Jom Ikut

Mar 31, 2014

JF Crew...Main Futsal Sesuka Hati Jer..

Assalamualaikum

JF Crew..Apa tue..JF Crew?? Tak pernah dengar pun..Tak tahu pun..hihihi..JF Crew tue sebenarnya nama gabungan untuk family group Cik Nur..J tue membawa maksud Jasmin (nama arwah atuk kami)..
F tue pula,maksudnya Family..Apabila sepupu sepapat dapat idea mereka gabungkan J & F jadilah JF Crew...

Baru-baru nie,dalam sejarah hidup Cik Nur,Cik Nur main futsal tau.Seumur hidup tak pernah main futsal pun. Al-maklumlah,Cik Nur nie penakut bola sebenar-benarnya..hihihi..

Nak dijadikan cerita,sepupu sepapat Cik Nur la yang rancang nak main futsal nie ramai-ramai.Nak cukupkan  geng katanya,Cik Nur pun main la sekali.Tapi kami bukan main beriya-iya sangat pun..




Memandangkan ini program pertama JF Crew,kami bermain futsal nie secara sesuka hati jer..hik..hik..
Tiada siapa yang menang ataupun kalah.

Penat jugak main futsal nie ye.Walaupun Cik Nur takdelah selalu dapat sepak bola tue pun..Tapi disebabkan berlari ke sana ke mari..Tue yang penat..huhuhu..Walaupun penat tapi seronok.. :-)






Yang berbaju biru seluar pendek hitam tue, Pak Usu Cik Nur..Memang hebat main futsal.Bola tue macam melekat je kat kaki dia.Walaupun umur Pak Usu tue dah 50-an tapi memang tenaga bermain futsal tue, memang dashyat la..hihi...Ye la,orang dah biasa main bola kan.Masa muda-muda dulu bersusun piala bola sepak yang Pak Usu dapat..Cayalah Pak Usu...


Dah penat-penat main futsal tue,dah membakar lemak konon-kononnya...Kemudian kami pergi pula ke......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Makan...Apa lagi...Hahahaha...Salah konsep nie..





Cik Nur + Sepupu + Anak Buah + Pak Usu + Pak Uda = JF Crew


Sebenarnya ramai lagi ahli keluarga Cik Nur yang lain.Tapi masing-masing ada urusan yang tak dapat di elakkan..Lain kali kita kumpulkan semuanya ye.. :-)

Mar 19, 2014

Syukur...Alhamdulillah...

Assalamualaikum

Syukur...Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan dan dipinjamkan nyawa olehNya untuk Cik Nur berada di dunia ini.Masih diberi peluang untuk Cik Nur berbelog :-).....

Syukur..Alhamdulillah..Bulan Mac nie adalah bulan rezeki untuk diri Cik Nur.Rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang disalurkan melalui hamba-hambaNya yang lain terus kepada Cik Nur... :-)

Bermula dengan 'surprise' ulangtahun hari lahir hinggalah pemberian hadiah oleh mereka-mereka yang mengenali diri ini.

Inilah hadiah pemberian dari mereka


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*










                Pelangi Untukku...hik.hik..Tq so much sepupuku Arin yang bagi tudung yang 'cute' nie :-)





Yang nie hadiah yang memang Cik Nur tak pernah impikan pun akan dapat...Hadiah dari Bos Cik Nur..
                                                             Terima Kasih Bos hihihi.... :-)







Yang ini hadiah dari seseorang yang istimewa...Masa dapat nie,mak aiiii besar betul kotaknya..Cik Nur
bawa kotak nie sambil tersipu-sipu malu..Ye la,kotak besar sangat kan..hihihi...
Agak-agaknya ape la dalam kotak nie kan..Masa angkat tue ringan je... :-)

Sampai rumah,bukak yang kotak dulu...Yang paper bag tue letak tepi dulu.Sungguh gelojoh Cik Nur nie..       .............hahahaha..............                                                                        

Jeng...jeng...jeng...





Encik 'A' bagi Teddy Bear & Coklat la...hihihi  ^-^ 
Terima kasih daun keladi,nanti boleh bagi lagi... hik..hik..hik.. ^-^






Terima kasih Encik 'A'...Awak hadir disaat diri ini masih lagi mengumpul kekuatan untuk bangkit dari kekecewaan yang baru dilalui.Disaat hati ini yang telah hilang kepercayaan terhadap insan yang bergelar 'lelaki'...Awak berkata,lupakanlah dan lepaskanlah apa yang menyakitkan.Teruskan kehidupan dan nikmatilah kegembiraan yang akan datang..

-Janji Allah Itu Pasti-
-In Shaa Allah-

Mar 18, 2014

30 Tahun 11 Hari

Assalamualaikum

Hai semua..

Dah lama rasanya Cik Nur tak update blog Cik Nur yang tak seberapa nie kan.Nak menjengah ke blog kawan-kawan yang lain pun Cik Nur tak sempat.Maafkan diri ini ye :-(

Baru-baru nie kan cuaca tak berapa elok.Jerebu..Kesihatan Cik Nur pun tak berapa baik.Cik Nur batuk, selsema & demam.Sobs..Sobs..Cik Nur tak sihat nie tak tahulah sebab cuaca ke atau sebab umur dah naik.. hik..hik..hik...

08 Mac yang lepas kan genap umur Cik Nur nie 30 tahun.Tanpa disangka dan diduga...Ceewaaahhhh...
Kawan baik Cik Nur ada buat 'surprise' untuk Cik Nur tau.Rupa-rupanya diaorang dah rancang sesuatu...

Nak tau apa yang diaorang rancang....Jom tengok gambar :-)


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*













































Terima kasih Izan,Sheeda & Shahrul untuk kejutan nie..Sayang korang semua...Muahhhh...





Malamnya pula Cik Nur berkumpul dengan kawan-kawan group..Terima kasih korang.. :-)


******Hari ini umur Cik Nur dah 30 Tahun 11 Hari...Kehilangan Pesawat MH370 juga telah memasuki hari yang  ke 11 juga..Marilah kita semua terus berdoa agar semua persoalan tentang Kehilangan Pesawat MH370 akan terjawab.Semoga semuanya akan selamat...Amin..








Mar 8, 2014

Selamat Ulangtahun Kelahiran Cik Nur Aizah

Assalamualaikum





Tengok gambar kat atas tue pun dah tau kan,Cik Nur nak cerita pasal apa..hihihi...Hari nie 08 Mac 2014, genaplah umur Cik Nur 30...Argghhhhh tidaaaaakkkkkk!!!!!!!! Dah 3 series.....Ohhhhh....Macam tak percaya je...Tapi percayalah wahai Nur Aizah...Lepas nie,dah takde dah dua puluh dua puluh bagai..Dah tiga puluh hokeyyyy....glurpppppp.....

Cik Nur dilahirkan pada 08/03/1984,tepat jam 7.26 petang (lahir masa maghrib nie,patutlah masa kecik-kecik kuat nanges..hihi)..Cik Nur nie anak bongsu dari empat orang adik beradik.Bongsu,tapi tak manja sangat tau..Manja sikit-sikit je..Tapi along,angah & kakak Cik Nur cakap Cik Nur nie memang kuat nangis masa kecik-kecik.Pastu sikit-sikit mak,sikit-sikit mak.Mak hilang kejap pergi kedai pun,Cik Nur boleh meraung-raung macam kena tinggal setahun.huhuhu...Cik Nur nie memang penangis orangnya.. Sekarang nie pun sikit-sikit nak nangis,tapi selalu nangis bila tengok cerita sedih la..Siapa tak nangis kan kalau tengok rancangan Bersamamu TV3 tue..Sedih tau..

Alhamdulillah hingga hari ini,Yang Maha Esa masih lagi memberi peluang pada hambaNya untuk berada di dunia ini.Masih diberi peluang untuk perbaiki segala kesilapan dan kesalahan diri yang dilakukan sepanjang 30 tahun ini.Walaupun perjalanan hidup Cik Nur nie banyak cabaran,dugaan dan rintangannya,namun Cik Nur bersyukur kerana diberi kekuatan oleh Yang Maha Esa untuk hadapinya.

Meniti usia yang ke -30 nie,Cik Nur berdoa agar terus diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan lagi rezeki,diberikan kegembiraan dan dapat menjadi HambaNya yang terbaik.Cik Nur juga berdoa agar Allah permudahkan Jodoh buat Cik Nur...Allah menemukan kita dengan orang yang salah pada mulanya sebelum Dia menemukan kita dengan orang yang betul pada akhirnya...Cik Nur percaya Janji Allah itu Pasti..In Shaa Allah.. :-)

Semoga hari-hari yang mendatang ini,memberikan Cik Nur lembaran baru dalam kehidupan Cik Nur...

Yang Buruk Jadikan Pengajaran,
Yang Salah Hendaklah Diperbetulkan,
Yang Baik Mestilah Dikekalkan,
Yang Indah Jadikanlah Kenangan....







Kalau lah dapat kek Birthday yang macam nie kan besstttt...Teringin la...huhuhuhu

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

google



Ohh lupa pula,birthday Cik Nur nie sama tarikhnya  dengan Hari Wanita tau..Bangga sekejap...hihihi...
Untuk semua Wanita,Selamat Hari Wanita...Semoga kita semua menjadi Wanita yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang... :-)





Mar 4, 2014

Air...Air...Ohh Air

Assalamualaikum







Syukur Alhamdulillah,pagi-pagi lagi hujan dah turun dengan lebatnya.Rasanya dah lama kawasan Cik Nur nie tak hujan.Rumput dan pokok-pokok semua dah bertukar warna.Dari hijau menjadi kekuningan. Jerebu pun dah makin teruk.Dengan turunnya hujan nie dapatlah menyuburkan semula rumput dan pokok-pokok seperti sediakala.


Ermmmm....Sebenarnya Cik Nur nak cerita tentang catuan bekalan air.Wuaaaaaa.......................:-( Kawasan rumah Cik Nur terlibat dengan catuan air nie.Bermula hari Ahad yang lepas,dan dijangka akan berlarutan hingga ke hujung Mac nanti...Sobs..Sobs..Menurut memo dari SYABAS,bekalan air akan disambung ke kawasan rumah secara bergilir-gilir mengikut zon..Dua hari setiap Zon akan mendapat bekalan,dan dua hari kemudian tidak akan mendapat bekalan air..Begitulah untuk hari-hari yang seterusnya..

Nasib baik rumah Cik Nur nie rumah kampung.Kalau rumah apartment kan payah tue.Payah nak angkut air.. Nie pun Cik Nur rasa macam nak patah dah tulang-tulang akibat angkut air dari luar rumah nak bawa ke bilik air..huhuhuhu...






Dalam rumah,dah penuh dengan tong-tong dan periuk-periuk nak tampung air.Besen mandi Damia pun boleh jadi tempat tampung air..hihihi...Nie pun tak cukup lagi nie....Akhirnya kakak Cik Nur ambil keputusan untuk beli nie......................................................................
                                                                               
                                                                               
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Dapatlah tampung air banyak sikit.Al-maklumla,rumah Cik Nur nie ramai penghuni nya.Anak-anak buah je dah tiga orang.Belum campur ngan mak,ayah dan makciknya lagi kan..hik..hik


Nak tengok kawasan yang terlibat dengan catuan bekalan air,klik je sini : SYABAS

Popular Posts