Jom Ikut

May 30, 2014

Segmen : Jom Teka Barang by Dik An

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua.

Jom semua kita join segmen dari blogger Dik An's nie.. Segmen nie mudah je.

Segmen teka barang.Kita perlu teka apa hadiah yang ada dalam kotak kat bawah nie..

Agak-agaknya apa ek..

 ***Segmen nie berakhir 31 May 2014...Klik kat gambar kalau nak join ye ^-^






 Melalui kepakaran Cik Nur sebagai ahli nujum,Cik Nur teka barang dalam kotak itu ialah ............

Teddy Bear




Cik Nur pernah dapat kotak yang macam nie ^-^


Dan barang dalam kotak tue ialah Teddy Bear ^-^


Renungan Jumaat #1

Assalamualaikum




sumber : FB LuahanJiwaDendanganHati

May 27, 2014

Ajal 3 Hari Sebelum Nikah

Assalamualaikum

Pagi-pagi nie Cik Nur dah rasa sedih sangat-sangat.Tadi terbaca berita tentang kematian anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya semalam.

Yang menambahkan lagi kesedihan di hati Cik Nur nie ialah sepatutnya arwah akan mendirikan rumahtangga pada hujung minggu ini.

Al-Fatihah buat arwah...




Bagan Serai: “Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan.”

Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.
 

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya. 

Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.

“Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.

“Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini,” katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya. 
“Sekarang semuanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’ dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah,” katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.

“Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

“Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.

sumber berita : Berita Harian

May 23, 2014

Segmen : Cari Followers Mei !

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua..

Jom ramai-ramai  kita join first segmen dari blogger Suriana nie..Boleh menambah lagi kenalan kan..

Cik Nur dah join ^-^







Nak join,klik banner kat atas nie ^-^

Tarikh tutup : 31 Mei 2014

May 20, 2014

Resepi Kek Coklat Kukus Mudah Sangat

Assalamualaikum





Nampak sedap tak kek kat atas tue...Cik Nur buat minggu lepas.Dah lama rasanya tak membaking Penyakit 'M' menjadi-jadi.hik..hik..Cik Nur suka makan kek.Tak kiralah kek apa pun..Semua Cik Nur ngappp....Rasanya semua dah tahu kot resepi nak buat kek coklat macam kat atas nie.Cuma yang kadang-kadang berbeza sedikit tentang bahan yang digunakan untuk membuatnya je..

Cik Nur sebenarnya nak kongsi satu resepi kek coklat yang simple sangat.Simple tapi sedap.Kalau Cik Nur buat kek,mesti guna resepi nie.Resepi nie dapat dari MyResepi.Tetapi Cik Nur ada ubah sedikit ikut citarasa sendiri.Kek nie moist sesangat ^-^

Jom tengok resepinya .........

2 biji Telur
1 cawan  Minyak Masak
1 cawan Gula Pasir ( perlu blend halus)
1 cawan Gula Perang (brown sugar)

1 sudu kecil esen vanilla
1 kotak susu coklat Dutch Lady

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko                      
1 sudu kecil baking powder                         
sedikit / hujung sudu soda bikarbonat (kalau banyak sangat,nanti kek jadi pahit)
***4 bahan di atas ini perlu di ayak dahulu dan dicampur bersama kedalam satu bekas 








Nie cawan yang Cik Nur guna untuk sukatan



 Yang nie sudu yang Cik Nur guna untuk sukatan..Nie sudu KFC tue je


Cara-caranya ............

Pukul telur hingga kembang (guna handmixer)





Masukkan gula halus,dan pukul lagi (guna handmixer)

Masukkan gula perang,dan pukul lagi (guna handmixer)

Kemudian,masukkan minyak masak -(mula mengacau guna senduk,tak perlu dah guna handmixer)

Kemudian,masukkan bahan-bahan ayak tadi.Masukkan secara sedikit demi sedikit dan di selang selikan dengan memasukkan susu coklat tadi sedikit demi sedikit juga (sambil masukkan,sambil tue terus kacau perlahan-lahan)

Masukkan esen vanilla

Gaul rata hingga semua bahan sebati





Sapukan sedikit minyak di keliling loyang,dan alas kertas minyak pada loyang



Masukkan adunan yang dah siap tadi ke dalam loyang




Sebelum itu,panaskan pengukus terlebih dahulu lebih kurang 15 minit 




Selepas itu bolehlah masukkan loyang adunan ke dalam pengukus





Kukus selama 1 jam dengan api yang sederhana ( api jangan besar sangat,nanti kek akan merekah )

Biarkan kek sejuk,barulah keluarkan dari loyang dan bolehlah mula menghias kek

Kalau kek nie ada topping lagi sedap kan ^-^

Resepi topping kek.........

Serbuk koko
Susu pekat manis 
Minyak masak 
Coklat urai 



Cara-caranya.........

Masukkan minyak,serbuk koko dan susu ke dalam periuk,dengan api paling kecil panaskan sampai bancuhan tadi nampak mencair sedikit.Yang nie kena pandai-pandai adjust la.Nak manis lebihkan susu.
Kalau nak nampak topping tue cair dan berkilat lebihkan minyak sedikit.




Dah siap bancuhan topping tadi bolehlah di tuang rata ke atas kek yang dah sejuk tadi.Ikut suka hati nak letak topping nie kat seluruh kek ke,nak letak kat atas kek je ke.Tak kisah.Lepas letak topping,boleh juga hiaskan dengan coklat urai,ceri atau apa-apa saja ^-^

Nie antara koleksi gambar kek yang Cik Nur buat ^-^


















Model tukang rasa kek..Mia..^-^





Selamat Mencuba ^-^

May 14, 2014

Al-Fatihah

Assalamualaikum


14/05/1999 – 14/05/2014..Al-fatihah..Hari ini genap 15 tahun pemergian seorang insan yang paling istimewa di hati...semoga arwah mak di tempatkan di golongan hamba-hambaNya yang beriman..amin





Nur rindu mak..rindu nak makan bersuap dengan mak,rindu sangat-sangat.. :-(

May 8, 2014

Ke Pangkor kita kome

Assalamualaikum

Seminggu Cik Nur tak update blog kan..hihi..Biasalah,awal-awal bulan nie kat ofis sibuk sikit.Banyak report yang perlu di update.Lagipun minggu lepas kan cuti hari pekerja.Sepatutnya cuti 1 hari je,tapi Jumaat tue Cik Nur amik cuti lagi.4 hari deret cuti..Syok ooo..hik..hik..Minggu nie dah mula bekerja,    banyaklah kerja yang menanti..Tue yang sampai tak sempat nak update blog sendiri. ^-^

Cuti hari pekerja tu Cik Nur dan kengkawan pergi  bercuti ke Pulau Pangkor.Pergi ke sana tak lama pun.2 hari 1 malam jer..Kami bertolak hari Khamis dalam pukul 2.30 pagi.Berjalan waktu malam nie best sikit.Jalan tak sesak,cuaca pun tak panas.Sejuk je rasa ^-^






Penat drive(bukan Cik Nur yang drive pun..hihi) berhenti sekejap kat kedai makan.Nasib baik ada lagi kedai yang buka jam 4 pagi..


Kami sampai kat Lumut ngam-ngam masuk waktu Subuh.Singgah solat kat masjid,kemudian kami terus cari warung untuk sarapan.





Selesai sarapan,mencari tempat letak kereta.Cari punya cari,akhirnya kami parking kereta di tempat letak kereta bertingkat .Kat situ cajnya dikira Rm 0.60 per jam.




Sampai kat jeti Lumut,beli tiket feri di kaunter.Tambangnya Rm 10 seorang untuk 2 hala.Tunggu dalam 10 minit,feri pun datang.^-^






Waktu pagi macam nie boleh la nak berdiri kat bahagian atas feri nak menikmati pemandangan kan.Tapi kalau dah tengahari,tak payahlah kot.Mau terbakar kulit kalau duduk kat luar tue.Panas.Lebih baik duduk kat dalam,sebab kat dalam ada aircond.^-^





Perjalanan dari jeti Lumut ke Jeti Pangkor lebih kurang 30 minit.Dah sampai di sini,tak perlu risau.Sebab kat sini banyak van sewa warna pink yang sedia menunggu.Cakap je kat driver tue nak ke hotel penginapan mana.Tahulah mereka nak bawa kita.^-^


Kami menginap di hotel biasa je.Betul-betul dekat pekan Pangkor.Dari jeti Pangkor tue berjalan kaki sikit lebih kurang 10 minit dah sampai kat hotel tue.Kira ok la semalam hanya Rm 130 je.Lagipun datang sini bukan untuk rehat-rehat dalam bilik kan.So,tak payahlah rasanya nak sewa penginapan yang mahal-mahal.Kalau datang dengan family barulah boleh sewa apartment ke kan.^-^

Dah check in,simpan semua beg kemudian kami pun keluar la untuk melakukan aktiviti- aktiviti yang sepatutnya.Jom kita tengok gambar ye.

*
*
*
*
*



Pulau Giam..Kalau nak kesini perlu naik bot.Caj bot Rm 15 seorang.Kalau nak buat aktiviti Snorkeling,perlu tambah lagi Rm 5.Harga nie ikut pada pakej-pakej yang ada.Kami ikut pakej yang ditawarkan oleh Beach Boy.










Roti tue tak boleh makan ye.Roti tue untuk bagi kat ikan.Ikan je yang boleh makan roti tue.Roti nie memang dah siap masuk sekali dalam pakej Beach Boy tawarkan tue ^-^








Aktiviti kat sini ikut suka berapa jam yang kita nak buat.Kalau nak balik,call je abang bot yang hantar kita tadi tue.Jangan lupa amik nombor phone abang bot tue betul-betul.Kang tak balik jawabnya kome..hik..hik..



Yang bestnya dalam perjalanan naik bot nak balik ,abang bot tue akan bawa kita pusing-pusing sekitar pulau dulu.Sambil menikmati keindahan ciptaan Allah nie,Cik Nur sempat juga bagi ikan-ikan makan.Seronok je rasa bila tengok ikan-ikan tue berebut nak makan roti ^-^


Dah penat buat semua tue,mesti perut rasa lapar kan.Misi mencari makanan pun dimulakan.hehehe..
Rasa-rasa nak makan makanan laut.Di pekan Pangkor nie susah nak cari kedai Melayu.Akhirnya kami tahan van sewa kat tepi jalan hotel tue.


kami : uncle,boleh bawak kami pergi kedai makan melayu yang makanan laut dia sedap dan best tak..
uncle : kedai makan sedap kah,ohh saya tau ada satu kedai makanan laut manyak sedap ooo...mari naik uncle bawak you orang pigi..                         
uncle : sudah sampai itu kedai..nanti you orang dah habis makan,mau balik hotel kasi telepon sama uncle ok..nanti uncle datang ambik sama you orang..
kami : tq uncle..(orang-orang kat sini semuanya baik-baik,peramah dan suka membantu) ^-^


Kedai makan nie betul-betul tepi laut.Kami datang waktu matahari nak terbenam.Wahhhh sangat-sangat cantik pemandangan laut saat ini.










Makanan kat sini memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.Sedap sangat..Rindu la kat siakap 3 rasa,udang paprik,kerabu sotong,ikan bakar,tomyam..semuanya segar-segar...huhu




Masa untuk shopping ^-^








Eh,eh...Tengok tue Izan kawan Cik Nur ada kedai la kat sini...hihihi...^-^



Kemas-kemas beg nak balik dah :-(



Nak check out dah..sobs..sobs.. :-(






Dalam feri perjalanan nak balik.sedih plak rasa nak balik :-(





Sampai Lumut,shopping lagi..hik...hik... ^-^









Sekian sahaja kisah percutian Cik Nur ke Pulau Pangkor 2 hari 1 malam.Ada rezeki lebih boleh pergi bercuti lagi..hihihi...^-^



Popular Posts