Jom Ikut
Oct 28, 2013
Saya Sayang Awak..
Saya sayang awak.Awak sentiasa ada disisi saya waktu saya gembira dan bersedih.Sentiasa ada apabila saya memerlukan bantuan.Sentiasa sudi meminjamkan saya bahu untuk bersandar mengadu.Saat saya berada di dalam kesedihan yang amat sangat,awak sanggup datang menemani saya tak kira waktu.Saat saya merasakan diri ini tidak berdaya untuk bangkit dari kesedihan,awak sentiasa hulurkan tangan untuk memaut saya agar tidak terus tenggelam.Saat kasih saya putus di tengah jalan,awaklah yang sentiasa memberikan saya kata-kata semangat.Tanpa awak,saya tak sekuat hari ini.Terima Kasih Ya Allah,kerana mengurniakan diri ini seorang sahabat yang sebaik ini.Saya sayang awak Izan..


No comments:
Post a Comment
TeRiMa KaSiH KoMeN DiSiNi ^-^