Jom Ikut

Nov 26, 2013

Redhalah..

Redha..Iye Redha..Nur,awak perlu redha dengan semua yang telah berlaku nie..:-(
















Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

Nov 25, 2013

Bowling Space U8 Tutup


Hai semua.Baru petang ada masa nak jengah blog.hihihi..Semalam Cik Nur jenjalan ngan kawan Cik Nur, Izan. Teman dia uruskan sedikit hal kerja dia.Lepas settle je hal kerja dia tue,kitaorang berdua dah tak tahu nak kemana.Fikir punya fikir,last-last kitaorang berdua pun decide la nak join adik Izan dan kawannya. Keluar ramai-ramai lagi best kan.Cadangnya,diaorang nak main bowling. Pergi la ke Space U8.Sampai je kat sana,kitaorang berempat pandang sama sendiri.Bowling kat situ tutup.Laa dah kenapa tetiba tutup.Hari tue jalan-jalan kat situ nampak bowling tue ada lagi.


sumber : Google


Bincang punya bincang kitaorang buat keputusan main bowling di Mega Lanes,Plaza Alam Sentral.
Cik Nur ikut je diaorang.Lagipun Cik Nur tak main pun.Cik Nur tak pandai main bowling.Nak angkat bola bowling tue pun tak larat.huhuhu.Orang baling bola kedepan,kang tak pasal-pasal Cik Nur baling pergi ke belakang pula.Naya je..hihihi..Dapat tengok diaorang main pun dah kira seronok.





































* Cik Nur baru tahu,rupa-rupanya bowling di Space U8 tue memang dah tutup.Baca nie :

To All Our Loyal Members/Customers,
It is with a heavy heart that the management of Shalin's would like to inform all of you that we have ceased operations at Space U8 Mall as of today.

We would like to thank everyone that has shown & given us tremendous support throughout our time there.

For those of you that have your equipment (if any) stored at our lockers/ball storage area/pro shop please collect your equipment as soon as possible.Please go to the Space U8 management office (9-5pm) & tell them that you are there to collect your bowling balls.We have requested the management to allow all our customers to pick up their equipment.

All Bookings until December will be cancelled.We will contact those that have made bookings & all deposits will be refunded.If we happen to miss you/your company please inbox us here & we will attend to you best we can.

If you have any further enquiries please do inbox us & we will attend to it.

Once again, we would like to thank each and everyone of you for all the support & love shown to us during our short stay here. WE Feel very Privileged to have served all of you & we do hope that you had an enjoyable time bowling here.We hope to see some of you again in the near future,Insyallah.

“There were times of hardship when people forget the courage they need to keep fighting; and survive. But I think as long as we have something to believe in; to keep close in our hearts, courage will never truly leave us. We only have to reach deep in our heart to find it.” 
― Sakura


Sincerely,
Shalin Zulkifli & Team





Nov 22, 2013

Kenapa Asyik Tanya???Jodoh Itu Kan Rahsia Allah.

Hai semua.2-3 hari nie Cik Nur busy kat opis.Hari nie pun busy jugak.Tapi Busy+Sentap........
Sentap??? La,dah kenapa sentap???Ermmm biasalah mulut tempayan kita boleh tutup,tapi mulut orang kita tak mampu nak menutupnya.Melainkan orang tue yang akan tutup sendiri.
Hihihihi...(betul tak??)

Sekarang nie kan dah musim cuti sekolah.Musim-musim nielah ramai yang akan mendirikan Surau ataupun Masjid.Kawasan rumah Cik Nur pun ramai nak buat kenduri kahwin dan tunang nie.Kat rumah pun banyak dapat kad undangan.Tadi kan Cik Nur kata yang Cik Nur sentap sikit kan.Haa sentap pasal nie lah.Pasal bab kahwin nie.Orang lain yang nak kahwin, anak jiran-jiran yang nak kahwin,Cik Nur pula yang kena tempiasnya.Ermmm dah nasib, terima jelah..huhuhu..Adalah mulut-mulut orang yang bertanya.."Nur,bila lagi?'' "Nur,bila nak makan nasi minyak".."Nur...bla....bla..bla..."Agak-agak apa yang Cik Nur patut jawab ek? Cik Nur hanya mampu senyum je.Itu je jawapan yang Cik Nur mampu bagi pada orang-orang yang bertanya tue.

Jodoh Itu Rahsia Allah.Betul tak?..Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana,bila dan masa yang sesuai untuk jodoh hambaNya.Cik Nur redha dengan ketentuanNya.Kita hambaNya hanya mampu merancang,selebihnya Allah yang tentukan.Jodoh Cik Nur lambat bukan sebab Cik Nur terlalu memilih atau nak yang bagus-bagus je.Cik Nur nie pun bukanlah sempurna mana.Tapi itulah,ujian buat Cik Nur kan.Bila kita dah terima 'dia' dalam hati ini seikhlasnya, 
'dia' pula buat hal.Cik Nur tak mampu nak buat apa-apa.Dan peristiwa baru-baru ini yang terjadi pada Cik Nur amat memberi kesan pada diri Cik Nur.Siapa yang tak nak  hidup bahagia dan berkeluarga kan.Apapun -Jodoh Itu Rahsia Allah-






















Picture - FB Koleksi Ayat-Ayat Cinta

Tengah taip entry nie,Encik Poslaju datang hantar bungkusan.Wah cepatnya,semalam bank in hari nie dah dapat.Yeayyy Kangaroo Cik Nur dah sampai.-Bye-




Nov 19, 2013

Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Salam semua..Pernah dengar tak Doa Pembuka 12 Pintu? Mesti pernah dengar kan.Cik Nur tahu tentang doa nie dari kawan Cik Nur.Dia terangkan pada Cik Nur apa itu Doa Pembuka 12 Pintu dan kebaikan mengamalkan doa nie.So,hari nie Cik Nur nak share pada semua.(mungkin ramai yang dah tahu doa nie tapi takpe kan,yang baik kita kongsi).Alhamdulillah sekarang nie Cik Nur amalkan doa nie dalam kehidupan seharian.
Doa Pembuka 12 Pintu adalah merupakan doa yang diajar oleh Dato'Fadzilah Kamsah.






















YaAllah..Bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,pintu-pintu keselamatan,pintu-pintu kesihatan,pintu-pintu nikmat,pintu-pintu keberkatan,pintu-pintu kekuatan,pintu-pintu cinta sejati,pintu-pintu kasih sayang,pintu-pintu rezeki,pintu-pintu ilmu,pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga.YaAllah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Nov 15, 2013

Nangis Kerana Faizal Bin Ismail

Salam pagi Jumaat semua.Pagi nie Cik Nur rasa sedih pulak.Bukan sedih tentang diri sendiri,tetapi sedih dengar Am Krew HotFM.Bertambah sedih lagi bila Cik Nur tengok diaorang live kat 8TV.Hari nie kan hari terakhir untuk FBI bertugas.Setiap pagi memang Cik Nur akan dengar Am Krew HotFM nie.Lebih-lebih lagi kalau hari isnin.Ada la semangat sikit nak memulakan kerja kan.Paham-paham la hari Isnin.hik..hik..Tadi kat konti tue semua menangis.Yang paling sedih mestilah FaFau & AG..Diaorang kan selama nie sama-sama setiap pagi.Mesti lepas nie rasa lain.Lagu yang diputarkan hari nie pulak semua lagu-lagu sedih.Menyentuh perasaan gitu.Bertambahlah kesayuannya.huhuhu..Setiap pertemuan tue mesti ada perpisahan.FBI buat keputusan meninggalkan kerjayanya sebab dia ade komitmen lain. Perubahan dalam kehidupan tue kan bagus.Lebih-lebih lagi perubahan yang kita buat tue memberi seribu kebaikan untuk masa akan datang.Tak gitu..Apepun,good luck FBI.Cik Nur tetap akan setia mendengar Am Krew HotFm walaupun ketiadaan FBI lagi.


Nov 14, 2013

Cintaku Telah Mati Untukmu

- Shae -

You hurt me once before
I’m not gonna let you hurt me again

Sakit hatiku padamu
Melebihi dari cintaku untukmu
Tak terfikirkan olehku
Apa yang kau lakukan di belakang ku

Cukup sudah cinta kita sampai di sini
Kau duakan aku dengan kekasihmu yang baru
Cukup sudah cintaku telah mati untukmu
Kau sakiti aku, kau khianati cintaku

Sekarang aku sedari
Kau sudah curangi cintaku ini
Menyesal ku mengenalmu
Ternyata kau hanya permainkan cintaku

Pergi saja jauh jangan kau kembali
Ku tak mahu lagi denganmu
Cintaku telah mati kerna kau sakiti
Pergi kau jauh dariku

Cukup sudah cinta kita sampai di sini
Cukup sudah cinta kita sampai di sini
Kau duakan aku dengan kekasihmu yang baru
Cukup sudah cintaku telah mati untukmu
Kau sakiti aku, kau khianati cintaku


Nov 13, 2013

Berdua Lebih Baik

Haa jangan salah andaian ye bila tengok tajuk entry nie,berdua lebih baik. Berdua lebih baik bukan bermaksud  yang Cik Nur nie dah ada teman pengganti ye.huhuhu..Cik Nur nak cerita hari ahad punya kisah.Malam sabtu tue BFF Cik Nur sms ajak teman dia pergi kenduri kawen.Ahad tengahari tue lam kul 12.15 kitaorang dah gerak pergi kenduri tue.Kenduri tue dekat je.BFF Cik Nur kata dia sangat lapar,tue yang pergi awal tue..hihihi..

Lepas makan,(kami tak tunggu pengantin pun) dah tak tau nak pergi mana. Nak balik rumah macam awal lagi.So,Izan ajak la pergi jenjalan.Nak jenjalan pun tak tau nak kemana.. Adoiiii..At last Izan drive je kereta dia.Dah separuh perjalanan tue Izan kata jomlah kita pergi Putrajaya.Cik Nur ikut je.

Bila sampai Putrajaya dah pukul 2 lebih.Kitaorang decide nak singgah Masjid Putra nak solat Zohor.Dan inilah kali pertama Cik Nur sampai sini.(kesian kan, orang lain dah banyak kali datang sini).Masuk dalam masjid nie tenang je rasa.Pelancong asing pun ramai kat sini.






Lepas solat,kitaorang pun jenjalan la kawasan berhampiran masjid tue. Jenjalan situ kejap je,sebab cuaca tak mengizinkan.Hari nak hujan.










































Kitaorang buat keputusan nak pergi tengok wayang.Tengok wayang bukan kat Alamanda.Kalau tengok kat situ mesti ramai orang.On d way nak balik tue,kitaorang singgah la Space U8. Biasanya kalau kitaorang nak tengok movie datang sini je.Sebabnya kat sini orang tak ramai sangat.Pastu tak payah nak beratur panjang beli tiket.Dalam panggung pun kadang-kadang boleh kira berapa ramai je penonton.






Tengok cerita Carrie.Cik Nur rasa cerita Carrie nie tak best sangat la,tak power sangat.Tapi tak tahulah pendapat orang lain yang tengok cerita nie kan.





Sampai umah dah malam.Tengok orang kat umah tengah  makan ayam KFC.Cik Nur pun tumpang la sekaki..hik..hik..Sedap la ayam Crazy Crunch nie..



Nov 11, 2013

Wajah Seiras Tandanya Jodoh???

"Eh,cuba kau tengok tue Pah,pengantin kat atas pelamin tue wajah seiras la,'' kata makcik Senah kepada makcik Saripah."A'ah la Senah,jodoh mereka mesti kuat," balas makcik Pah.

Selalu kita dengar perbualan macam nie kan kalau dekat rumah orang kahwin.Dan selalu juga la orang berkata,wajah pasangan selalunya mesti ade iras-iras antara satu sama lain.Tak iras banyak sikit tue mesti ada.Mungkin ada kebenaran juga kata-kata orang.

Cik Nur pun perasan situasi nie.Kalau kita pergi ke majlis perkahwinan dan  tengok pasangan pengantin nie,mesti ade iras-iras antara satu sama lain.Kadang-kadang iras dari tepi,iras bila diaorang senyum,dan beriras-iras lagi.. hik..hik.

Agaknya memang betul lah kata orang tua-tua wajah seiras tandanya jodoh.Kalau tak takkan la boleh berkahwin.A'ah kan.Tapi apa yang pastinya Jodoh Itu Ketentuan Allah.Tak semestinya kalau pasangan tue tiada iras tak boleh bahagia atau jodoh mereka tak panjang.Itu semua rahsia Allah.

Haa,lepas nie jangan la pula kita pergi tengok wajah pasangan kita ada iras ke tidak. Kalau tiada iras kita takut pula.Tak pasal-pasal jadi gaduh nanti..hihihi..

Kat bawah nie ada beberapa pasangan selebriti yang Cik Nur rasa wajah mereka memang seiras dengan pasangan masing-masing.Nak letak gambar Cik Nur sendiri tak dapat la sebab Cik Nur pun belum berkahwin.Tapi dulu masa Cik Nur berkawan dengan Mr 'F',ada juga orang kata muka kami seiras.Tapi akhirnya kami putus juga. So,tak payah la nak percaya sangat ngan kata-kata Wajah Seiras Tandanya Jodoh.Jodoh Itu Ketentuan Allah. Hanya Allah Maha Mengetahui..























Cik Nur & anak buah,ada iras-iras tak..hihihi

Nov 7, 2013

Kau Pergi Jua...

-iamNEETA & Najwa Latif-
Kau pergi jua
Dari hidup ku
Kini sendiri
Di hari-hariku
Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua
Kau pergi jua
Dari hidup ku
Kini sendiri
Di hari-hariku
Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini
Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua
Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini
Kau pergi jua
Kau pergi jua
Kini sendiri di hari-hariku
Kini sendiri di hari-hariku

Nov 6, 2013

Breakfast 2 kali???

Iye,hari nie dalam sejarah,Cik Nur breakfast sampai dua kali tau.Bukan pasal lapar ye,tapi pasal tak menahan tengok satu makanan nie..hik..hik..Macam biasalah,sampai tempat keje pergi kedai akak yang biasa beli brekfast tue.Nampak mee goreng,beli la sebungkus.Tengah dok akak tue membungkus mee,baru Cik Nur perasan ada satu menu baru akak tue buat..Arggghhhhh tak boleh tahan tengok makanan tue.. Memang kegemaranku sungguh.Kalau Cik Nur makan nie,memang tak pandang kiri kanan dah..hik..hik..Menu apa yang sedap sangat tue Cik Nur??? Macam best jer,macam sedap jer,macam comel jer...hahaha..Nie la dia makanan yang dimaksudkan...Baru je selamat masuk ke dalam perutku...ngeee...
                                                                                <                   
                                                                                < 
                                                                                <
                                                                                <
                                                                                < 
                                                                                <
                                                                                <
                                                                                <
                                                                                <
                                                                                <
                                                                                <
                                                                                <
pulut kuning + rendang ayam..nyumm.nyumm

Nov 5, 2013

Salam Maal Hijrah..

Buka lembaran yang baru,tutup semua lembaran yang lama.Yang telah berlaku,biarkan ia berlalu..Semuanya ada hikmah yang tersembunyi. Perjalanan hidup ini perlu diteruskan. InsyaAllah,akan indah akhirnya. Salam Maal Hijrah semua..




Nov 3, 2013

Masanya Belum Tiba..

Kita hambaNya hanya merancang,tetapi Allah yang menentukan segalanya.Selagi Allah belum mengizinkan,maka takkan terjadilah.Hari nie 3 November 2013,hari Ahad.Jika diizinkan Allah,hari ini adalah hari yang mungkin memberi satu permulaaan kebahagiaan buat diri Cik Nur.Tetapi Allah belum lagi mengizinkannya.Pada tarikh nie,Cik Nur & Mr 'F'(panggilan untuk teman Cik Nur) mungkin akan mengikat tali pertunangan.Secara kasarnya,tarikh inilah yang kami pilih untuk bertunang.

Dari awal bulan Mac lagi kami dah berbincang untuk ke arah nie.Perancangannya,selepas Hari Raya Aidilfitri,barulah kami akan berbincang dengan lebih serius lagi tentang niat kami.
Raya Aidilfitri hari tue,Cik Nur & Mr 'F' dah pun saling mengenali keluarga masing-masing.

Alhamdulillah,penerimaan keluarga kedua pihak semuanya baik-baik saja.Walaupun masa raya tue Mr 'F' tak berapa nak sihat (eksiden masa 2 minggu puasa,syukur Alhamdulillah tak teruk sangat),Cik Nur dapat juga beraya dengan keluarga Mr 'F'.Inilah kali pertama Cik Nur beraya dengan sebuah keluarga yang besar dan ramai.Seronok tau.

Berbalik pada cerita pertunangan kami,Cik Nur serahkan pada Mr 'F'.Keputusan di pihak lelaki kan.Lagipun Mr 'F' belum sembuh sepenuhnya dari eksiden hari tue.Jika Mr 'F' rasa yang tarikh 3 November tue macam tak sempat nak buat apa-apa,Cik Nur tak kisah pun.Tarikh lain pun boleh.Jika tahun nie tak jadi bertunang,tahun depan ada lagi.

Namun begitu,manusia hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.Saat Cik Nur baru ingin merasai sedikit kebahagiaan,diri Cik Nur diuji.Cik Nur tak pernah menyalahkan takdir yang sudah tertulis pada diri ini.Jodoh di tangan Tuhan.Dia yang menentukan segalanya.

Tiba-tiba kasih putus di tengah jalan.Tanpa Cik Nur sangka dan duga,malah tak pernah terfikir pun yang ini akan terjadi.Apapun yang terjadi Cik Nur kena redha.Mungkin Cik Nur bukan pilihan yang terbaik dan sempurna untuk Mr 'F'..Mr 'F' dah berubah hati.Siapalah Cik Nur untuk melawan takdir.Semua yang berlaku nie,akan ada hikmah disebaliknya.

Cik Nur hanya mampu berdoa pada Illahi agar Cik Nur dipertemukan dengan jodoh Cik Nur yang sebenar yang telah tertulis di LUH MAHFUZ..Dan Cik Nur mendoakan Mr 'F' berbahagia di samping Si Dia..


''Bila Allah tidak beri, 
Tidak bermakna Dia benci,
Tapi mungkin ada sesuatu hal,
Yang Dia mahu kita mengerti, 
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya..''


*sedih plak hati bila buka kalendar ke bulan November,nampak kat tarikh 3 Nov tue..dah lama tertulis kat situ..huhu..

Nov 1, 2013

November Dah Tiba..

Hari berganti hari.Bulan berganti bulan.Hari nie dah 1 November 2013. 
Cepat betul masa berlalu kan.Bulan November nie bulan yang agak *emosi* sikit buat Cik Nur.Ada sesuatu yang sepatutnya terjadi pada bulan November nie...
.........................................................Tetapi.................................................






                                                                                
                                                                                       
                                                                                      
                                                                                      
                                                                                       
                                                                                      
                                                                                      
                                                                                   
                                                                                      

Popular Posts