KULIM -Dua lelaki
berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan
di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan
itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang,Lunas dekat sini hari
ini.
Timbalan Ketua Polis
Daerah Kulim, Deputi Superintenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu
ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang
ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat
ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang
yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta
itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
"Polis dengan
kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam
kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini,” kata Chin.-Kosmo 05/01/2014
Macam-macam orang buat zaman sekarang nie.Nasib la Si Lembu.Kesian di sumbat dok dalam tue ramai-ramai (eh,betul ke penggunaan ayat ramai-ramai nie..hihihi)
Macam-macam orang buat zaman sekarang nie.Nasib la Si Lembu.Kesian di sumbat dok dalam tue ramai-ramai (eh,betul ke penggunaan ayat ramai-ramai nie..hihihi)

