, bersyukur atas apa yang telah terjadi..........................................................................












Kerana Allah masih menyayangi diri saya hambaNya ini.........................................................................












Entry Masanya Belum Tiba masih lagi segar di ingatan dan hati ini............................................................













Iye benar,jodoh itu rahsia Allah................................................................................................................














Saya terima semua yang telah terjadi.....................................................................................................












Tetapi....................................................................................................................................................








.................................................................................................................................................................




Berikan saya masa dan waktu untuk benar-benar memaafkan awak seikhlas-ikhlasnya nya dari hati ini....









Alhamdulillah,diri ini sudah pulih sepenuhnya dari kekecewaan itu.Sahabat dan keluargalah yang sentiasa di sisi selama ini menemani.

Awak sudah pun bahagia..Saya juga layak untuk mencari kebahagiaan diri Saya juga...








Jul 7, 2014

Mana Kamu Pergi

Assalamualaikum

Salam hari Isnin kawan-kawan.
Alhamdulillah,hari nie dah masuk hari yang ke-9 kita umat islam berpuasa.

Cik Nur nak cerita nie,hari nie Cik Nur rasa sedih sangat-sangat.Rasa nak nanges pun ada.Sebenarnya dalam hati dah nanges pun..cuma airmata je yang belum keluar kat kelopak mata nie..sobs..sobs..:-(







Ceritanya macam nie,pagi semalam lepas subuh tue Cik Nur pun buka la lappy.Niat di hati nak bayar bil.Lepas selesai bayar online tue,Cik Nur ingat nak topup sekali la prepaid phone Cik Nur.Ye la,
walaupun kredit ada lagi tapi dah nak expired.Terpaksa la topup baru juga kan..

Selalunya memang takde masalah pun.Sekejap je lepas tue kredit akan terus masuk.
Tapi......................... kali nie takde pula.Ermmm takpelah,Cik Nur pun bersangka baik je la..Kejap lagi kot..Kejap lagi masuk la kredit nie..

Tunggu punya tunggu,sampai ke petang tak masuk-masuk juga kredit Cik Nur tue.Hati dah mula gelisah nie.Kalau topup 5 ringgit je,Cik Nur tak la kisah sangat kan.Tapi nie Rm 30..bagi Cik Nur banyak tue jumlahnya.Lepas la untuk pengunaan sebulan internet mobile Cik Nur.

Cik Nur pun telefon la maxis buat aduan.Beriya-iya Cik Nur bercerita kat orang Maxis tue.Saya dah check semuanya betul,no phone saya..Transaction pun dah successful bla...bla..bla...Bersungguh-sungguh Cik Nur bercerita..huhuhu...

Iye Cik,kami akan semak masalah Cik nie.Hal nie ambil masa 3 hingga 5 hari waktu bekerja ye.Harap Cik dapat bersabar ye....3 hingga 5 hari????Mana la kamu pergi nie wahai kredit 30 ku sayang.....
wuaaaaaaaaaaaaaaa :-(

sabar Cik Nur,bulan puasa nie...sobs..sobs..

Jul 3, 2014

" Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014"

Assalamualaikum

Hari nie penyakit rajin Cik Nur dah datang..Cik Nur  nak join segmen lagi.Kali nie dari blogger Cik Akak

Cik Nur join segmen Cik Akak ye..hik..hik.. ^-^



 Klik banner ye kalau nak join ^-^
Tarikh tutup 11 Julai 2014

Giveaway teka wajah eda by blogger euruka seven

Assalamualaikum

Alhamdulillah,hari nie dah masuk hari ke-5 kita umat Islam berpuasa.Pagi nie Cik Nur rasa mengantuk sikit.Penyakit 'M' pun mula menyerang.Malas nak buat keje..hik..hik..Kalau dah penyakit 'M' nie datang menyerang,jalan paling baik nak rawat ialah berblogwalking sekejap. ^-^

Tengah dok ber BW nie,terjumpa la blogger lain join GA dari blogger eda..Eda nie blogger baru tau.Yang bestnya GA dia nie main teka-teka.Cik Nur memang suka join GA yang suruh kita teka-teka.Rasa macam tercabar je nak meneka kan..hik..hik..

Nak tau teka apa???

*******************Teka nie ****************






Teka yang mana satu ialah eda di antara wajah berempat di dalam gambar dibawah nie ^-^




Jawapan Cik Nur ialah

No-4


Betul atau tidak jawapannya tue kena tunggulah sampai GA nie tamat.GA nie bermula dari 
21 Jun hingga 31 Julai 2014.

********Hadiah yang ditawarkan********

Tablet nova 2 + Leather nova X1
voucher emas tajaan LUMIERE RM 500 X1
voucher emas tajaan TOMEI RM 200 X1
voucher ems tajaan GOLDHEART RM 200 X1
Voucher ems tjaan MY DIAMOND RM100 X1
gift voucher AEON RM20 X 2
gift voucher AEON RM10 X 1

Nak join????

Jul 1, 2014

Dapat Keychain ^-^

Assalamualaikum..

Hari nie Cik Nur dapat hadiah dari blogger nazirah :-).. Awal bulan May yang lalu Cik Nur ada join contest Keychain MiniGA #7 nie..Alhamdulillah blog Cik Nur menang melalui pilihan 'Cik Random'..hihi...





Comel kan ^-^

Terima kasih Nazirah bagi keychain monkey yang comel nie..Banyak kali Nazirah minta maaf pada Cik Nur sebab tak dapat nak pos hadiah nie cepat..Takpe,Cik Nur faham situasi Nazirah waktu tue..Mana nak pergi kelas lagi..tengah sarat mengandung lagi.. :-)

Ohh ye,Cik Nur nak ucapkan juga tahniah pada Nazirah sebab dah selamat melahirkan baby..Wahh raya nie dapat beraya bersama ahli keluarga baru..mesti seronok kan ^-^

Jun 30, 2014

Jodoh Pasti Bertemu..hihihi...

Assalamualaikum


Alhamdulillah,hari nie dah masuk hari kedua berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia..Mesti semalam semuanya seronok kan.Iye la,dapat berbuka bersama-sama dengan keluarga.Puasa pertama jatuh pada hari cuti,Ahad..Biasanya waktu bulan ramadhan la masa bersahur & berbuka puasa kita dapat berkumpul bersama keluarga.Kalau tak masing-masing sibuk dengan urusan dan kerja masing-masing.

Cik Nur pun semalam dapatlah berbuka bersama dengan kakak,abang ipar dan anak-anak buah.Tiap-tiap tahun memang kami berenam je la yang ada kat umah nie.hihi.

Walaupun jauh di sudut hati ini,terlalu rindukan arwah mak & arwah abah..Rindu nak bersahur & berbuka puasa bersama mereka.Tapi,nak buat camne kan,bukan takdir Cik Nur nak rasai suasana tue lagi..Semoga mak & abah tenang di sana.In Shaa Allah :-)

Petang semalam Cik Nur pergi ke bazaar ramadhan.Sebelum pergi tue dah ingatkan diri sendiri dah supaya jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi.Harapan apa plak tue???Harapannya ialah Jangan nak berharap sangat yang makanan wajib yang kamu mesti beli tue dah ada di jual ye..Biasanya hari pertama tak ramai lagi yang menjual kat bazaar kan..

Bila Cik Nur sampai kat bazaar tue,memang betul la.Makcik & kakak yang jual juadah kegemaran Cik Nur tue takde lagi.Setiap tahun memang beli juadah favourite nie kat mereka.Memang ingat dah dalam cip kepala nie wajah-wajah mereka..hik..hik..Tapi,semalam belum rezeki..huhuhu...takpelah,hari lain ada lagi kan.. belum jodoh kita untuk bertemu wahai kuih..*pujuk hati sendiri..huk..huk*





Cik Nur waktu berbuka memang tak makan nasi.Makan kuih-muih dan makanan yang goreng-goreng je.
Sahur baru makan nasi.Tiap kali berbuka puasa Cik Nur mesti nak makan kuih-kuih nie,dan biasanya kuih-kuih nie waktu bulan ramadhan je la yang senang nak jumpa.Kalau hari biasa susah sikit..

4 jenis kuih wajib ada dalam menu berbuka puasa Cik Nur :-)

*
*
*
*
*
*
*
*





Petang nie nak pergi bazaar lagi.Mane tau kalau makcik & kakak tue dah berniaga kan..Kalau takde jugak,kena cari mereka nie kat FB,IG,Twitter...nak tanya ''makcik,akak,kenapa dah tak meniaga kuih lagi..kat mane saya nak cari kuih yang sedap lagi...'' ^-^

Kalau betul la dah tak berniaga,maknanya Cik Nur kena try and error la dari gerai ke gerai nak cari  kuih-kuih di atas nie yang mana sedap dan memenuhi citarasa tekak Cik Nur nie..

*** wahai kuih,harap kita berjodoh..wish me luck ye ^-^


Jun 27, 2014

Alhamdulillah...Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum






Salam Jumaat dan selamat pagi semua.Hari nie adalah hari Jumaat terakhir sebelum tibanya bulan Ramadhan.Syukur alhamdulillah,Cik Nur masih lagi di beri kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk berada di sini lagi,di dunia ini. :-)


Kepada rakan-rakan blogger dan yang mengenali diri ini,Cik Nur ingin meminta maaf andainya ada kekhilafan diri,terkasar bahasa & tersentuh hati pada semua sepanjang Cik Nur berbelog ini. ^-^








Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh kesabaran dan mendapat keberkatan dari Allah Yang Maha Esa.-In Shaa Allah-

Jun 19, 2014

Eh..Eh...Boleh Guna Lagi La...

Assalamualaikum



Senyum lebar nampaknya Cik Nur..Sampai nampak gigi..hehehe...
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Ada perkara baik ke yang terjadi....
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Memang pun ^-^
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Apa dia????

Cer tengok nie



Apa tue????
Tengok nie lagi...




Dan lagi....



Tadaaaaaaaaaaaaaaa.....

Walkman Kaset...Ingat lagi tak ????
Dulu benda alah nie glamour sungguh tau..

Semalam,Cik Nur kemas-kemas almari..Pastu tengah dok mengemas tue tetiba terjumpa la nie. Tersorok belah belakang dalam laci almari.

Ambil bateri cuba 'on' kan..Tetiba lampu merah tue pun menyala..Cepat-cepat ambil earphone...Cucuk kat situ...Kemudian letak kat telinga...Eh..eh..eh...Ada bunyi la...Yeayyyyy masih boleh guna lagi walaupun dah berbelas-belas tahun...^-^

Walkman kaset nie arwah abah yang belikan dulu masa umur Cik Nur 14 tahun..Masa tue kawan-kawan semua ada benda nie..Tapi Cik Nur tak mintak pun kat abah..Mahal harganya..Satu malam tue orang kedai elektrik hantar mesin basuh yang abah beli..Tetiba ada Walkman Kaset nie sekali orang tue hantar..Rupa-rupanya abah belikan untuk Cik Nur..Ya Allah,gembira tak terkatanya Cik Nur bila dapat benda nie masa tue.Terima kasih abah..-rindu pula pada arwah abah :-( -

***** Lepas nie tiap-tiap malam boleh la Cik Nur dengar lagu guna walkman nie..Tak payah dah guna semakphone..hihihi...Cik Nur suka dengar Suria Cinta Dj Lin kat radio Suria Fm tue..Jiwang-jiwang kejap sebelum tidur..hik..hik..hik..

Popular Posts