Assalamualaikum
Seminggu Cik Nur tak update blog kan..hihi..Biasalah,awal-awal bulan nie kat ofis sibuk sikit.Banyak report yang perlu di update.Lagipun minggu lepas kan cuti hari pekerja.Sepatutnya cuti 1 hari je,tapi Jumaat tue Cik Nur amik cuti lagi.4 hari deret cuti..Syok ooo..hik..hik..Minggu nie dah mula bekerja, banyaklah kerja yang menanti..Tue yang sampai tak sempat nak update blog sendiri. ^-^
Cuti hari pekerja tu Cik Nur dan kengkawan pergi bercuti ke Pulau Pangkor.Pergi ke sana tak lama pun.2 hari 1 malam jer..Kami bertolak hari Khamis dalam pukul 2.30 pagi.Berjalan waktu malam nie best sikit.Jalan tak sesak,cuaca pun tak panas.Sejuk je rasa ^-^
Penat drive(bukan Cik Nur yang drive pun..hihi) berhenti sekejap kat kedai makan.Nasib baik ada lagi kedai yang buka jam 4 pagi..
Kami sampai kat Lumut ngam-ngam masuk waktu Subuh.Singgah solat kat masjid,kemudian kami terus cari warung untuk sarapan.
Selesai sarapan,mencari tempat letak kereta.Cari punya cari,akhirnya kami parking kereta di tempat letak kereta bertingkat .Kat situ cajnya dikira Rm 0.60 per jam.
Sampai kat jeti Lumut,beli tiket feri di kaunter.Tambangnya Rm 10 seorang untuk 2 hala.Tunggu dalam 10 minit,feri pun datang.^-^
Waktu pagi macam nie boleh la nak berdiri kat bahagian atas feri nak menikmati pemandangan kan.Tapi kalau dah tengahari,tak payahlah kot.Mau terbakar kulit kalau duduk kat luar tue.Panas.Lebih baik duduk kat dalam,sebab kat dalam ada aircond.^-^
Perjalanan dari jeti Lumut ke Jeti Pangkor lebih kurang 30 minit.Dah sampai di sini,tak perlu risau.Sebab kat sini banyak van sewa warna pink yang sedia menunggu.Cakap je kat driver tue nak ke hotel penginapan mana.Tahulah mereka nak bawa kita.^-^
Kami menginap di hotel biasa je.Betul-betul dekat pekan Pangkor.Dari jeti Pangkor tue berjalan kaki sikit lebih kurang 10 minit dah sampai kat hotel tue.Kira ok la semalam hanya Rm 130 je.Lagipun datang sini bukan untuk rehat-rehat dalam bilik kan.So,tak payahlah rasanya nak sewa penginapan yang mahal-mahal.Kalau datang dengan family barulah boleh sewa apartment ke kan.^-^
Dah check in,simpan semua beg kemudian kami pun keluar la untuk melakukan aktiviti- aktiviti yang sepatutnya.Jom kita tengok gambar ye.
*
*
*
*
*
Pulau Giam..Kalau nak kesini perlu naik bot.Caj bot Rm 15 seorang.Kalau nak buat aktiviti Snorkeling,perlu tambah lagi Rm 5.Harga nie ikut pada pakej-pakej yang ada.Kami ikut pakej yang ditawarkan oleh Beach Boy.
Roti tue tak boleh makan ye.Roti tue untuk bagi kat ikan.Ikan je yang boleh makan roti tue.Roti nie memang dah siap masuk sekali dalam pakej Beach Boy tawarkan tue ^-^
Aktiviti kat sini ikut suka berapa jam yang kita nak buat.Kalau nak balik,call je abang bot yang hantar kita tadi tue.Jangan lupa amik nombor phone abang bot tue betul-betul.Kang tak balik jawabnya kome..hik..hik..

Yang bestnya dalam perjalanan naik bot nak balik ,abang bot tue akan bawa kita pusing-pusing sekitar pulau dulu.Sambil menikmati keindahan ciptaan Allah nie,Cik Nur sempat juga bagi ikan-ikan makan.Seronok je rasa bila tengok ikan-ikan tue berebut nak makan roti ^-^
Dah penat buat semua tue,mesti perut rasa lapar kan.Misi mencari makanan pun dimulakan.hehehe..
Rasa-rasa nak makan makanan laut.Di pekan Pangkor nie susah nak cari kedai Melayu.Akhirnya kami tahan van sewa kat tepi jalan hotel tue.
kami : uncle,boleh bawak kami pergi kedai makan melayu yang makanan laut dia sedap dan best tak..
uncle : kedai makan sedap kah,ohh saya tau ada satu kedai makanan laut manyak sedap ooo...mari naik uncle bawak you orang pigi..
uncle : sudah sampai itu kedai..nanti you orang dah habis makan,mau balik hotel kasi telepon sama uncle ok..nanti uncle datang ambik sama you orang..
kami : tq uncle..(orang-orang kat sini semuanya baik-baik,peramah dan suka membantu) ^-^
Kedai makan nie betul-betul tepi laut.Kami datang waktu matahari nak terbenam.Wahhhh sangat-sangat cantik pemandangan laut saat ini.
Makanan kat sini memang terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.Sedap sangat..Rindu la kat siakap 3 rasa,udang paprik,kerabu sotong,ikan bakar,tomyam..semuanya segar-segar...huhu
Masa untuk shopping ^-^
Eh,eh...Tengok tue Izan kawan Cik Nur ada kedai la kat sini...hihihi...^-^
Kemas-kemas beg nak balik dah :-(
Nak check out dah..sobs..sobs.. :-(
Dalam feri perjalanan nak balik.sedih plak rasa nak balik :-(
Sampai Lumut,shopping lagi..hik...hik... ^-^
Sekian sahaja kisah percutian Cik Nur ke Pulau Pangkor 2 hari 1 malam.Ada rezeki lebih boleh pergi bercuti lagi..hihihi...^-^