Jom Ikut

Jun 30, 2014

Jodoh Pasti Bertemu..hihihi...

Assalamualaikum


Alhamdulillah,hari nie dah masuk hari kedua berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia..Mesti semalam semuanya seronok kan.Iye la,dapat berbuka bersama-sama dengan keluarga.Puasa pertama jatuh pada hari cuti,Ahad..Biasanya waktu bulan ramadhan la masa bersahur & berbuka puasa kita dapat berkumpul bersama keluarga.Kalau tak masing-masing sibuk dengan urusan dan kerja masing-masing.

Cik Nur pun semalam dapatlah berbuka bersama dengan kakak,abang ipar dan anak-anak buah.Tiap-tiap tahun memang kami berenam je la yang ada kat umah nie.hihi.

Walaupun jauh di sudut hati ini,terlalu rindukan arwah mak & arwah abah..Rindu nak bersahur & berbuka puasa bersama mereka.Tapi,nak buat camne kan,bukan takdir Cik Nur nak rasai suasana tue lagi..Semoga mak & abah tenang di sana.In Shaa Allah :-)

Petang semalam Cik Nur pergi ke bazaar ramadhan.Sebelum pergi tue dah ingatkan diri sendiri dah supaya jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi.Harapan apa plak tue???Harapannya ialah Jangan nak berharap sangat yang makanan wajib yang kamu mesti beli tue dah ada di jual ye..Biasanya hari pertama tak ramai lagi yang menjual kat bazaar kan..

Bila Cik Nur sampai kat bazaar tue,memang betul la.Makcik & kakak yang jual juadah kegemaran Cik Nur tue takde lagi.Setiap tahun memang beli juadah favourite nie kat mereka.Memang ingat dah dalam cip kepala nie wajah-wajah mereka..hik..hik..Tapi,semalam belum rezeki..huhuhu...takpelah,hari lain ada lagi kan.. belum jodoh kita untuk bertemu wahai kuih..*pujuk hati sendiri..huk..huk*





Cik Nur waktu berbuka memang tak makan nasi.Makan kuih-muih dan makanan yang goreng-goreng je.
Sahur baru makan nasi.Tiap kali berbuka puasa Cik Nur mesti nak makan kuih-kuih nie,dan biasanya kuih-kuih nie waktu bulan ramadhan je la yang senang nak jumpa.Kalau hari biasa susah sikit..

4 jenis kuih wajib ada dalam menu berbuka puasa Cik Nur :-)

*
*
*
*
*
*
*
*





Petang nie nak pergi bazaar lagi.Mane tau kalau makcik & kakak tue dah berniaga kan..Kalau takde jugak,kena cari mereka nie kat FB,IG,Twitter...nak tanya ''makcik,akak,kenapa dah tak meniaga kuih lagi..kat mane saya nak cari kuih yang sedap lagi...'' ^-^

Kalau betul la dah tak berniaga,maknanya Cik Nur kena try and error la dari gerai ke gerai nak cari  kuih-kuih di atas nie yang mana sedap dan memenuhi citarasa tekak Cik Nur nie..

*** wahai kuih,harap kita berjodoh..wish me luck ye ^-^


Jun 27, 2014

Alhamdulillah...Ramadhan Tiba Lagi

Assalamualaikum






Salam Jumaat dan selamat pagi semua.Hari nie adalah hari Jumaat terakhir sebelum tibanya bulan Ramadhan.Syukur alhamdulillah,Cik Nur masih lagi di beri kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk berada di sini lagi,di dunia ini. :-)


Kepada rakan-rakan blogger dan yang mengenali diri ini,Cik Nur ingin meminta maaf andainya ada kekhilafan diri,terkasar bahasa & tersentuh hati pada semua sepanjang Cik Nur berbelog ini. ^-^








Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh kesabaran dan mendapat keberkatan dari Allah Yang Maha Esa.-In Shaa Allah-

Jun 19, 2014

Eh..Eh...Boleh Guna Lagi La...

Assalamualaikum



Senyum lebar nampaknya Cik Nur..Sampai nampak gigi..hehehe...
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Ada perkara baik ke yang terjadi....
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Memang pun ^-^
<
<
<
<
<
<
<
<
<
<
Apa dia????

Cer tengok nie



Apa tue????
Tengok nie lagi...




Dan lagi....



Tadaaaaaaaaaaaaaaa.....

Walkman Kaset...Ingat lagi tak ????
Dulu benda alah nie glamour sungguh tau..

Semalam,Cik Nur kemas-kemas almari..Pastu tengah dok mengemas tue tetiba terjumpa la nie. Tersorok belah belakang dalam laci almari.

Ambil bateri cuba 'on' kan..Tetiba lampu merah tue pun menyala..Cepat-cepat ambil earphone...Cucuk kat situ...Kemudian letak kat telinga...Eh..eh..eh...Ada bunyi la...Yeayyyyy masih boleh guna lagi walaupun dah berbelas-belas tahun...^-^

Walkman kaset nie arwah abah yang belikan dulu masa umur Cik Nur 14 tahun..Masa tue kawan-kawan semua ada benda nie..Tapi Cik Nur tak mintak pun kat abah..Mahal harganya..Satu malam tue orang kedai elektrik hantar mesin basuh yang abah beli..Tetiba ada Walkman Kaset nie sekali orang tue hantar..Rupa-rupanya abah belikan untuk Cik Nur..Ya Allah,gembira tak terkatanya Cik Nur bila dapat benda nie masa tue.Terima kasih abah..-rindu pula pada arwah abah :-( -

***** Lepas nie tiap-tiap malam boleh la Cik Nur dengar lagu guna walkman nie..Tak payah dah guna semakphone..hihihi...Cik Nur suka dengar Suria Cinta Dj Lin kat radio Suria Fm tue..Jiwang-jiwang kejap sebelum tidur..hik..hik..hik..

Jun 16, 2014

Buat Sendiri Jus Roselle

Assalamualaikum

Sekarang nie cuaca panas sangat.Tekak nie terasa perit je.Makan tak lalu,mandi tak basah,tidur tak lena kan..ehhh bukanlah,makan tak lalu,asyik rasa nak minum je kan..Haaa barulah betul..hik..hik..

Minum tue minum jugak,tapi kita kena pastikan air yang kita minum tue,baik untuk kesihatan ataupun tidak. Kalau main belasah je minum semua air,kesannya sakit tekaklah jadinya.

Dengan cuaca yang sangat panas sekarang nie,apa kata kita minum air yang boleh menghilangkan dahaga dan di masa yang sama dapat khasiat untuk badan kita.Air apa ye..haaaa nie dia ....................

*
*
*
*
*
*
*


Air Roselle penghilang dahaga ^-^

Camne??? Nampak terliur tak melihat air nie.nampak sedap kan..di tambah pula beberapa ketulan ais di dalamnya..berpeluh-peluh sejuk ditepian gelas..fuhhhh.....meleleh air liur di buatnya kan..^-^

Air Roselle nie sedap tau.Rasa dia macam anggur pun ada,rasa ribena pun ada.Kat kedai-kedai ada je jual jus Roselle nie.Tapi kalau dah ada pokok Roselle kat luar rumah tue buat apa nak beli jusnya kan. Jadinya,marilah kita membuat jus Roselle sendiri..^-^



Nie lah rupa nya bunga Roselle yang baru di petik dari pokok kat luar halaman rumah Cik Nur ^-^



Cara-cara nak buat jus Roselle :


Mula-mula,rendam sekejap bunga Roselle nie.





Kemudian,pisahkan bunga Roselle dari bijinya.Bijinya ada kat tengah-tengah bunga Roselle tue. Kemudian cuci bersih-bersih bunga Roselle tue..(takut-takut kalau ada serangga kecik-kecik kat dalam bunga nie)



Selepas itu,jerang air dalam periuk.Biar air tue mendidih kejap.Setelah mendidih,masukkan bunga Roselle tue.Masa proses memasak nie lah nanti warna bunga Roselle akan keluar.Air dalam periuk tue nanti akan bertukar warna menjadi merah.




Masak selama 10 minit.Kemudian,biar sejuk sekejap.Dah sejuk sikit,tapis lah air Roselle nie..Dah habis tapis tue,makanya dah siaplah jus Roselle nie.Bolehlah disimpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais .Kuantiti jus Roselle nie bergantung pada banyak mana bunga Roselle yang kita masak.Banyak bunga Roselle,dapatlah banyak jusnya..

Jus Roselle nie Cik Nur tak masak dengan gula sekali tau..Kalau nak masak jus nie siap-siap dengan gula pun boleh je..Tapi,versi Cik Nur kalau nak minum air Roselle nie,baru Cik Nur akan bancuh gula. ^-^


**Air Roselle nie banyak khasiatnya tau.Nak tau khasiatnya boleh la tanya kat Encik 'Google'..hik..hik..**

Jun 10, 2014

Cuaca Dah Mula Panas Nie

Assalamualaikum






Dah terasa cuaca makin panas kan.Kat opis nie aircond pun dah tak rasa sejuknya...Tekak pun rasa kering dan perit je.Ikutkan hati nie nak je Cik Nur pergi beli air yang berpeluh-peluh sejuk kat tepi-tepi tin yang dalam fridge kat kedai tue.Yang ada macam-macam kaler tue..yang hijau,oren, merah...wahhhh sedapnya. Sedap memang la sedap...Tapi kesudahannya nanti terpaksa menanggung sakit tekak pulak..Ohhh tidakkk, jangan Cik Nur,jangan cari penyakit...Kuatkan hatimu Cik Nur...Jangan terpedaya dengan hasutan syaitonnn yang membisikkan di telingamu itu.."Nur,pergilah minum air tue...air sejuk tue sedappp...pergilah''.... ^-^

Air yang paling baik untuk diminum ketika cuaca panas begini ialah air kosong dan air isotonik..

Di bawah nie Cik Nur kongsikan perkara -perkara yang perlu kita buat dan perkara yang perlu kita elak sepanjang cuaca panas nie..







Semoga kita semua di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang cuaca panas nie.Semoga Allah melindungi kita hambaNya ini...- in shaa Allah -

Jun 5, 2014

Percubaan Pertama..

Assalamualaikum

Hari nie Cik Nur nak cerita pasal kejadian malam tadi.Kejadian di rumah Cik Nur.Bukan kejadian seram mahupun kejadian yang tak baik yang berlaku.Nie kejadian yang Cik Nur sendiri pun macam tak percaya..Buat pertama kalinya Cik Nur telah melakukannya.Sungguh Cik Nur telah memberanikan diri untuk melakukannya..Isshhhh apa bendanya nie Cik Nur,dari tadi ayat melakukan,melakukan.Cik Nur dah melakukan apa,Cik Nur dah buat apa sebenarnya...

Cik Nur beritahu ye Cik Nur dah melakukan apa...^-^






*
*
*
*
*
*
*
*
*
*














Iye,Cik Nur telah melakukannya.Dalam sejarah diri,Cik Nur telah berjaya membuat dekorasi hantaran pertunangan..Tapiiiiiii............Sebelum tue............Hantaran nie bukan untuk diri Cik Nur ye...Bukan Cik Nur yang nak bertunang..Jangan salah paham tau..hihihi..

Hari Sabtu nie adik lelaki abang ipar Cik Nur nak bertunang.Kalau diikutkan masa bertunang nanti tiada hantaran.Masa kahwin je nanti baru buat berbalas hantaran.Tapi,kakak cakap nampak macam tak best pulak kalau pergi merisik & bertunang tue tak bawa apa-apa langsung kan.Makanya,kakak & abang ipar buat keputusan nak bagi makanan & manisan je.Sebagai hadiah katanya.

Balik kerja sampai rumah,Cik Nur tengok barang-barang tue dah ada.Kakak pun cakap kat Cik Nur ''Nur,malam nie kita buat sama-sama ye''...Cik Nur pun main angguk je tanda ok..Padahal Cik Nur nie keras tangan..Bukan pandai pun bab-bab buat dekorasi nie..Kakak Cik Nur pun sama.Keras tangan...hahaha..

Alhamdulillah,akhirnya Cik Nur berjaya juga siapkan hantaran nie.Walaupun banyak kekurangannya tapi boleh la kot..Harap-harap adik abang ipar suka lah dengan hantaran nie.Dan yang penting semoga hantaran nie selamat sampai ke Terengganu nanti..hihi..

***Cik Nur ambil berkat,mana tahu lepas nie Cik Nur pula kan..hik..hik.. ^-^ ***

Jun 2, 2014

J.O.D.O.H...

Assalamualaikum

Salam isnin semua.Hari baru,minggu baru..bulan pun baru..^-^

Ada yang sudah dekat tiba-tiba menjauh..Ada yang jauh tiba-tiba mendekat..Ada yang sudah sayang tiba-tiba membenci..Ada yang belum kenal tiba-tiba menyayangi..Ada yang sudah dijadualkan tarikh nikah tiba-tiba bergaduh..Ada yang tidak dikenali tiba-tiba datang mengajak bernikah..Ada yang sudah dijodohkan tiba-tiba dibatalkan..Ada yang tidak dikenal sebelumnya tiba-tiba menjadi jodohnya..
Itulah rahsia JODOH..Hanya Allah yang tahu bila kita berjodoh...Hanya Dia yang tahu dengan siapa kita berjodoh..Hanya Dia yang tahu dengan cara apa kita bertemu jodoh..Tugas kita adalah berusaha dengan cara yang baik dan menerima apapun keputusan terbaik menurut Allah...
Dan satu hal jangan kita abaikan.Jangan pernah merasa penat meminta dan terus meminta melalui DOA kepada-Nya "
 
*** Pagi tadi Cik Nur dapat WhatsApp petikan kata-kata nie dari encik 'A'...

Apepun yang penting ialah............
                                           
 -Usaha-Doa-Tawakkal- In Shaa Allah ^-^
       

Popular Posts