Jom Ikut

Jan 28, 2014

Jika Ada Rezki

Assalamualaikum




Sepanjang bulan Januari nie,Cik Nur rasa happy je.Alhamdulillah,permulaan tahun yang baik.

Ohhh,esok Cik Nur ada panggilan temuduga kerja tau.E-mail resume Khamis yang lepas,esok (Rabu) dah dipanggil untuk interview.Syukur,Alhamdulillah.Kalau ada rezki disitu,dapatlah kerja tue.Kalau tiada rezki adalah ditempat lain kan.

Semoga urusan esok dipermudahkan.Cik Nur nie cepat gelabah tau.Harap esok semuanya akan ok. Doakan Cik Nur ye :-)




Jan 21, 2014

Dulu...Kini...Selamanya...

Assalamualaikum


DULU...









-KINI-









-SELAMANYA-




Alhamdulillah,syukur padaNya kerana masih lagi di beri peluang untuk kita semua sama-sama berkumpul setelah lama tak berjumpa.

Nie semua kawan-kawan Cik Nur.Dah hampir 14 tahun kami berkawan.Sejak sekolah menengah lagi.Dan kami ada group tau.Dalam group nie ada 11 orang semuanya.Nama group kami ''Veto On 11''. Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama-sama.Jenjalan,camping bersama.Semuanyalah kami lakukan bersama.hik..hik..

Dan yang paling best sekali,kawan-kawan Cik Nur nie berkahwin sesama kawan-kawan sendiri.Itulah yang dikatakan Jodoh.Waktu sekolah dulu,mereka tak bercinta pun.Walaupun masa sambung belajar,masing-masing dah ada pasangan sendiri,tapi akhirnya berjodoh dengan kawan-kawan sendiri juga.hihihi..

Ahad yang lepas dapatlah kami berkumpul bersama.Walaupun sebenarnya group kami nie ada 11 orang,3 orang tak dapat join.Nanti akan datang kita rancang macam nie lagi ye.

Bila dah berkumpul nie,macam-macam yang nak diceritakan.Dari cerita zaman sekolah-sekolah dulu sampailah ke cerita sekarang.Lagipun masin-masing dah ada anak dan family,lagi banyaklah ceritanya. Dalam 11 orang nie ada 5 orang lagi yang masih belum berkahwin.Termasuklah Cik Nur..hihihi...Pasni kena buat reunion family la pula.Mana tau nanti kot-kot anak-anak kami pula nanti berjodoh sesama sendiri. Wahh,lagi best la nanti.Dari mak ayah sampai ke anak-anak berjodoh...hahahaha..

Cik Nur tumpang gembira melihat kawan-kawan semua berjaya dalam bidang masing-masing dan bahagia dengan family masing-masing.Semoga persahabatan kita semua kekal selamanya.In Shaa Allah :-)







Jan 16, 2014

Terima Kasih Ya Allah

Assalamualaikum

Rasa macam dah lama Cik Nur tak update blog nie.Nak singgah ke blog rakan-rakan yang lain pun Cik Nur tak sempat.Maafkanlah diri Cik Nur nie ye..Al-maklum lah,minggu nie je dua kali cuti bekerja.Tue yang Cik Nur terpaksa siapkan semua kerja-kerja yang ada.Tak nak tangguh-tangguh,nanti nak bercuti pun hati tak tenang je rasa.hihihi..

Selain sibuk dengan kerja,Cik Nur pun tengah sibuk dengan persiapan untuk buat 'reunion' dengan rakan-rakan sekolah menengah.Memandangkan Cik Nur dan sahabat, Izan belum berkeluarga,jadinya kami berdualah yang mengatur dan membuat persiapan semua tue.Tak sabar rasanya nak tunggu Sabtu nie nak berkumpul ramai-ramai macam dulu-dulu. :-)



Permulaan tahun 2014 ini juga memberikan Cik Nur banyak kegembiraan.Syukur Alhamdulillah,terima kasih Ya Allah.Semoga kegembiraan dan kebahagiaan dalam hati Cik Nur yang baru ini akan terus berkekalan.




google


Kita merancang,Allah pun merancang.Percayalah perancangan Allah itu lebih baik dari segala-galanya.



google

Jan 10, 2014

Tazkirah Dr Ridhuan Tee (Mimbar Pencetus Ummah)

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua,





* Sangat-sangat rindukan arwah mak :-(

Jan 8, 2014

Forest Research Institute Malaysia - FRIM

Assalamualaikum





Nie cerita hari Ahad yang lepas.Cik Nur dan kawan-kawan pergi ke FRIM (Forest Research Institute Malaysia) di Kepong,Selangor.Pagi-pagi lagi kami dah ke sana.

Di sini pelbagai aktiviti riadah yang kita boleh lakukan.Berjogging,berbasikal dan mendaki.Gelanggang badminton,tenis dan squash pun ada juga.Kalau nak buat aktiviti yang lagi 'best',boleh la cuba berjalan di titian gantung tue.Boleh mencabar keupayaan diri sendiri pada ketinggian kan.hihihi..

Dah penat-penat buat aktiviti tue,boleh la nak mandi-manda air terjun.Sambil tue makan-makan di tepi air terjun.Wahh,tenang sungguh rasanya.Hilang semua stress yang ada...hik..hik..

Nak tau lebih lanjut tentang tempat nie boleh klik sini ye : FRIM




Jan 6, 2014

Alahai Nasib Si Lembu

Assalamualaikum






KULIM -Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang,Lunas dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini,” kata Chin.-Kosmo 05/01/2014

Macam-macam orang buat zaman sekarang nie.Nasib la Si Lembu.Kesian di sumbat dok dalam tue ramai-ramai (eh,betul ke penggunaan ayat ramai-ramai nie..hihihi)


Jan 3, 2014

Kenapa Boleh Tersepit

Assalamualaikum





Terkejut Cik Nur bila terbaca berita tentang murid tersepit kepalanya di kerusi.Nie kes semalam hari pertama persekolahan 2014.Kesian kat adik nie.Alhamdulillah,adik nie selamat dan tak mengalami kecederaan.Kenapa boleh tersepit???

Sebenarnya kes begini selalu juga terjadi di sekolah-sekolah.Selalunya di sekolah rendah la kan.         Sekolah menengah takkan kot.

Cik Nur rasa puncanya adalah kerusi murid tue sendiri.Masa zaman Cik Nur sekolah pun memang dah ada kerusi macam nie.Masalah utamanya kerusi nie adalah dekat bahagian sandar tue.Kan ada lubang-lubang tue.Hah,yang tulah murid-murid selalunya tersepit.

Budak-budak kan memang suka mencuba sesuatu.Kadang-kadang mereka suka berdiri belakang kerusi sambil mencangkung,pastu masukkan tangan dan kepala kat lubang kerusi tue.Ada juga yang lagi kreatif sikit,dia masukkan badan pada lubang kerusi tue,konon-kononya buat gaya macam tengah memandu bas. Pastu ajak kawan-kawan lain susun kerusi masing-masing memanjang di belakang.    hihihi..Kalau nasib baik,boleh keluar semula macam biasa.Nie kalau nasib tak baik,tetiba tak boleh nak keluar pula.Tak ke haru jadinya.

Kalau kerusi murid nie belakangnya bertutup terus lagi ok kot.Murid lebih selesa duduk dan bersandar:-)

**Teringat pula masa Cik Nur mula-mula masuk darjah 1,ada kes seorang budak lelaki tercekik duit       syiling.Waktu tue dah nak balik petang,kan ada orang yang jual kat tepi-tepi pagar sekolah tue.Agaknya budak nie teruja sangat kot nak membeli.Nasib baik cikgu tepuk-tepuk belakang dia,syiling tue keluar balik.

Popular Posts